BAB 13

84 6 6
                                    

Inspektor Arman membelek-belek sejenis dadah di dalam sebuah plastik. Plastik tersebut dikeluarkan dari sebuah beg sandang milik seorang lelaki muda yang telah berjaya ditangkap dalam misinya tanpa sengaja. Dihidunya bau dadah tersebut seketika dan terbatuk.

"CL-369. Mana kau dapat benda ni?" Soal Inspektor Arman kepada lelaki muda itu dengan pandangan yang serius kerana dia sangat mengenali jenis-jenis dadah yang ditemuinya itu. Hal ini demikian kerana Aquilinae Empire milik keluarganya sering memegang kes-kes berkaitan dengan dadah.

"Aku tak akan beritahu." Tegas lelaki muda itu.

"Okay. Aku akan serahkan kau kepada pihak sepatutnya. Aku tangkap kau bukan sebab benda ni. Aku tangkap kau sebab aku cari Richard Zent. Kau tahu dia di mana? Ada orang nampak kau bertemu dengan dia dua hari lepas." Kata Inspektor Arman. Bungkusan tersebut diletak semula ke dalam beg. Sarung tangan yang dipakainya tadi dibuka dan disimpan ke dalam poket seluarnya pada bahagian sisi kiri.

"Richard Zent? Aku tak kenal." Jawabnya dengan berani.

"Jangan nak tipu la!" Inspektor Arman menengking kerana sudah hilang sabar.

"King Cobra. Kau kenal dia, kan?" Soal seorang lelaki kelihatan bergaya dan kaya di tempat kejadian. Dia sedang berjalan ke arah mereka berlima bersama-sama dengan seorang lelaki bertopi telinga kucing dan berjaket yang menutupi bahagian mulutnya.

"Mr. Brilliant? Nero? Apa kamu berdua buat di sini." Soal Inspektor Arman kepada mereka berdua.

"Urusan yang sama. Tapi saya hold satu lagi kes. Kemasukan dadah dari negara asing. Sebagai pasukan bantuan je. Dan Nero ni dah letak alat penjejak sebelum ni dekat dia. Kami follow dia. Tak sangka jumpa Inspektor Arman di sini." Jelas Mr. Brilliant atau namanya ialah Bray, ketua Secret GUARD.

Lelaki muda yang digari itu meronta-ronta untuk dilepaskan oleh seorang anggota polis yang menjadi rakan sepasukan Inspektor Arman. "Kenapa kau cari King Cobra?"

"Sebab kami rindu dia." Jawab seseorang sambil membalas mesej seseorang dan berjalan menuju ke arah mereka.

Bray terkejut melihat manusia yang muncul dari arah belakangnya itu. "Aron? Apa hal kau datang sini. Kan aku dah kata. Tak payah datang."

Nero hanya memandang Aron dengan pandangan kosong. Aron pula melihat ke arah Nero selepas menyimpan telefon pintar ke dalam poket seluar jeans pada sisi kanan.

"Dah besar rupanya budak ni. Aku jumpa dulu. Kecil lagi. Isap botol susu." Ditariknya topi Nero dengan sengaja ke hadapan sehingga menutupi mata Nero. "Sampai bila kau nak berbisu? Marahlah aku. Hihihi..."

"Dia ni! Gurau kasar nampaknya." Bicara hati Nero. Ditepisnya tangan Aron dan pantas dia menggunakan bahasa isyarat tangan.

"Adik adik... Ooo~ Adik. Abang tak fahamlah cakar-cakar kucing tu. Meow meow." Sakat Aron lagi.

"Dia ni datang buat apa sebenarnya?" Fikir mereka semua yang berada di situ.

*

Seorang lelaki berpakaian kasual berwarna hitam sedang duduk di dalam sebuah bilik hotel. Dia sedang memanti seseorang untuk bertemu dirinya di situ sambil menikmati secawan mocha sementara tetamunya tiba.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik tersebut diketuk. Seseorang keluar dari tandas lalu membuka pintu bilik sebelum sempat lelaki tadi berdiri dari kerusi.

"Hello, Venci?"

"Hello, Richard. Finally, you come at here. Have anyone follow you?"

"No. I'm free for this morning. My big brother have meeting with someone."

"Please come in."

OPEN CASE : 404 - BURUANWhere stories live. Discover now