BAB 1

113 13 0
                                    

Permainan merupakan sesuatu yang menarik minat seseorang dan dapat menghilangkan perasaan kebosanan sepanjang menjalani kehidupan harian. Namun, tidak semua permainan itu selamat untuk dimainkan. Setiap permainan mempunyai banyak kategori dan syarat tertentu. Termasuklah umur. Tetapi terdapat satu permainan ini dikatakan permainan yang kejam dan gila. Permainan ini dinamakan sebagai BURUAN atau FUGITIVE.

BURUAN juga tergolong dalam permainan judi bagi orang kaya di sebuah kawasan rahsia di dalam England. Kebiasaannya ahli-ahli PEMBURU atau HUNTER akan mendaftarkan diri mereka secara atas talian. Manakala, BURUAN mereka ialah nama yang terpilih dalam cabut undi. Selagi BURUAN tersebut masih hidup, selagi itu la dirinya akan terus diburu. Dia juga tidak tahu punca dirinya diburu.

PEMBURU yang menang dalam permainan tersebut akan mendapat sejumlah wang yang telah ditawarkan oleh pengurus yang mengurus permainan tersebut. PEMBURU boleh bergerak solo atau berkumpulan. Para PEMBURU juga boleh dikenali sebagai pembunuh upahan. Namun, permainan ini menekankan konsep 'LEVEL' dan 'POWER'. Semakin banyak kejayaan diperoleh, semakin meninggi 'LEVEL' dan 'POWER' si PEMBURU.

Penjudi juga boleh memilih BURUAN sebagai pemainnya. Jika BURUAN berjaya menghentikan PEMBURU atau membunuh PEMBURU, BURUAN juga akan memiliki konsep yang sama. Namun, cuma dia tidak tahu situasi sebenar dirinya. Setiap perkembangan yang berlaku antara BURUAN dan PEMBURU akan diberitahu oleh pengurus permainan tersebut melalui email. Pengurus tersebut sentiasa memerhati BURUAN dan PEMBURU melalui satelit peribadi milik COTH GAMBEL.

[GAME START]

"Follow him. Don't give him a chance to run." Kata seorang lelaki Amerika kepada rakan-rakannya. Dia ialah ketua dalam pasukan tersebut.

"I can't find him. He's gone." Kata seorang lelaki berambut perang yang berbadan tegap. Dia juga warga Amerika.

"Arghhhh!!! Where he disappeared?" Ketua mereka kelihatan sangat marah.

"I saw him running that way  earlier, but he is already gone when I got there." Beritahu rakannya seorang lagi. Rambutnya berwarna hitam dan lehernya bertatu naga.

"I don't care. Let's find him. We need to kill him to win. We can't let other players win this game." Kata ketua mereka.

"Got it, sir." Kata mereka berdua serentak.

Sementara itu, seorang jejaka berusia 22 tahun sedang memerhati mereka dari sebuah tingkap di dalam bilik sebuah hotel lima bintang. Dia dapat melihat dengan jelas keadaan mereka bertiga di sebuah lorong berhampiraan.

Tingkap dibuka sedikit sehingga memuatkan muncung rifle Bolt Action yang baru sahaja selesai dipasang olehnya di dalam bilik tersebut. Muncung rifle dihalakan tepat ke arah kepala musuhnya, lelaki yang menjadi ketua di dalam kumpulan pemburu tersebut.

"If you want to kill me. I will kill you first. Because I'm so tired of running away from all of you." Tiga das tembakan dilepaskan berturut-turut dan mengenai musuh-musuhnya. Mereka mati di situ serta-merta kerana sasaran remaja ini ialah kepala.

Rifle segera ditarik dari tingkap. Tingkap juga segera ditutup dan dikunci. Badan rifle dipisahkan sebelum dia menyimpannya ke dalam sebuah bagasi. Bagasi tersebut penuh dengan pakaian. Maka, disoroknya pisahan badan rifle di bawah pakaiannya.

Jelaslah bahawa dia merupakan menginap di hotel ini. Namun, dia tidak akan lama berada di dalam hotel ini. Kebiasaannya dia akan berada selama setengah hari jika berlaku kejadian sedemikian. Dia hanya akan tinggal dua hari di dalam sesebuah hotel jika dia merasakan keadaan sekeliling aman. Perkara tersebut dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

Jejaka berusia 22 tahun ini bukan sahaja memiliki rifle, malah dia juga memiliki lima pucuk pistol milik bapanya dan selaras lagi rifle AK-15. Kehidupannya tidak sama seperti orang lain di luar sana. Dia juga tidak tahu punca dirinya diburu oleh manusia-manusia yang datang dari pelbagai negara.

OPEN CASE : 404 - BURUANWhere stories live. Discover now