[IMBAS KEMBALI]
Setahun yang lalu...
"I'm always watching you. You're my slave. You can't run from me. Remember. I have all your information, your picture, account... Your litter sister life. If you run from me. I will take your litter sister. She will be mine." Kata-kata seorang lelaki bernama Black masih melekat dalam ingatannya sejak dia menerima mesej tersebut dalam masa 30 minit yang lalu.
"CL-369. Aku kena jual benda tu. Tapi aku tak nak. Tapi aku terpaksa. Macam mana kalau aku kena tangkap kalau aku jual benda tu? Kalau aku tak jual. Adik aku akan jadi mangsa. Apa yang patut aku buat? Aku tak boleh lari." Kata seorang gadis yang berada dalam ketakutan.
Ketika ini dia berada di atas katil sambil memegang kepalanya menggunakan kedua-dua tangannya. Dia kelihatan sangat tertekan.
Komputer riba yang berada bertentangan dengannya dilihat seketika. Pada komputer riba tersebut terpapar sebuah manuskrip novel yang bakal dihantar kepada penerbit pada bulan tersebut. Tajuknya ialah THE HUNTER.
"Aku tak akan benarkan kau jual benda haram tu. Kau milik aku. Kau bukan hamba dia. Aku tak akan benarkan." Suara seseorang kedengaran dalam mindanya. Entah suara siapa tetapi suara itu sering berada dalam mindanya.
"Danish. Ini satu ujian untuk kita. Kita perlu bersabar untuk berhadapan dengan musuh yang lebih kuat daripada kita." Kata suara satu lagi dengan tenang.
"Aku nak bunuh dia. Aku benci dia. Ya. Dia suruh aku benci dia. Aku memang benci dia." Jerit suara lain yang berada dalam minda gadis itu.
"Kegelapan. Dia sudah datang. Tidak lama lagi segalanya akan musnah. Kita perlu cepat untuk cari bantuan sebelum segalanya terlambat." Kata suara lain pula.
"Aku takut. Aku takut. Aku takut." Kata gadis itu sambil menangis.
Ya, dia ialah seorang penulis novel yang baru meningkat naik dalam dunia penulisan selama dua tahun. Dia juga seorang pesakit skizofrenia yang telah disahkan oleh seorang doktor, Dr. Syamila. Namun, dia berada dalam masalah besar sejak dia dihubungi oleh seseorang yang dia sendiri tidak kenali.
Tambahan pula, dia sering sahaja berada dalam dunianya sendiri. Tidak pernah mengganggu orang di sekelilingnya. Dia tidak tahu di mana silapnya selama ini sehingga berhadapan dengan masalah ini. Dia pula hanya mendiamkan diri. Tiada sesiapa yang tahu masalah tersebut. Hanya dia, diari dan manusia itu yang mengetahui hal tersebut.
*
Selepas dua bulan berhubung dengan lelaki bernama Black itu. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol tanpa rela. Didera dengan sengaja, dikurung dan sebagainya dalam masa beberapa hari. Dia semakin tertekan dan berdoa sepanjang masa.
Namun, pada suatu malam. Sesuatu yang sangat menghairankan telah berlaku pada malam itu. Gadis bernama Danisha duduk diam sahaja di atas katil dan menurut segala perintah tanpa bantahan. Lelaki itu senang melihat perubahan tersebut kerana dia fikir Danisha sudah serik dengan 'kesilapannya'. Tetapi keadaan itu ialah sebaliknya.
"Kau nak aku benci kau, kan? Kau seksa aku untuk aku benci kau, kan?" Soal Danisha dengan tenang dan senyuman yang sangat berbeza berbanding dengan senyuman kali pertama mereka bertemu.
"Apa yang awak cakap ni? Saya seksa awak sebab awak kuat membantah. Awak tak dengar cakap saya. Awak dah lupa ke?" Black menengking. Dia mahu menampar pipi Danisha.
Danisha menepis. "Aku tak akan benarkan kau sentuh muka aku. Kau tak ada hak. Kau bukan suami aku."
"Aku tuan kau!"
"Aku bukan hamba kau! Aku hanya hamba kepada Tuhan aku. Aku tak akan pernah menjadi hamba kepada manusia macam kau. Tch! Macam manalah dia boleh percayakan kau. Kau dah seksa dia. Kau dah hancurkan diri dia. Jiwa dia dah ranap. Kau punca dosa besar dia. Aku akan tuntut." Tegas Danisha.
YOU ARE READING
OPEN CASE : 404 - BURUAN
Mystery / ThrillerOPEN CASE : 404 - BURUAN merupakan kisah tentang Razali Ryzky dan beberapa kisah ahli HUNTER yang menjadikan diri mereka seperti mesin untuk membunuh manusia. Ada pahit dan manis. Ada banyak rahsia yang belum terungkap di sebalik kebenaran. Kisah i...