Seorang gadis berusia 27 tahun sedang berdiri di hadapan kakak, adik dan bakal abang iparnya. Dia sedang melihat ke arah mereka dengan wajah yang serius sambil bercekak pinggang. "So, Abang Hoshi pun nak tinggal di sini juga ke? Akak tak beritahu pun."
"Tadi nak beritahu. Terlupa." Jawab Zhafira sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Berbicara tanpa melihat ke arah adiknya itu.
"Akak memang selalu lupa. Konon."
"Errr... Kalau tak ada bilik. Abang tidur hotel je la. Bukan lama pun, kan?" Ujar Hoshigawa yang terasa agak janggal kerana pertama kali bertemu dengan adik-adik iparnya secara bersemuka. Selama ini dia hanya melihat melalui panggilan video sahaja.
Angah atau nama sebenarnya ialah Fatia berjalan ke arah tangga untuk menuju ke arah tingkat dua. "Sekejap nak kemas bilik. Bilik tu dah lama tak guna. Shu. Jom kemas bilik."
"Ala~ Penatlah. Baru je balik. Nak tidur."
"Tidur la. Tidur. Aku tak nak masak. Tak payah makan." Tegasnya kepada adik bongsunya.
"Okay! Arghhh! Kak Ngah ni." Dia mengekori Fatia dengan langkah malas.
"Awak pergilah mandi dulu. Letak beg dalam bilik saya." Kata Zhafira sambil berjalan ke arah sofa ruang tamu. Cap dibuka lalu dicampak ke atas meja yang terletak bertentang dengannya.
"Okay. Pintu bilik awak tak kunci?"
"Minta dekat Angah. Saya nak tidur kejap. Mengantuk pula lepas makan ubat paracetamol tadi." Dia baring di atas sofa dan memejamkan matanya.
Hoshigawa melihat ke arah Zhafira sambil berjalan menuju ke arah tangga bersama-sama dengan bagasi miliknya dan milik Zhafira. Tidak lupa juga kepada beg sandang yang digalas olehnya. "Dua jam dia makan ubat tu. Baru sekarang rasa mengantuk. Lamanya."
*
"Akak balik sini sampai bila?" Soal Shu atau nama sebenarnya ialah Shuhada.
"Sebulan je kot." Jawab Zhafira terhadap soalan Shu ketika mereka sedang makan di meja makan.
"Maksudnya, lepas kenduri kahwin la ni?" Soal Fatia pula.
"Ya."
"Kenduri nanti nak buat di mana?" Soal Fatia lagi.
"Buat di rumah aunty je la. Kawasan rumah aunty luas. Hal pelamin dengan pakaian pengantin akak boleh buat sendiri. Jimat duit." Jawab Zhafira berdasarkan rancangan sebenarnya.
"Dah beritahu aunty ke?" Soal Shuhada pula.
"Akak dah beritahu dua minggu lepas. Aunty kata okay je. Lagipun, tarikh tu sesuai sangat sebab masa tu cuti. Kak Long, Abang Ngah dan Abang Cik pun balik. Boleh la tolong siapkan pelamin sekali. Ada tangan-tangan kreatif."
"Kak Ngah ni ada. Kreatif juga." Kata Shuhada dengan nada memerli kakaknya itu.
"Angah ni tak boleh. Dia ada kerja khas. Kan kan? Kita dua je." Zhafira angkat kening kepada Fatia. Fatia pula tersengih-sengih sambil angkat kening.
"Eh? Abang Hoshi dah siap makan ke? Tambah la lagi. Janganlah malu-malu. Kak Ngah masak banyak khas untuk bakal abang ipar kesayangan dia." Shuhada mempelawa Hoshigawa dan memerli Fatia pada masa yang sama.
"Akak. Budak tu perli aku, kan?" Dia berbisik kepada Zhafira yang duduk bertentangan dengannya di meja makan tersebut.
"Aku pun fikir benda yang sama." Jawab Zhafira.
"Deorang tengah mengumpat kita." Bisik Shuhada pula kepada Hoshigawa.
Hoshigawa tersengih-sengih janggal. "Aku nak berbual apa ni?" Soalnya kepada diri sendiri.
YOU ARE READING
OPEN CASE : 404 - BURUAN
Mystery / ThrillerOPEN CASE : 404 - BURUAN merupakan kisah tentang Razali Ryzky dan beberapa kisah ahli HUNTER yang menjadikan diri mereka seperti mesin untuk membunuh manusia. Ada pahit dan manis. Ada banyak rahsia yang belum terungkap di sebalik kebenaran. Kisah i...