[IMBAS KEMBALI]
Kewujudan Aron di kedai runcit ini berlaku kerana kedai tersebut terletak berhampiran bangunan A'm St. Holding. Dia sering pergi ke kedai tersebut untuk membeli coklat sekiranya dia yang muncul pada hari tersebut. Namun, kali ini dia terjumpa dengan seorang lelaki bertopi biru yang bertelinga kucing. Pakaian yang dikenakannya juga sejenis jaket biru yang menutupi bahagian mulut.
Nero melihat ke arah Aron sambil berfikir sesuatu. "Mr. Law? Tapi cara dia ni..."
"Nero. Dah siap pilih barang ke?" Tegur seorang lelaki yang muncul di sebalik rak bersama-sama dengan bakul berisi penuh dengan barang dapur.
"Bray? Anak kau ke ni?"
"Aron? Apa hal pula anak aku jadi macam tu? Tu Nero la... Eh... Kau tak pernah jumpa dia. Tak apalah." Dia berjalan menghampiri mereka berdua.
"Kau buat apa di sini?" Soal Bray kepada Aron.
"Coklat." Jawabnya selepas mencapai sejenis coklat berperisa durian yang berjenama Cadbury.
"Nero. Dah jumpa barang?" Soal Bray kepada Nero lagi.
Nero menjeling ke arah coklat yang berada pada tangan Aron. Coklat itu ialah coklat terakhir yang berada pada rak Cadbury berperisa durian itu. Dia kemudiannya menggelengkan kepalanya sebagai tanda tiada. Namun, dalam hatinya berbicara. "Coklat aku."
Tidak lama selepas itu, pandangan Nero tiba-tiba sahaja tertacap kepada seorang lelaki muda yang baru sahaja keluar dari kedai runcit tersebut. Lantas, tangan Nero bergerak pantas untuk memberitahu bahawa orang itu ialah target mereka. Bray menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham.
"Aron. Ni kad aku. Ni barang dapur. Tolong bayar. Aku ada hal kejap. Kau jangan ikut aku. Jom, Nero." Diserahnya kad kredit berwarna hitam dan bakul berisi barang dapur tadi kepada Aron.
Aron pula menerimanya dengan perasaan terpinga-pinga. "Eh?"
Nero dan Bray keluar dari kedai tersebut tanpa memikirkan manusia bernama Aron itu kerana fokus mereka kepada target mereka. Aron pula berasa tidak berpuas hati. Diletaknya semula coklat tersebut pada tempat asal sebelum dia mengambil beberapa keping coklat berjenama Cadbury yang bercampur dengan kacang almond.
"Masa untuk memanfaatkan masa yang berharga ini." Ujarnya lalu berjalan-jalan di kawasan coklat dan mengambil beberapa jenis coklat berbeza jenama sesuka hatinya.
*
Selepas selesai memborong coklat. Aron meninggalkan seketika barang-barang tersebut di meja kaunter dan berpesan kepada juruwang di kaunter untuk menjaga barang-barang tersebut sementara waktu dengan alasan mahu pergi ke tandas. Namun, langkahnya bukan ke arah tandas. Sebaliknya ke arah sebuah lorong yang dipercayai olehnya pernah dilalui oleh Bray dan Nero sebelum ini.
Tanpa diduga, telefon pintar miliknya berbunyi menandakan mesej dihantar oleh seseorang kepada dirinya. Telefon pintar segera dikeluarkan dari poket seluar jeans. Butang kuasa ditekan, kekunci skirn dibuka dan mesej dibaca.
Enes : Assalammualaikum, sayang. Esok saya balik Malaysia. Awak sihat?
Syam : Alhamdullilah sihat. Okay, la. I ada kerja ni. Bye.
Enes : Aron?
"Jangan nak tipu la!" Inspektor Arman menengking kerana sudah hilang sabar.
Aron segera mempercepatkan langkahnya apabila dia mendengar suara tersebut dan agak terkejut sebenarnya.
"King Cobra. Kau kenal dia, kan?"
"Itu suara Bray. Dia ada di sana juga." Fikir Aron sambil berlari ke arah tempat kejadian.
YOU ARE READING
OPEN CASE : 404 - BURUAN
Mystery / ThrillerOPEN CASE : 404 - BURUAN merupakan kisah tentang Razali Ryzky dan beberapa kisah ahli HUNTER yang menjadikan diri mereka seperti mesin untuk membunuh manusia. Ada pahit dan manis. Ada banyak rahsia yang belum terungkap di sebalik kebenaran. Kisah i...