Safuan bersandar pada kerusi selepas selesai membaca sebuah fail kes berkod 404. Kes tersebut merupakan kes baru yang dipegang oleh Secret GUARD dalam jangka masa hampir sebulan yang lalu. Namun, mereka masih lagi belum mendapat banyak maklumat tentang kes tersebut. Kes ini memerlukan mereka untuk melindungi target yang bernama Ronald Smith atau Razali Razky. Itu ialah sepupunya sendiri.
Maklumat kes berkaitan Ronald Smith, HUNTER dan COTH GAMBLE diperoleh daripada Charles Aster sehari selepas pertemuan mereka di dalam sebuah hotel sebelum ini. Charles segera menyerahkan maklumat tersebut dan berharap Secret GUARD akan membantunya mencari dan melindungi Ronald Smith atau Razali.
"Aku belum jumpa lagi dengan dia. Mungkin aku patut jumpa dia lepas ni. Aku patut sediakan tempat perlindungan untuk dia. Tak selamat untuk dia tinggal di rumah sewa tu lama-lama. Dia hanya ada tempat untuk melarikan diri di rumah Inspektor Hafizul je."
Pintu bilik diketuk. Safuan segera melihat ke arah pintu bilik kerjanya. "Ya. Masuklah."
Pintu bilik dibuka. "Tuan. Ada orang nak jumpa tuan."
"Siapa?"
"Saya tak kenal. Dia tak beritahu nama dan dia kata tuan kenal dia."
Safuan segara menyimpan fail tersebut di dalam laci mejanya sebelum dia berdiri. "Bawa saya jumpa dia."
"Baik, tuan." Kata seorang pekerja wanita yang merupakan satu-satunya pembantu peribadi dalam syarikat Secret GUARD ini.
Safuan keluar dari bilik kerjanya dan menutup pintu. Pintu bilik dikunci olehnya sebelum dia mengekori pekerja wanita tersebut. Mereka berdua berjalan ke arah ruangan menunggu yang berada di dalam pejabat tersebut.
Seorang lelaki yang kelihatan agak tua berbanding Safuan berdiri dari kerusi sebaik sahaja dia melihat Safuan menghampiri dirinya. "Hello, Mr. Safuan Smith."
"Smith? Macam mana dia tahu nama keluarga mak aku?" Soal Safuan dalam hati.
"Who are you?" Soal Safuan kepada lelaki itu.
"I'm, Ravel Zent. Your father's friend."
"Zent? Richard Zent. Salah seorang daripada ahli HUNTER yang top ranking." Bicara hati Safuan.
"I'm sorry. I can't remember you. So, why you want to meet me?"
"I have a job to give you. Can we talk... Personally..." Matanya melihat ke arah pekerja wanita yang masih berada di sisi kanan Safuan.
"Okay. Lets go to the meeting room." Kata Safuan. Dia sempat memegang tangan pekerja wanita itu sebagai isyarat 'tolong perhati dan rekod perbualan'. Kedua-dua tangan mereka memakai sarung tangan berwarna hitam. Tiada isu batal wuduk.
Ravel mengekori Safuan. Pekerja wanita itu pula meneruskan tugasannya seperti yang diarahkan oleh Safuan.
*
Inspektor Arman, Hanan, Ryzan dan Rashdan berada di sebuah meja di dalam sebuah kafe. Ketika ini, mereka berada di ruangan khas yang telah ditempah oleh Hanan beberapa jam sebelum mereka datang ke sini. Di hadapan mereka pada ketika ini ialah sebuah salinan fail milik Secret GUARD dengan kod 404.
"Mati-kosong-mati. Mati sia-sia." Kata Rashdan sambil melihat nombor fail tersebut.
"Apa kau merepek ni, Rashdan?" Tingkah Ryzan yang merupakan sepupu Rashdan. Dia ialah ketua Aquilinae Empire di Australia. Dia datang ke Malaysia kerana mahu melawat abang sulungnya tetapi terjerebak dalam misi tersebut pula.
Begitu juga dengan Hanan yang datang ke Malaysia bertujuan untuk bertemu dengan Rashdan. "Rashdan. Ini bukan kod Raven untuk dipecahkan. Ini kod kes Secret GUARD."
YOU ARE READING
OPEN CASE : 404 - BURUAN
Mystery / ThrillerOPEN CASE : 404 - BURUAN merupakan kisah tentang Razali Ryzky dan beberapa kisah ahli HUNTER yang menjadikan diri mereka seperti mesin untuk membunuh manusia. Ada pahit dan manis. Ada banyak rahsia yang belum terungkap di sebalik kebenaran. Kisah i...