Iklan Acah

345 5 0
                                    

Assalamualaikum iklan acah
🌷SETELAH KUDIMILIKI 2🌷

“Babygirl…” panggil Adriz lembut. Sarrafia diam tidak terkutik. Adriz hampiri katil. Adriz memeluk diri sambil memandang Sarrafia. Hanya begitu saja. Tidak bertanya ataupun buat apa-apa.
Sarrafia mendongak apabila hanya panggilan namanya saja yang keluar dari mulut Adriz. Adriz senyum.
“Dah sejuk ke?” tanya Adriz.
“Memang sentiasa sejuk.” Sarrafia menjawab malas.
Adriz senyum senget.
“Baguslah kalau sejuk. Sebab abang ingat nak panaskan semula.” Adriz senyum senget lagi. Sarrafia mendongak sekali lagi memandang Adriz. Cuba menghadam apa maksud Adriz.
Ya Allah ingatkan nak pujuk. Sarrafia segera faham apa maksud Adriz. Kalau senyum senget macam tu, Sarrafia tahu apa akan jadi. Sarrafia tak tunggu lama, dia segera angkat kaki.
Adriz ketawa sambil menarik tangan Sarrafia. Sarrafia terdorong ke dada Adriz.
“Hmm, abang minta maaflah sebab selalu cakap depan ayah pasal kita nak anak tu. Nak bagi ayah gembira juga.” Adriz peluk tubuh Sarrafia kemas.
“Abang memang suka nak malukan Sarra kan.”
“Mana ada.” Adriz sengih.
“Sarra malu tau. Yalah kita berkompang bagai, tapi anaknya tak datang. Belum ada rezeki. Nanti kalau ayah tanya macam mana?” Sarrafia bimbang itu yang berlaku. Hanya sebulan saja dia mencuba makan pil perancang itu, tapi sampai sekarang belum juga ada rezeki untuk dia mengandung.
“Insya-Allah tak lama dah ni. Sebab Sarra dah lapangkan hati Sarra.” Adriz senyum sambil mencium pipi Sarrafia.
“Ini kerja Allah. Pandai-pandai abang nak buat cerita ya.” Sarrafia menampar dada Adriz. Hatinya makin sejuk. Sebab itulah kalau tengah marah jangan pendamkan saja. Luahkan saja.
“Naluri abang kata macam tu.”
“Hmm, abang nak mandi kan?” Sarrafia menolak dada suaminya.
“Memanglah nak mandi.”
Tiba-tiba Adriz mengangkat Sarrafia.
“Abang nak buat apa?” tanya Sarrafia. Memang hilang semangatnya, kalau bersama dengan Adriz. Suka buat kejutan. Jantungnya kena ada daya tahan yang tinggi.
“Adalah.” Adriz mendukung Sarrafia ke bilik air.
“Sarra dah mandi abang. Janganlah.” Sarrafia tak mahu ikut Adriz ke dalam bilik air. Adriz diam sambil menutup pintu bilik air. Sarrafia menjerit apabila air daripada shower rain mengena kepala dan tubuhnya. Adriz tergelak-gelak melihat Sarrafia yang sudah basah kuyup. Sarrafia berdiri tegak sambil memandang Adriz dengan geram. Adriz pula hanya ketawa lebih kuat.
“Janganlah marah, babygirl. Air aje pun.” Adriz belum berhenti ketawa.
“Basah tahu tak!” Sarrafia menjerit sambil menyapu air yang menuruni wajahnya. Adriz jongketkan bahunya seraya menarik Sarrafia ke dalam pelukannya.

🌹CINTA HARUS MEMILIKI 🌹

“You cari apa, honey?” tanya Darrin.
“Baju yang ada kat dalam bakul tu…” tuding Adlila. Cemas sungguh. Kalau hilang dia akan ajak Darrin balik malam ini juga. Biarlah dengan memakai telekung pun.
“Kenapa?”
“Tak adalah. Haisy,” Adlila mendesis.
“I dah basuh. I betul-betul minta maaf pasal tak suruh you bawa baju lebih. Neneklah tak benarkan kita balik. Nak menjaga hati dia, so kita tak boleh baliklah,” ujar Darrin.
“Hah, you dah basuh?” tercengang Adlila. Tak dapat nak bayangkan lelaki ini membasuh pakaiannya. Bukan hanya pakaian luar saja. Set lengkap bahagian dalam juga.
“Arghh…” Adlila menjerit kerana malu.
“You basuh buat apa?” tanya Adlila.
“Dah tak ada baju lain you nak pakai esok. Kalau nak membeli pun mungkin lewat pagilah. I basuhlah.” Tak berperasaan Darrin beritahu Adlila.
“Tak apa you pakai aje kemeja I tu. Okey aje tu.” Darrin muncungkan mulutnya ke arah almari. Salahnya juga kerana tak alert dengan pakaian Adlila.
Adlila menjegil Darrin. Kemeja. Huh! Tak ingin jadi tipikal perempuan mat saleh. Asal tak ada baju aje pakai kemeja lelaki. Hampeh!
“Tipikal pemikiran mat saleh. Asal tak ada baju aje suruh perempuan pakai kemeja dia orang. I tak naklah jadi tipikal.” Adlila menjuih. Dia duduk di birai katil.
“Esok telekung tu you nak pakai solat pula. Takkanlah you nak buat tidur.”
Adlila sanggup pakai telekung. Sudahlah tubuhnya hanya bertutup dengan telekung saja.
“I rela.” Adlila anggukkan kepalanya. Dia duduk di birai katil.
“Jangan degil sangat, honey. Baju T-shirt I pun ada. Boleh aje you nak pakai.” Darrin bergerak ke almari bajunya. T-shirt berwarna putih dikeluarkan. Darrin mendepakan baju di depan badannya. Baju comel yang bertulis queen dan ada gambar teddy bear di bawahnya. Putih dan itu dia memang tak sanggup nak pakai.

#penerbitandearnovels
#zazaqry
#noveldanzine

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now