"Damn!" Pintu bilik dihempas oleh seorang jejaka berbangsa Melayu selepas dia masuk ke dalam biliknya.
Inspektor Hafizul terkejut ketika dia sedang menjawab panggilan daripada seseorang di ruang tamu. "Apa hal pula tu? Tak pernah-pernah marah macam ni."
"Hello? Inspektor Hafizul?"
"Ya. Hello. Sorry. Hilang fokus tadi." Inspektor Hafizul kembali memberi fokus kepada panggilan tersebut dan sebuah buku nota yang berada di atas ribanya. Pada tangan kanannya dipegang sebatang pen berwarna hitam.
"Nero dah dapatkan semua data tentang ahli pemburu yang terlibat dalam COTH GAMLE game. tu.
"Boleh hantar data tu sekarang? Saya nak tengok."
"Dia akan hantar nanti. Masalah sekarang ni ialah someone dah hantar virus dalam sistem dia. Beri dia masa untuk selesaikan masalah ni. Saya hanya boleh beritahu tentang tiga sasaran buat masa ni. Sara D'Asry, Leonard Jacob dan Ronald Smith. Seramai 76 orang pemburu berada di Malaysia. Leonard Jacob dan Ronald Smith masih berada di Malaysia. Sara D'Asry baru sahaja ke luar negara pada petang tadi."
"Macam mana pula dengan identiti pemburu-pemburu tu?"
"Saya tak sempat baca semua nama. Saya hanya sempat baca nama bahagian atas. Susunan diatur mengikut ranking. Nama paling atas ialah Danish Shoulen, Travya Justin, Richard Zent, Katsuragi Maito, Dowen Von Hendry dan Jaulie Gin." Jelas suara seorang wanita yang berada di sebalik panggilan tersebut.
Inspektor Hafizul selesai mencatat nama-nama para pemburu. "Terima kasih. Kalau ada apa-apa masalah. Terus hubungi saya. Semoga berjaya."
"Ya. Kami akan cuba membantu inspektor untuk selesaikan kes ini." Kata wanita tersebut yang bernama Laily.
*
"Macam mana? Awak okay ke?" Soal Laily kepada suaminya, Hafizi atau lebih dikenali sebagai Nero dalam Skuad Pelindung Negara.
Hafizi bersandar pada kerusi dan menghela nafas lega. "Sudah. Kejap lagi saya hantar data tu kepada Inspektor Hafizul. Awak tidurlah dulu. Esok pagi nak hantar anak-anak pergi sekolah pula."
"Awak jangan tidur lambat pula. Esok kerja." Pesan Laily kepada suaminya sebelum dia berlalu pergi dari situ.
Hafizi sempat mencapai tangan kanan isterinya lalu mengucup tangan kanan tersebut sebelum berkata. "Ya, sayang."
*
Tombol air pancut dipulas sehingga limit. Razali berdiri di bawah air pancut tersebut tanpa pakaian. Dirinya sedang mandi dengan penuh perasaan amarah. Marah kerana musuhnya muncul di hadapan dia dan rakan-rakannya setengah jam yang lalu. Dia juga berasa risau terhadap keselamatan rakan-rakannya yang ditinggalkan olehnya tadi akibat sikap pentingkan diri sendiri.
Dinding bilik mandi diketuk. "Macam mana dia boleh tahu aku di sana? Kebetulan? Tapi..."
Pintu bilik mandi diketuk. "Razali. Jangan mandi lama sangat. Tak elok untuk kesihatan."
Tombol air pancut segera dipulas. Air mula berhenti. "Ya." Sahutnya.
"Razali. Ada masalah ke? Kalau ada masalah. Boleh cerita dengan saya." Inspektor Hafizul masih berdiri di hadapan pintu bilik mandi.
"They come to find me again. Today, I met my favourite singer. But now, I really hate him. He is a HUNTER."
"Siapa nama dia?"
"Richard Zent."
*
Ayuni memerhati Syam sedang memasak sesuatu di dapur pada waktu malam. Tidak pernah dia melihat abangnya memasak pada waktu malam begini. Tambahan pula dengan bau herba yang menusuk hidung.
"Abang Erzen masak apa?" Soal Ayuni yang berdiri di sebelah kanan Syam yang dianggap sebagai Erzen Laiss.
"Ayam bakar berempah. Peram dengan black pepper." Kata abangnya selepas selesai memasak. "Ayuni nak rasa?"
Ayuni merenung mata abangnya itu tatkala abangnya melihat ke arahnya. "Abang RaSIS?" Pantas tangan kanannya menutup kedua-dua mata abangnya itu.
RaSIS segera menarik tangan Ayuni. "Apa ni, Ayuni? Janganlah main tutup-tutup mata orang." Dia mula berang.
"Sorry. Ayuni dah kenyanglah. Abang makan seorang je la." Katanya sebelum keluar dari kawasan dapur.
RaSIS pantas menarik tangan kanan Ayuni. "Sedap ni. Rasa la sikit."
"Tak nak." Ayuni cuba melepaskan pegangan tangan abangnya itu.
"Ala~ Sikit je. Sedaplah. Sini abang suap." Sakatan RaSIS semakin menjadi-jadi.
Ayuni mula berasa geram. Mahu ditendangnya perut RaSIS tetapi kakinya tidak kesampaian akibat RaSIS sengaja menjauhkan dirinya daripada Ayuni.
Ayuni menarik nafas panjang sebelum dia menjerit memanggil ibunya. "Mama! Abang RaSIS buli Ayuni."
RaSIS segera menarik kuat tangan Ayuni sehingga dalam pelukkannya. "Shuuuu~ Mana ada. Abang baik la."
Ayuni menepuk-nepuk pipi abangnya sebelum dia memijak kaki kanan jejaka tersebut. Maka, Ayuni terlepas daripada pelukan RaSIS. RaSIS pula mengerang kesakitan di atas lantai.
Beberapa minit kemudian, Syah masuk ke kawasan dapur dan melihat bapanya sedang duduk di bawah meja. Syah duduk bercangkung di hadapan bapanya yang kedengaran menangis teresak-esak.
"Papa. Kenapa ni?"
"Waaaa~ Tak tahu. Kaki sakit. Sakit. tulang patah."
"Eh?"
*
Enes pantas menjawab panggilan telefon apabila dia melihat nama anak tunggalnya muncul pada skrin telefon pintar miliknya. Kemudian, dia duduk di atas katil di dalam sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan dirinya dan rakan sekerjanya di Singapura.
"Hello, Syah? Kenapa call mama malam-malam macam ni?"
"Mama. Macam mana nak pujuk papa kecil menangis?"
"Eh? Budak tu datang lagi ke? Apa dah jadi?" Soal Enes yang kelihatan terkejut mendengar soalan daripada anaknya itu.
"Tak tahu. Syah datang dapur tadi, papa dah menangis bawah meja. Kaki sakit katanya. Tulang patah. Syah tengok okay je kaki tu."
"Apa pula yang dia buat dekat dapur waktu-waktu macam ni?"
"Syah tak tahu. Apa patut Syah buat sekarang?"
"Bagi dia coklat atau aiskrim." Jawab Enes.
"Okay."
YOU ARE READING
OPEN CASE : 404 - BURUAN
Mystery / ThrillerOPEN CASE : 404 - BURUAN merupakan kisah tentang Razali Ryzky dan beberapa kisah ahli HUNTER yang menjadikan diri mereka seperti mesin untuk membunuh manusia. Ada pahit dan manis. Ada banyak rahsia yang belum terungkap di sebalik kebenaran. Kisah i...