"Ayuni. Ooooooooo~ Ayuni. Bangunlah. Sampai bila nak tidur ni? Dah tengah hari. Petang ni ada kuliah, kan?" Raz memanggil adik bongsunya di hadapan pintu bilik selepas dia mengetuk pintu bilik tersebut.
"Ya. Ayuni dah bangun." Sahutnya sekuat hati. Dia masih berbaring di atas katilnya.
"Mandi cepat." Kata Raz sebelum dia pergi dari situ.
Kemudian, Ayuni duduk di atas katil. Dia memisat-misat matanya sebelum dia melihat ke arah kanan. Pipi kiri seorang jejaka dicucuk oleh jari telunjuk tangan kanannya. "Abang Syam. Bangun la. Kerja. Kerja. Nanti abang Raz bising lagi sebab abang tak ada dalam bilik."
Syam mengiring ke arah kanan kerana rasa terganggu. "Bisinglah. Pergilah mandi. Nanti lambat pergi kuliah."
"Urmmm... Abang RaSIS rupanya. Patutlah." Ayuni ketawa kecil.
"Apa yang patutlah?" Soal RaSIS tanpa melihat ke arah adiknya.
"Patutlah malas pergi kerja." Jujurnya.
"Pergilah mandi. Busuk."
"Eh eh! Macamlah abang tu wangi sangat. Jangan lupa basuh pajamas Ayuni punya tu. Kak Sharon pakai malam tadi. Nasib baik muat. Hihihi..." Ayuni bangun dari katil.
"Dah berapa kali aku pesan. Jangan bagi Sharon tidur sini. Kalau Aron yang keluar masa kau tidur. Macam mana? Aku tak nak bertanggungjawab." RaSIS duduk di atas katil lalu menggaru kepalanya yang terasa gatal itu.
Dilihatnya pada pakaian yang dipakai oleh Sharon pada malam tadi. "Pink."
"Ayuni yakin. Abang Aron baik. Sepanjang Ayuni tidur sekali. Tak ada apa-apa pun jadi. Abang Aron pun okay je. Biasanya kalau dia muncul. Dia main rambut Ayuni dan keluar bilik. Abang Aron baik la. Siapa kata dia jahat?" Kata Ayuni yang menyedari setiap pergerakan yang berlaku di atas katil kerana dia tidak tidur lena apabila bersama-sama dengan abangnya.
RaSIS menepuk dahi menggunakan tangan kanan. "Haih. Suka hati kau la."
Ayuni tersengih-sengih. "Kak Enes kata. Abang Aron tak tidur dengan perempuan. Kalau dia muncul dan tidur sekatil dengan Kak Enes. Dia sanggup bangun dan tidur atas sofa ruang tamu."
"Eh? Sampai macam tu sekali? Aku tak pernah cakap pun tak boleh tidur dengan isteri. Adakah sebab dia dah janji tak akan tidur dengan mana-mana perempuan?" Monolognya.
RaSIS ketawa kecil lalu berkata. "Tak sangka, dia betul-betul pegang kepada janji dia dulu."
"Janji?"
"Ya. Dulu dia tu selalu tidur dengan pelacur dan perempuan lain. Disebabkan nak elak masalah tu. Aku buat perjanjian dengan dia. Dia berjanji tak akan tidur dengan mana-mana perempuan selagi dia mahu berada di dunia ni. Tapi aku tak cakap pun tak boleh tidur dengan isteri sendiri." Jelasnya berkaitan punca Aron tidak tidur sekatil dengan mana-mana perempuan.
"Kasihannya, Abang Aron. Bagus. I'm safe." Ujarnya dengan gembira pada ayat terakhirnya.
RaSIS bangun dari katil. "Cepat siap-siap. Aku hantar pergi kuliah."
"Eh? Abang tak pergi kerja?"
"Cuba kau tengok muka aku. Ada kau nampak muka aku ni muka orang suka bekerja dalam bangunan?"
Ayuni tersengih-sengih kerana dia sudah masak dengan perangai RaSIS. "So, abang nak pergi mana?"
"Pergi terjah rumah writer. Kalau Syam minta cara baik tapi masih sedemikian juga... Biar aku minta dengan cara jahat." Kata RaSIS yang kelihatan sangat marah terhadap penulis tersebut.
YOU ARE READING
OPEN CASE : 404 - BURUAN
Mystery / ThrillerOPEN CASE : 404 - BURUAN merupakan kisah tentang Razali Ryzky dan beberapa kisah ahli HUNTER yang menjadikan diri mereka seperti mesin untuk membunuh manusia. Ada pahit dan manis. Ada banyak rahsia yang belum terungkap di sebalik kebenaran. Kisah i...