BAB 3

92 11 2
                                    

Sebuah kapal terbang baru sahaja mendarat di lapangan terbang KLIA. Seramai 52 orang menuruni kapal terbang tersebut dan menuju ke arah bangunan KLIA. Suasana KLIA tidak lekang daripada dikunjungi oleh ramai pelanggan yang mahu terbang ke luar negara.

Seorang lelaki berambut perang sedang memeriksa beg-beg miliknya sebelum dia keluar dari bangunan KLIA untuk mencari kenderaan. Setelah dia memastikan tiada apa-apa yang tertinggal, dia meneruskan rancangannya untuk menuju ke destinasinya.

"I'm coming for you, young master." Katanya sambil berjalan ke arah pintu keluar KLIA.

*

"Syam mana?" Tanya seorang gadis melayu yang berambut pendek. Wajahnya kelihatan sangat cantik kerana solekkannya.

"Syam sibuk sangat hari ni. Ada banyak hal penting yang dia perlu uruskan." Hanya kata-kata dusta semata-mata.

"Sorry, Aira." Bicara hati Raz sambil mengheret bagasi milik sepupunya itu.

"Okay. Aira nak pergi shopping dulu. Lepas tu, balik rumah."

"Okay. Nak pergi mall mana?"

"Mana-mana je la. Aira tak biasa dengan mall di Malaysia ni." Kata Aira yang berjalan berdampingan di sebelah kanan Raz.

"Okay. Abang bawa pergi mall paling dekat dengan rumah Aira. Lain kali Aira boleh pergi sendiri. Oh, ya. Macam mana dengan kereta Aira?"

"Kereta dah sampai semalam. Esok pihak sana hantar kereta ke rumah." Jawab Aira yang merujuk kepada kereta miliknya yang dibawa dari Korea menggunakan pesawat kargo.

"Baguslah kalau macam tu." Kata Raz yang sebenarnya tiada isu untuk dibincangkan. Dia juga berasa sedikit janggal ketika berbual dengan Aira kerana sudah lama tidak berjumpa.

"Abang Raz dah kahwin?" Tiba-tiba sahaja soalan itu ditanya oleh Aira kepada Raz.

"Dah." Pantas Raz menjawab kerana terkejut mendengar soalan tersebut.

"Ash, dah kahwin?"

"Dah."

"Syam."

"Dah," Raz terlepas cakap. Dia pantas menutup mulutnya sendiri.

Langkah Aira terhenti. Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir. "Kenapa...? Dengan siapa?" Kolar t-shirt polo milik Raz dipegang erat oleh Aira.

"Errr... Aira. Tenang. Okay?" 

"Kenapa Syam tak pernah beritahu Aira? Kenapa tak jemput Aira?" Dia berasa panas hati terhadap Syam dan Raz kerana tidak memberitahu tentang hal tersebut.

"Aira duduk jauh..."

"Aira boleh balik la. Tapi kenapa...?" Kolar t-shirt dilepaskan. Dia terduduk di atas lantai bertentangan dengan Raz.

"Aira." Raz pula berasa simpati terhadap sepupunya yang sudah menangis itu.

"Macam mana nak pujuk dia ni? Ramai pula orang tengok aku di sini." Fikir Raz. Dia sudah mula berasa cemas untuk berhadapan dengan situasi ini.

*

Seorang lelaki berlari pantas dari arah sebuah tempat letak kenderaan. "Apa hal aku kena kejar ni? Aku tak salah. Aku tak pancitkan tayar kereta Senior Iqram. Aku lalu je sebab aku nak pergi ke arah kereta aku."

"Razali! Jangan lari! Sini aku kerjakan kau!" Jerit Iqram sambil berlari bersama-sama dengan dua orang rakannya.

"Saya lari sebab kalian kejar." Kata Razali sambil berlari tanpa hala tuju.

OPEN CASE : 404 - BURUANWhere stories live. Discover now