BAB 17

90 7 16
                                    

Hamzah dan Nero berada di dalam sebuah kereta milik Hamzah, Subaru Impreza WRX berwarna hitam. Kereta tersebut dihadiahkan oleh Bray kepada Hamzah selepas sebulan kes EAX0011 diselesaikan. Hadiah diberi atas alasan, pengikut yang setia kepada Bray. Demi keselematan Hamzah, Bray telah meletakkan alat penjejak dan sebagainya pada kereta tersebut. Segalanya dipantau oleh unit pemantauan keselamatan milik Secret GUARD. Begitu juga pada keretanya sendiri, keluarganya dan dua orang rakannya itu.

"En. Nero dah kahwin ke?" Soal Hamzah secara tiba-tiba ketika suasana di dalam kereta tersebut sepi. Hanya lagu 'Take It Out On Me' nyanyian Thousand Foot Krutch yang kedengaran jelas walaupun tidak terlalu kuat.

Nero menganggukkan kepalanya sebagai tanda dia sudah berkahwin. Kemudian, dia melihat ke arah Hamzah. "Dia nak cara maklumat pasal aku ke?"

"Alahai, maknanya saya sahajalah belum kahwin lagi ni. Mesti seronok kalau dah ada isteri. Ada anak-anak... Tapi risau tentang risiko masa depan pula sebab kerja macam ni. Maksud saya... Saya sebahagaian daripada Secret GUARD. Tak mustahil kalau saya ada musuh. Saya pun tak nak tanya lebih-lebih pasal En. Nero. Saya risau kalau saya jadi mangsa nanti... Err... Manalah tahu kalau En. Nero ada musuh. Jangan risau. Saya setia. Saya akan hantar En. Nero balik dengan selamat seperti yang En. Badri arahkan." Kata Hamzah sambil memandu kenderaan.

Nero hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham.

"Alamat rumah di mana? Saya lupa nak tanya tadi."

Nero mengeluarkan telefonnya dari dalam poket baju jaketnya lalu ditulis sesuatu pada nota dalam telefonnya. Kemudian, ditunjukkan nota tersebut kepada Hamzah. Hamzah membaca nota itu sebelum dia kembali melihat ke arah jalan raya.

"Okay. Nasib baik jalan dah betul."

"Tak. Rumah aku bukan di sini. Dia dah salah jalan sebenarnya. Rumah aku... Jalan bertentangan." Monolog Nero sambil menyimpan kembali telefonnya pada tempat asal.

*

Bray baru sahaja menamatkan panggilan telefon yang diterima daripada Safuan sebentar tadi. Safuan memberitahu bahawa Ravel Zent datang ke pejabat Secret GUARD dan memberi maklumat palsu tentang Razali. Safuan juga telah meminta pekerja wanita yang bekerja di Secret GUARD menghantar rakaman CCTV di dalam bilik mesyuarat sebelum ini kepada Bray. CCTV tersebut menjadi bahan bukti perbualan antara Safuan dan Ravel di dalam bilik mesyuarat Secret GUARD.

"Ravel Zent. Abang kepada Richard Zent. Top HUNTER. Berani betul dia palsukan maklumat dan letak semua kesalahan atas nama Ronald Smith. Dia silap orang. Okay. Aku akan main game tu."

Safuan berasa sedikit tidak berpuas hati terhadap keputusan Bray sebentar tadi. Bray bersetuju untuk memegang misi yang diberikan oleh Ravel Zent. "Apa yang dia fikirkan sebenarnya? Kenapa dia nak tangkap Ron dan berpihak kepada musuh?"

Safuan mengetuk meja yang berada di hadapannya. "Bray! Kau dah gila ke?" Ketika ini dia hanya bersendirian di dalam bilik kerjanya.

Safuan menarik nafas sedalam-dalamnya dan dihembuskan. Dia cuba bertenang dan hilangkan perasaan tidak puas hati tersebut perlahan-lahan. "Apa yang dia fikir sebenarnya? Ambil dua misi dalam satu masa dan misi tu FAKE!"

"FAKE..."

Tiba-tiba, Safuan tersenyum dan ketawa. "Yes. It is FAKE! I know what you think, Bray. GAME! Okay. I will play this game too. We will play this game together. RaSIS will like it too."

"Hello, FAKE world. 404, Mr. Error Code. Lets finish this STUPID GAME and be free again." Kata Safuan yang kelihatan seperti seorang yang hilang waras kerana ketawa sendirian.

Pada masa yang sama, pekerja wanita yang berdiri di hadapan pintu bilik kerja Safuan bersama-sama dengan secawan teh susu sedang berasa hairan apabila terdengar suara Safuan sedang ketawa. "Kenapa dia ketawa? Ada apa-apa yang lucu ke? Sudahlah aku dengan dia je dalam pejabat besar ni. Seram pula." Monolog pekerja wanita itu.

*

"Don't forget what you told me. I'm a wolf in sheep's clothing. Watching, waiting. My prey is praying. There's no escaping. My blood's pumping. I go on hunting. The hunter, the hunted." Seorang lelaki sedang menyanyi lagu The Hunter milik Adam Jensen sambil berjalan ke arah sebuah rumah sewa bersama-sama sebuah bagasi berwarna hitam.

Dia berhenti di hadapan sebuah rumah sewa. Pintu pagar masih ditutup dan berkunci. "Should I call someone?"

"Hello. Can I help you?" Soal seorang jejaka kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu melihat ke arah jejaka yang berjalan menghampirinya. Di sebelah kanan jejaka itu terdapat seorang jejaka berhud hitam. Mereka berjalan beriringan.

"Hello, I'm a new tenant at here. But this gate is lock. I can't go into this house." Jawab lelaki yang mereka tidak kenali itu.

"Oh. I see. My name is Razali. I'm a tenant at here too. This is my friend, James." Salam kenalan daripada Razali kepada lelaki yang tidak dikenali itu.

"My name is Danish."

*

[IMBAS KEMBALI]

"Take another picture. Drop it on your tongue. Let your body burnt down. Breathe it in your lungs, oh no. Take me to your leader. Don't forget what you told me. I'm a wolf in sheep's clothing. Watching, waiting. My prey is praying. There's no escaping. My blood's pumping. I go on hunting. The hunter, the hunted."

Seorang lelaki berhud dan menutupi bahagian mulutnya menggunakan penutup mulut berwarna hitam. Dia sedang berjalan sambil menyanyi lagu The Hunter milik Adam Jensen. Lagu itu merupakan lagu kegemarannya sejak dia digelar HUNTER. Dunia kegelapan yang dipilihnya ini bukan kerana kerelaannya sebelum ini tetapi kerana rasa terpaksa. Terpaksa kerana perasaan dendam terhadap seseorang yang bergelar lelaki. Ya, dia bukan lelaki sejati. Dia ialah seorang perempuan yang mengakui dirinya ialah seorang lelaki.

Perjalanannya sebagai seorang HUNTER bermula sejak dirinya hampir membunuh seorang lelaki yang pernah merogolnya di sebuah rumah kosong dan mengurung dirinya sehingga perasaan marah dan dendam membara.

Dia berdiri di hadapan sebuah rumah kosong yang menjadi sejarah hitam setahun yang lalu. "Take you to the red line. Bring you with the thorns. Buried deep in your mind. Soldier in the war, oh no. You can run but you can't hide."

Pada masa yang sama, memori hitam itu muncul dalam mindanya. Memori dia dirogol, diseksa, dibelasah, diikat dan sebagainya. Dia juga hampir hilang kewarasan akibat tekanan yang hebat itu. Perasaannya juga bercampur-campur - takut, marah, sedih, benci, percaya dan sebagainya.

"Hati kata takut. Jiwa kata sabar. Minda kata benci. Mulut kata sayang. Aku kata MATI! Semua ini salah kau. Kau yang bawa aku masuk dalam dunia kegelapan ni. Aku benci dunia ni tapi entah kenapa aku rasa suka pula dengan dunia ni. Kau kata kau sentiasa memerhati aku. Aku pula akan sentiasa mencari kau. Kau yang jadikan aku THE REAPER. Kau yang buatkan hidup aku hancur. Aku tak akan benarkan orang lain jadi mangsa kau. Ini urusan kau dengan aku. Aku dah kembali ke Malaysia. Aku akan cari kau, Black." Katanya sebelum berlalu pergi dari hadapan rumah kosong tersebut.

"This is your fault. I will remember everything. I will try to kill you again. This time, you will die in front of me."

Dia berjalan ke arah sebuah teksi yang sudah menunggunya di tepi jalan berhampiran rumah kosong tersebut. Pintu kereta pada bahagian penumpang belakang dibuka dan dia masuk ke dalam kereta tersebut. Kereta tersebut dipandu sebaik sahaja pintu kereta di tutup.

"Terus pergi ke lokasi yang saya beritahu tadi."

"Ya." Sahut si pemandu teksi yang memandu dari lapangan terbang KLIA ke kawasan tersebut. Perjalanan mereka diteruskan lagi untuk menuju ke arah destinasi rumah sewa seperti yang di arahkan oleh Danish atau nama sebenarnya ialah Danisha. Dirinya lebih dikenali sebagai Danish Shoulen, kedudukan pertama dalam HUNTER.

[TAMAT IMBAS KEMBALI]

















[M.A.D.A.C]

OPEN CASE : 404 - BURUANWhere stories live. Discover now