BAB 5

90 9 0
                                    

Sebilah pisau dibaling tepat pada mata kanan musuh yang berada di hadapannya. Kemudian, dia berlari ke arah musuh dan mencabut pisau itu dari mata musuh. Pisau dipegang dalam posisi bersiap sedia untuk meneruskan perlawanan antara dia dan tiga orang musuhnya.

"Tch! Macam mana mereka boleh jumpa aku di sini? Aku patut buat pembedahan muka plastik ke? Aku terpaksa berlawan dengan mereka tanpa membunuh mereka. Masa-masa macam ni pula telefon aku habis bateri." Bicara hati Razali sambil melihat seorang lagi musuhnya melepaskan tembakan ke arahnya.

Razali merendahkan tubuhnya untuk mengelak peluru yang disasarkan ke arah dada kirinya. Dia terus melarikan diri selepas mengelak peluru tersebut. "Aku nak pergi kedai runcit seorang diri pun rasa tak senang. Sebelah rumah je pun. Eh? Sebelah rumah? Tak akan la mereka tahu aku tinggal di sini."

Larian pantas Razali telah menyebabkan dirinya terlanggar seorang remaja lelaki yang berbasikal di hadapan lorong ke kedai runcit tersebut. Kedua-duanya jatuh terduduk di atas tanah.

"Sorry. Tak sengaja." Razali pantas meminta maaf kepada remaja lelaki tersebut sebelum dia berdiri dan melarikan diri melintasi jalan raya yang legang itu.

"Kenapa abang tu kena kejar dengan pistol?" Soal remaja lelaki itu sambil melihat dua orang lelaki Melayu sedang mengejar Razali dengan pistol masing-masing.

"Tak guna." Kata seorang lelaki yang sudah buta mata kanannya. Wajah kanan berlumuran dengan darah. Dia sedang berjalan menuju ke arah laluan yang Razali gunakan untuk melarikan diri daripada mereka tadi.

Remaja lelaki itu berdiri sambil mengangkat basikalnya. Dia melihat ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu. "Seramnya. Berdarah muka." Monolog remaja itu.

Lelaki itu tiba-tiba sahaja melihat ke arah remaja itu. "Apa pandang-pandang? Nak mati ke?"

"Eh? Eh? Tak. Saya... Saya tumpang lalu je. Bye." Remaja itu terus menunggang basikalnya dan meninggalkan kawasan tersebut.

*

"Aniq. Kenapa semua telur ayam pecah dalam bekas telur tu?" Soal seorang bapa kepada seorang anak tunggal.

Aniq meletakkan pen hitam di atas meja selepas selesai menyiapkan kerja sekolah. "Tadi ada orang terlanggar Aniq masa tengah bawa basikal. Telur jatuh. Sebab tu pecah. Aniq fikir nak beli lain tapi lepas tengok muka pakcik seorang ni... Dah la tiba-tiba ugut nak bunuh sebab pandang dia. Sebab tu Aniq lari. Malas masuk campur hal orang lain."

"Siapa yang berani nak bunuh anak abah. Beritahu abah." Safuan tiba-tiba sahaja panas hati.

Aniq mengeluh. "Aniq tak kenal la. Terjumpa je. Muka kanan dia penuh darah. Lepas tu ada dua orang lelaki kejar lelaki rambut perang. Rambut perang... Gelap sikit daripada rambut abah." Dia melihat rambut bapanya. Ketika ini bapanya berdiri di sebelah kanan sofa yang diduduki oleh Aniq.

"Rambut perang?"

"Tapi Aniq perasan dia cakap bahasa Melayu. Dia kata, 'Sorry. Tak sengaja.' Lepas dia langgar Aniq tadi."

"Orang Melayu cat rambut perang kot." Safuan meneka.

"Tapi tak macam muka orang Melayu pun."

"Dah tu macam muka orang apa?"

"Macam muka... Abah ada kembar ke?" Aniq mengaju soalan secara tiba-tiba kepada bapanya.

Safuan menunjukkan riak wajah pelik terhadap soalan anaknya itu. "Dah kenapa dengan anak aku ni? Tanya soalan yang tak logik."

"Bila masa pula abah ada kembar? Abah hanya ada abang je dulu. Tapi sekarang dah tak ada sebab meninggal. Rasanya moyang pernah cerita dulu. Aniq nyanyuk ke?" Hidung Aniq dijentik dengan sengaja sebelum Safuan kembali semula ke arah kawasan dapur.

OPEN CASE : 404 - BURUANWhere stories live. Discover now