Bab 12

422 9 0
                                    


DARRIN menyandar belakangnya ke kerusi. Rumah neneknya terletak tidak jauh daripada laut. Berkali-kali dia kembali ke Terengganu, berkali-kali juga dia jatuh cinta. Awalnya dia menolak untuk kembali ke sini. Tak pernah seumur hidupnya dia datang ke sini, meskipun ini adalah tanah kelahiran neneknya. Neneknya selepas berkahwin dengan arwah datuknya terus menetap di London. Hinggalah dua tahun lepas neneknya mahu kembali ke Malaysia.

Neneknya tak mahu tinggal di sana lagi. Dia sudah tak betah di sana selepas kehilangan arwah datuknya. Akhirnya, dia ikut neneknya pulang kerana dia tak mahu neneknya seorang diri di sini.

"Jauh benar melamun," tegur neneknya, Puan Salma.

Darrin senyum kepada neneknya. Dia menegakkan dirinya. Neneknya meletakkan dulang.

"Teringat sebab nenek nak balik ke sini." Darrin sengih.

"Hmm, ada orang tu tak mahu ikut nenek balik. Tapi, lepas tu ikut juga." Puan Salma ketawa kecil.

"Tak kenal maka tak cinta, nek." Darrin senyum.

"Hmm, tak ada cinta kepada gadis Terengganu?" tebak Puan Salma. Dia mahu Darrin mencari wanita Melayu sebagai isterinya. Tak mahu perempuan mat saleh yang tak tahu adab. Ikut suka mereka saja. Cukuplah arwah papa Darrin saja yang kahwin dengan mat saleh.

"Tak ada nenek. Tak jumpa yang berkenan di hati. D nak cari perempuan mat saleh jugak." Darrin mengusik neneknya.

"Haisy, nenek tak mahu. Darrin nak tinggal dengan nenek, kena cari orang Melayu. Memanglah kamu tu mat saleh. Tapi, nak orang Melayu jadi isteri kamu." Puan Salma tegas dengan apa yang dia mahu.

"Tak mahu jadi macam dulu lagi. Biar Melayu tulen bukan campuran," sambung Puan Salma. Tak mahu ingat kisah lama.

Darrin diam. Ah, waktu itu dia dibutakan cinta. Apa yang tahu dia mahu Tiana menjadi miliknya. Tak sampai setahun berkahwin, Tiana nak kejar kerjayanya sebagai ahli arkeologi. Sudahnya dia terpaksa lepaskan Tiana. Sebab itulah neneknya tak mahu lagi orang putih campuran dengan Melayu. Dia nak Melayu tulen.

"Perkara lama tu, nek. Tapi, D suka orang putih jugak nek. Janji ada campuran juga. " Darrin malas nak ungkit lagi kisah lama. Puan Salma menjegilkan matanya.

"Lucia dah lama tak balik sini," omel Puan Salma tentang Lucia. Darrin diam. Malas nak suruh Lucia balik ke sini. Dia tak sukakan Falik. Sebab dia tahu Falik hanya ambil kesempatan atas apa yang ada dalam diri Lucia. Lucia anak mamanya dengan bapa tirinya. Bapa tirinya itu terkenal dengan kekayaannya. Falik yang pernah tinggalkan Adlila kerana Lucia. Sebab itulah dia rasa Falik tidak jujur mahu bersama Lucia.

"Kenapa dia datang?" Darrin bertanya kepada dirinya sendiri. Dia tak tahu apa yang membuatkan Adlila datang ke resortnya pagi tadi.

"Siapa?" tanya Puan Salma cepat. Dia ingin tahu siapa yang difikirkan Darrin sekarang.

"Oranglah nek." Darrin ketawa. Tak mahu dia beritahu kepada neneknya, dia kenal denga seorang perempuan Melayu. Malah pernah tinggal serumah dengan Adlila. Nanti tak pasal-pasal suruh dia kahwin dengan perempuan Melayu. Dia tak suka.

Adlila tak pernah berubah sejak kali pertama bertemu dalam keretapi dari Padang Besar. Macam-macam omelannya. Dia cuma faham sedikit sementelah dia hanya bercakap loghat Terengganu. Bila Adlila cakap loghat Utara yang pekat, dia langsung tak faham. Kalau cakap bahasa melayu yang tiada loghat mungkin Darrin akan faham.

"Minumlah. Nanti dah nak balik resort. Mana Zarel?" tanya Puan Salma.

"Hmm, membutalah tu. Zarel pantang balik rumah nenek. Asyik nak membuta saja."

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now