LELAKI kacak itu berdiri di tepi bilik janitor. Sejak tadi dia hanya mundar mandir di situ. Tak tahu apa yang harus dia buat. Sakit hati kerana tidak dibenarkan bertemu dengan perempuan yang dia sukai. Kepalanya buntu memikirkan bagaimana dia mahu menemui perempuan itu.
"Kau buat berapa kerja, Wani?"
Lelaki kacak itu menadah telinga mendengar bicara seorang Wani dan seorang lagi belum diketahui namanya. Kebetulan dia berada di situ.
"Dua kerjalah.Satu kerja tetap, dan satu lagi kerja part time," beritahu Wani.
"Aku kasihankan kau. Kenapa kau tak tinggalkan saja suami penagih dadah tu?" tanya perempuan tanpa nama itu.
"Aku fikir anak-anak aku. Anak-anak aku rapat dengan dia. Nanti..."
"Wani, kau yang letih kerja. Memanglah anak-anak kau akan tanya pasal dia, tapi sekurang-kurangnya kau dah tak bela biawak hidup. Kau cari duit untuk anak-anak kau saja." Pantas perempuan tanpa nama memintas cakap Wani.
"Aku tak tahu, Mila." Wani menggelengkan kepalanya.
"Aku ni sakit hati tengok kawan aku, kerja berhempas-pulas. Laki kau buat apa? Tunggu kau bagi duit untuk beli dadah. Kau kena fikir panjang Wani. Suami tak bertanggungjawab macam tu, kau patut tinggalkan," Mila memberi nasihat lagi.
"Aku... aku masih sayangkan dia."
"Aku tak tahu nak cakap apa lagi."
Mila bangun dan terus keluar. Sakit hati bercakap dengan kawannya itu. Dia terpandangkan lelaki kacak yang berdiri di tepi dinding. Mungkin tetamu di resort ini. Mila senyum kepada lelaki kacak tersebut.
Lelaki kacak itu melangkah. Sudah puas dia menadah telinga. Ah, di dunia ini ada juga perempuan yang masih sayangkan suaminya meskipun suaminya itu penagih dadah. Hairan macam mana perempuan ada perasaan macam itu. Dia, buat perempuan macam baju yang dia tak suka. Bila dah tak suka baju tersebut dia buang. Buat apa simpan lagi, kalau sudah tidak menyenangkan hati.
Perempuan yang bernama Wani itu patut buang saja suaminya itu, apabila dia yang terpaksa mencari rezeki.
"Abang tak faham ke? Wani tak dapat gaji lagi." Suara menjerit Wani itu memakukan langkahnya. Dia mahu mendengar apa yang dibicarakan lagi.
"Abang janganlah. Tu anak-anak abang juga kut." Wani menangis.
"Baiklah, Wani bagi. Nanti petang lepas kerja. Bolehkan. Jangan tinggalkan anak kita-kita abang..." Wani merayu.
Tak tahu apa yang lelaki itu cakap tentang anak-anaknya. Tapi, satu yang pasti Wani memerlukan duit. Wani memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Buntu dia memikirkan masalah duit sekarang. Tak akan pernah habis kalau suaminya itu hanya menghabiskan duit untuk dadah.
Wani terkejut apabila ternampak seorang lelaki berada di situ. Dia senyum sekilas sebelum melangkah.
"You perlukan duit?" tanya lelaki kacak tersebut. Wani terhenti langkahnya. Dia berkalih. Memandang lelaki kacak tersebut.
"I tahu you perlukan duit." Dia senyum senget.
"Macam mana encik tahu?" tanya Wani.
"I dah dengar perbualan you dengan kawan you dan juga panggilan telefon tu." Lagi sekali lelaki kacak itu senyum dengan hujung bibir terjongket.
Wani tersentak. Terkebil-kebil dia memandang lelaki kacak itu.
"You nak buat duit?" tanyanya lagi.
Wani mendiamkan dirinya.
"I boleh bagi berapa yang you nak. You sebut saja. Tapi, you kena buat kerja untuk I." Lelaki kacak memberi tawaran kepada Wani.
Wani terkesan dengan berapa saja jumlah yang disebut lelaki kacak itu.
"Berapa saja?" tanya Wani sekali lagi.
Lelaki kacak senyum sinis sambil anggukkan kepalanya.
"Saya nak lima ribu."
"Okey. Tapi, I ada kerja untuk you. Mudah saja." Lelaki kacak itu senyum lagi. Wani berdebar-debar apa kerja yang akan diberitahu oleh lelaki kacak ini.
Mudah saja kerjanya. Wani anggukkan kepalanya. Dia sanggup lakukannya kerana dia yakin dia dapat buat. Cumanya bagi kopi yang telah dimasukkan ubat tidur, dan beritahu ada sesuatu yang berlaku di dalam bilik pemilik tempat ini.
Itu kerja mudah saja sebenarnya. Selepas dia selesaikan kerja lelaki kacak ini akan membayar separuh lagi yang dia janjikan. Wani pandang akaun bank secara onlinenya. Duit yang dijanjikan sudahpun ada di dalam akaunnya. Walaupun separuh dahulu, tapi lelaki kacak ini memegang janjinya.
Apabila selesai semuanya, Wani keluar dari situ bilik bosnya. Menanti sehingga 10 minit dan dia mengetuk pintu bilik pejabat bosnya sekali lagi.
"Saya dengar bunyi dalam emper, encik."
Wani buat muka cemas ketika berhadapan dengan dengan bosnya. Bosnya terbangun dengan muka cemas juga.
"Macam suara perempuan menjerit." Wani menambah lagi.
Wani hanya memandang bosnya itu terburu-buru keluar dari biliknya itu. Agak terhoyong-hayang. Wani tahu ubat tidur tadi sudah ada kesannya. Wani keluar juga, dia hanya memandang saja bosnya itu berlari masuk ke dalam empernya. Belumpun sempat pintu tertutup, Wani dengan segera meletakkan kayu mop bagi menghalang pintu itu tertutup terus. Lelaki kacak itu keluar dari tempat persembunyiannya.
"I dah masukkan duit selebihnya ke dalam akaun you. Terima kasih."
Lelaki kacak itu melangkah masuk ke dalam emper bosnya. Dan Wani menarik kayu mop dan pintu itu tertutup dengan sendirinya. Tak tahulah apa yang akan jadi di dalam bilik tersebut. Dua orang lelaki dengan seorang perempuan. Wani terus pergi. Ada kerja yang harus dia selesaikan di sini. Lagipun dia dah dapat duit atas kerja yang biasa-biasa saja.
YOU ARE READING
CINTA HARUS MEMILIKI
RomanceKisah darrin yang sopan dan adlila yang kerek. Cinta bukan sekadar cinta. Cinta adalah pilihan.