BAB 4

97 11 0
                                    

Dua hari telah berlalu sejak seorang lelaki yang berasal dari England ini datang ke Malaysia. Misinya untuk mencari anak arwah majikannya masih lagi menemui kegagalan. Malaysia sangat luas untuk diterokai olehnya yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang keberadaan orang tersebut. Namun, dia tidak pernah berputus asa. Dia tetap terus dengan pencariannya dia Kuala Lumpur ini. Dia juga merancang untuk pergi ke Pahang dan beberapa buah negeri lain sekiranya dia masih tidak menjumpai orang tersebut di Kuala Lumpur.

"Where are you, young master? I want to protect you. But... Where are you? 20 years ago, I shouldn't left you alone. I'm so selfish because I followed her. If I knew she killed your mother. I wouldn't fall in love for her. Please. Forgive me. My master left you to me. I will protect you. I won't allow stupid HUNTER to kill my young master." Katanya dengan bersemangat.

*

"Are you blind? You have to pay!" Tengking seorang lelaki asing berambut hitam. Dia orang barat dan tidak pasti berbangsa apa. Pada bahu kanannya digalas sebuah beg gitar berwarna hitam.

Orang bawahan lelaki tersebut telah mencengkam kolar baju kemeja miliki seseorang yang dipercayai telah melanggar ketua mereka. Seorang lagi lelaki yang memakai seragam hitam yang sama sedang melindungi ketua mereka.

"Lepaskan aku. Bukan salah aku." Kata lelaki tersebut dengan berani.

"I can't understand you." Kata lelaki tadi dengan angkuh.

"You are stupid son of bitch! Don't make me angry. Let me go." Lelaki itu menarik tangan musuhnya untuk melepaskan diri.

"What are you said? Bitch? You are stupid son of bitch, you know?" Lelaki itu tiba-tiba sahaja mahu menyerang orang tersebut menggunakan tumbukan padu kerana dipanggil sebagai 'stupid son of bitch'.

"Stop!" Kata seorang lelaki berambut perang yang tiba-tiba sahaja menahan tumbukan daripada lelaki asing tersebut.

"Who are you? This is not your ..."

"You are stupid son of bitch!" Kata lelaki tadi. Celah kangkang musuh yang memegang kolar baju kemejanya ditendang sekuat hati menggunakan lutut kanannya.

Dia menjauhkan diri daripada musuhnya selepas dirinya dilepaskan. Manakala, ketua mereka pula cuba untuk menyerang lelaki yang sudah terlepas itu tetapi tangan kanannya masih dipegang oleh seseorang yang menahan tumbukannya sebelum ini.

"Let me go." Kata lelaki itu sambil menarik tangannya kembali.

"Tell me. What happen?" Soalnya tanpa melepaskan tangan orang itu.

"He..."

Belum sempat orang itu memberi penjelasan. Lelaki yang dipercayai melanggar dirinya itu telah menyampuk. "It is not my fault. He did it first. CCTV can prove everything." Katanya dengan yakin.

Lelaki asing itu berdecit.

"So..."

Tiba-tiba sahaja orang bawahan yang melindungi ketua mereka itu mengeluarkan pistol lalu menyerang lelaki berambut perang. Lelaki itu segera melepaskan tangan tersebut. Muncung pistol diacukan pada sisi kanan kepalanya oleh orang bawahan tersebut.

"Pistol? Bawa masuk pistol dalam hotel? Deorang ni, siapa sebenarnya?"

"Syam!"

Lelaki yang menjadi mangsa keadaan itu melihat ke arah rakannya yang baru sahaja keluar daripada lif berhampiran apabila namanya dipanggil. "Bray? Safuan?"

Safuan segera mengeluarkan pistol miliknya lalu diacukan ke arah orang yang memegang pistol tadi. " Drop your gun." Safuan memberi arahan,

Tembakan tiba-tiba sahaja dilepaskan ke arah Syam oleh ketua mereka. Namun, peluru tersebut sempat ditangkap oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun. Dia pantas bertindak sebaik sahaja dia terdengar bunyi tembakan ketika dia keluar dari lif di sebelah kanan Syam.

OPEN CASE : 404 - BURUANWhere stories live. Discover now