Bab 4

388 9 0
                                    

BREK kasar dari kereta yang dipandu Adlila mengejutkan Puan Amni. Dia terus keluar dari rumah, meninggalkan bakul kain yang sedang dilipatnya. Bimbang ada sesuatu yang berlaku kepada anaknya itu. Hempasan pintu kereta mengejutkannya. Riak bengis dari wajah itu mengejutkannya.

"Kenapa ni, Lila?" tanyanya. Adlila melangkah masuk ke dalam rumah. Adlila tidak menjawab pertanyaan Puan Amni.

"Lila kenapa ni?" tanya Puan Amni lagi. Dia bimbang dengan riak Adlila. Tak pernah Adlila sebengis ini.

"Ibu!" Adlila menjerit sekali dengan pakej teriak. Meraung sambil menepuk-nepuk lantai. Kaki juga dihentak ke lantai. Gaya serupa budak kecil tak dapat mainan.

"Ya Allah, kenapa ni , Lila?" tanya Puan Amni. Dia duduk di sisi Adlila. Jangan kata Adlila dirasuk hantu. Puan Amni lantas membaca ayat Kursi dan menghembusnya ke telinga Adlila.

Adlila berhenti menangis apabila hembusan itu menusuk masuk ke telinganya. Dia berpaling kepada ibunya.

"Ibu buat apa?" tanya Adlila. Pelik melihat ibunya terkumat-kamit.

"Lila kena rasuk?" tanyanya. Terkebil-kebil memandang Adlila.

"Ibu..." Adlila jerit lagi. Dia terus memeluk ibunya.

"Falik ibu, dia ada orang lain."

Adlila meraung sekali lagi.

"Kan ibu dah cakap, jangan percaya sangat dengan Falik. Jangan tolong cari duit untuk dia ketika dia belajar." Puan Amni terus membebel.

"Siapa perempuan tu?" tanya Puan Amni. Dia akan ganyang-ganyang perempuan itu yang buat anaknya menderita. Setelah puas menolong Falik, dengan senangnya dia tinggalkan Adlila.

"Perempuan mat saleh, ibu."
Adlila teriak lagi bila ternampak bayangan perempuan mat saleh itu. Cantik serupa stok-stok supermodel. Tinggi lampai dan mungkin lebih tinggi daripada dia berinci-inci. Kalau tak cantik daripada dia , dia tak meraung sampai begini agaknya.

"Mat saleh!" terjerit Puan Amni.

Adlila anggukkan kepalanya.

"Orang kafir juga yang dicarinya. Jom kita ke rumah dia."
Puan Amni bangun. Selama ini dia cuma bersabar apabila Adlila mengadu Falik tidak membalas mesejnya. Dalam hati memang dia ada rasa macam-macam. Tapi, dia tidak mahu meracuni fikiran Adlila dengan perasaan negative. Tapi,perasaan negatifnya itu memang betul-betul berlaku sekarang.

"Tak mahulah, ibu. Nanti Lila jadi perempuan tak bertamadun pula. Malu satu kampung. Terjerit-terlolong di rumah mereka." Adlila mula berfikir secara rasional.

"Mak dia macam mana? Dia tahu ke selama ni?" tanya Puan Amni. Berbesan dengan Puan Hamilah tu, tapi mereka berdua jarang bertegur sapa meskipun terjumpa di kedai ketika membeli ikan.

"Tahulah kut. Sebab dia paksa Falik beritahu."

"Maknanya selama ni dia tahulah. Masa Lila jumpa dia dua minggu lepas?"

"Tahulah kut." Adlila sakit hati bila memikirkannya. Emak Falik juga bersubahat. Ah, kalau anak-beranak mestinya akan bersubahat. Tambahan pula, Falik adalah anak lelaki tunggalnya.

"Geramnya, ibu." Puan Amni mengetap giginya.

Terbayang-bayang muka berlagak Puan Hamilah. Nak berbesan , tapi tak serupa nak mengukuhkan silaturrahim itu. Buat hal sendiri. Bertunang pun ketika waktu nak sarungkan cincin ke jari Adlila, serupa tak nak saja. Sekarang ini barulah dia perasan semua itu dengan jelas. Bukan mainan perasaan lagi.

Agaknya terpaksa sebab masa tu, Adlila yang banyak menolong Falik di sana. Nak harapkan dia yang hanya mengharapkan kuli menoreh getahnya tak tentu lagi dapat menolong anaknya itu.

Puan Amni mendengus. Sakit hati juga bila terfikirkan hal itu. Nampak sangat ambil kesempatan atas cinta Adlila kepada Falik.

"Habis tu macam mana ni , Lila?" tanya Puan Amni.

"Falik nak putus tunang. Lila nak tuntut balik setiap sen Lila habiskan untuk dia." Adlila nekad. Buat apa lagi nak terhegeh-hegeh. Orang dah tak mahu. Dia pun tak mahu sorong pipi kalau orang dah tak mahu. Bodohlah kalau dia jadi macam tu. Macam perempuan-perempuan yang ditolak dalam cerita novel dan drama.

"Tunggu apa lagi, jomlah." Puan Amni terus saja menarik tangan Adlila.

"Ibu ni, nantilah. Kena fikir elok-elok sikit."

ADLILA tercegat di depan rumah Falik selepas subuh. Sengaja dia tidak mahu membawa ibunya. Tak mahu ibunya mengamuk dengan Puan Hamilah dan Falik. Biar dia seorang saja yang mengamuk. Baru saja dia mahu memanggil Falik. Dia ternampak ada seorang lelaki sedang mengopek pintu dapur rumah Falik. Adlila kecilkan anak matanya. Terbongkok-bongkok lelaki yang memakai seluar pendek itu mengopek pintu. Perlahan-lahan Adlila menghampiri lelaki itu.

Matanya melilau mencari sesuatu. Takut juga, mungkin penyamun. Tapi, takkanlah Falik dan ibunya tak tahu orang sedang mengopek pintu rumah mereka. Adlila ternampak batang paip sebesar lengan budak. Dicapainya dan dia mengangkat tinggi batang paip tersebut. Menghampiri lelaki itu. Belumpun sempat Adlila mengetuk kepala lelaki itu, lelaki itu lebih dulu memandangnya. Adlila terkejut dan dia terdorong ke belakang. Kerana terpijakkan sesuatu, Adlila hampir terlentang ke belakang.

Lelaki itu sepantas kilat menarik tangan Adlila dan Adlila terdorong ke dada lelaki tersebut. Tersembam ke dada bidangnya. Sepantas kilat juga Adlila menolak lelaki tersebut. Busuk tengik!

Isi perutnya mula berlumba-lumba mahu keluar. Adlila berlari ke hujung paip. Memuntahkan isi perutnya. Bau apa macam tu. Bau orang tak mandi sebulan atau dua bulan.

Uwekk! Lagi dan lagi.

"Are you okey, honey?" tanya lelaki itu.

Adlila menggawangkan tangannya supaya lelaki itu tidak menghampirinya. Nanti tak pasal-pasal dia lembik di sini. Tak sempat nak bercakap dengan Falik pula. Setelah berkumur-kumur, Adlila berdiri. Dia berpaling dan memandang lelaki itu. Barulah dia perasan elok lelaki ini. Lelaki mat saleh. Siapa pula mat saleh ini?

Nak tanya, tapi Adlila agak susah nak berbahasa Inggeris. Dia faham kalau membaca. Cumanya nak buat ayat dan memulakan perbualan dia memang dapat pangkat F untuk itu. Bebal betul walaupun dah lama bekerja di situ yang kebanyakkan mereka menggunakan bahasa Inggeris ketika bersembang.

Argh, hentam sajalah labu. Faham atau tidak lantak kaulah.

"Who are you?" tanya Adlila. Yakin itu ayat yang betul.

"Me, Darrin."

Oh , betullah tu. Tapi, nak tanya dia buat apa kat sini? Adlila mula mencari ayat. Ayakk! Bencinya. Itulah bak kata Lorena, kau ni bukan bebal, tapi malas nak bercakap bahasa asing.

Ah, tak payah tanya dialah. Adlila berjalan ke pintu rumah Falik semula. Lantaklah. Hal aku datang sini yang lebih penting. Mat saleh tu tak penting.

"Falik! Buka pintu ni!" Adlila menjerit sambil mengetuk pintu yang mahu dikopek lelaki itu. Senyap sunyi. Gedegang! Adlila sepak pintu itu. Sakit hati apabila tiada sahutan. Terkejut si lelaki yang bernama Darrin itu. Perempuan yang nampak ayu ini rupa-rupanya kasar orangnya. Tak sangka dia akan menendang pintu rumah orang.

"Assalamualaikum..." Suara orang memberi salam mengejutkan Adlila. Dia berkalih. Darrin juga kalih kepada perempuan separuh umur itu.

"Mak cik nampak mereka keluar dari rumah sebelum subuh lagi. Kebetulan mak cik bangun awal buat kuih,"beritahunya.

Hampir terjatuh rahang Adlila. Falik dan emaknya dah lari. Gila! Dua beranak serupa saja. Adlila mengetap gigi.

"Mak cik perempuan rambut merah tu pun ikut sekali ke?" tanya Adlila. Mana tahu perempuan itu tak ikut, walaupun mana mungkin Falik nak tinggalkan perempuan itu.

"Ikut sekalilah. Milah beritahu tu bakal menantu dia. Nak kahwin di Perlis katanya."

Rasa nak terjatuh, Adlila cepat-cepat pegang dinding.

"Ni orang putih ni siapa?" tanya jiran itu lagi.

"Entahlah, saya pun tak tahu." Adlila pandang lelaki yang berbau tengik itu. Hailah, boleh duduk tak mandi berhari-hari atau berbulan-bulan?Adlila tak tunggu lama, dia berlari ke keretanya.

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now