DARRIN memerhati Adlila yang baru balik dari kerja. Baru saja turun dari keretanya. Muka tak pernah manis jika ternampak dia. Sebab itulah Darrin sengaja mengelak untuk bertemu dengan Adlila. Sedar dia hanya menumpang. Dan hanya dengan mereka saja dia boleh berharap. Lucia memang pandai dan berfikir panjang. Pasport dan telefonnya diambil. Dia tak boleh menghubungi sesiapa di London. Pastinya mereka tertanya-tanya ke mana dia pergi. Kerana dia datang tanpa beritahu sesiapa.
Adlila sedang menunduk mengutip daun-daun kering. Darrin tak tahu apa kaitan Adlila dengan Falik. Apa yang dia tahu dia tak mahu Lucia kahwini Falik. Tanggapan pertamanya kepada Falik tak bagus. Sungguh Darrin rasa sesak kerana tak faham apa yang mereka cakapkan. Lain sungguh dengan bahasa yang selalu dia dengar. Bahu Darrin dicuit. Pantas Darrin menoleh. Puan Amni hanya bagi bahasa isyarat dengan mengajaknya minum. Darrin buntuti Puan Amni.
"Ibu, jiran mereka tak telefon lagi ke? Dah lebih 3 hari ni?" tanya Adlila. Dia menjeling Darrin yang duduk di kusyen separuh abad itu. Puan Amni menyuruh Darrin minum.
"Ibu, kek tu Lila buat untuk kita berdua aje. Kenapa bagi dia makan jugak." Adlila naik geram dengan ibunya.
"Aisy, tak baik buat dia macam tu."
Puan Amni menolak kek marble yang sudah siap dipotong itu ke depan Darrin. Satu yang dia pasti, Darrin makan segalanya. Cumanya kali pertama itu dia tidak makan nasi. Sekarang setelah hampir seminggu, Darrin sudah mencuba nasi. Terangguk-angguk Darrin ketika makan kek tersebut.
"Sedaplah tu." Puan Amni senyum kepada Darrin. Dia naikkan ibu jari kepada Darrin. Darrin balas dengan dua-dua ibu jarinya dinaikkan. Adlila menjuih saja melihat kedua-dua mereka. Sakit hati. Kalau boleh dia mahu cepat saja selesaikan hal hutang Falik dan lelaki di depannya ini.
"Ibu, suruh dia mandi ke?" tanya Adlila. Dia perasan Darrin kerap menukar pakaian dan berbau wangi. Tak tahulah minyak wangi apa yang dipakainya.
"Buat apa ibu nak suruh. Dia mandi sendirilah."
Tiba-tiba telefon berbunyi. Puan Amni terus menjawabnya. Entah apa yang dibualkan.
"Lila, dia orang dah balik. Baru sampai."
Adlila bingkas. Darrin terkebil-kebil memandang tingkah Adlila. Apa satu pun dia tak faham. Dia hanya pandang saja kedua-dua beranak itu yang nampak kalut.
"Kau tunggu apa lagi!" jerkah Adlila kepada Darrin. Termangu-mangu Darrin.
Ah, orang putih ni tak faham Bahasa Melayu. Adlila tarik tangan Darrin. Menolak Darrin masuk ke dalam keretanya. Puan Amni pula selepas mengunci pintu juga berlari masuk ke dalam kereta. Adlila memecut keretanya. Apa yang dia tahu sekarang dia hanya mahu berjumpa dengan Falik. Ada hutang yang perlu Falik bayar. Selepas 10 minit Adlila sampai di rumah Falik. Dia tidak terus masuk ke dalam kawasan rumah itu, sebaliknya dia hanya berhenti di depan pintu pagar saja. Berjaga-jaga agar mereka tak dapat larikan diri lagi.
Adlila turun kereta dan dia berjalan ke depan rumah Falik.
"Falik!" jerit Adlila. Lantaklah orang nak dengar pun.
Setelah berkali-kali memanggil, barulah Falik keluar. Diikuti oleh perempuan rambut merah dan emaknya.
"Perlahanlah sikit. Kau tak malu ke?" Falik naik segan dengan jiran-jiran sebelah bila Adlila menjerit memanggil namanya.
"Aku nak kau bayar setiap sen yang aku bagi kat kau masa kau belajar." Adlila tudingkan jarinya.
"Aku mana ada duit."
"Kau kahwin ada pula duit. Aku tak kira. Aku berhempas pulas cari duit, bila balik senang-senang aje kau tinggalkan aku. Kau ingat aku ni apa!"
"Aku nak kau bayar dalam duit pound."
"Gila!"
"Memang aku gila. Kau yang buat aku gila," jerit Adlila lagi.
Lucia memeluk lengan Falik. Rasa macam nak bakar saja kedua-dua mereka.
"Tu, perempuan tu. Abang dia ada kat sini!"
Adlila tengok kiri dan kanan. Darrin tak keluar dari kereta lagi rupanya. Geramnya dengan orang putih bodoh ni. Bila saja Adlila mahu menapak ke kereta Darrin keluar. Macam nak kenakan aku saja!
Lucia melepaskan pegangan tangan di lengan Falik apabila terpandangkan abangnya. Lucia berjalan menghampiri abangnya. Lucia nampak takut dengan abangnya. Adlila tak mahu tahu apa yang mereka cakapkan, apa yang dia mahu Falik bayar semula duit itu.
"Aku nak putus tunang, tapi aku tak akan bagi cincin ni semula." Adlila tanggalkan cincin dan masukkan ke dalam poket seluarnya.
"Kalaupun kau tak putus, aku memang tak ada hati dengan kau dah. Aku dah kahwin dengan Lucia." Falik berkata angkuh.
Adlila sakit dalam hatinya, tapi dia terus pura-pura kuat. Dia tak akan sekali-kali rebah di depan Falik. Lelaki ini tidak patut melihat kesedihannya.
"Kau ingat aku kisah? Aku cuma nak duit aku semula." Adlila menjuih. Dia akan tuntut dan akan ekori Falik selagi Falik tak bayar duitnya semula. Biarlah dia jadi perempuan tak malu pun.
ADLILA turun dari keretanya. Dia yakin Falik akan bayar selepas dia buat kerja gila tadi. Depan orang yang datang melihat kekecohan tadi, dia beritahu berapa banyak Falik hutang dia. Biar semua menjadi saksi. Biar semua orang tahu lelaki pandai macam Falik, belajar menggunakan duit hasil titik peluhnya. Kalau Falik lari, dia akan cari Falik sampai lubang cacing.
"Jangan sampai aku cari kau sampai lubang cacing, Falik." Adlila mengepal penumbuknya. Masa tu kau tahulah langit itu tinggi atau rendah. Cuitan dibahunya mengejutkan Adlila. Adlila pantas berkalih ke sisinya.
"What is the meaning of cacing?" Darrin bertanya. Sejak tadi dia mendengar Adlila menyebut cacing. Termangu-mangu Adlila. Bukan tak faham, tapi tengah susun ayat nak beritahu Darrin.
"You can eat that cacing." Adlila terus turun kereta. Terkebil-kebil Darrin memandang Adlila. Tak faham apa makna cacing. Nak termuntah apabila menyebut cacing boleh dimakan. Geram ada juga, kerana Darrin ikut pulang. Puan Amni diam saja tadi. Dia hanya melihat Adlila mengamuk.
"Tak payah marah-marah Lila. Darrin ikut kita pulang sebab nak ambil barang-barang dia. Lagipun, Falik dah beritahu tadi Lucia akan bagi passport Darrin."
"Adik apa macam tu sanggup simpan passport abang sendiri. Ibu tak rasa pelik ke?" tanya Adlila. Dia pandang Darrin yang sedang berdiri menghadap parit di depan rumahnya. Memasukkan tangan ke dalam kocek seluar bermudanya. Hairan sungguh dengan orang putih ni, tak pernah pakai seluar panjang. Agaknya dia tak berduit juga kut. Sama macam dia.
"Nanti ibu suruh dia pergi sendirilah ke sana ya. Lila nak rehat. Letih menjerit tadi." Adlila melangkah masuk ke dalam rumah.
"Lila, setelah apa yang terjadi hari ni, Lila okey?" tanya Puan Amni. Bimbang Adlila menyimpan lagi rasa hati.
"Sakit ibu. Tapi, Falik tak akan kembali kepada Lila walaupun Lila melutut dan merayu. Lebih baik Lila lepaskan dia. Harap-harap Lila akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada Falik."
Puan Amni memeluk Adlila. Mencium pipi Adlila. Anaknya ini sungguh tabah.
Darrin hampiri Puan Amni. Dengan jarinya dia menunjukkan motorsikal Puan Amni. Puan Amni segera faham apabila Darrin menudingkan jarinya ke arah jalan.
Puan Amni hanya pandang saja Darrin yang menaiki motornya. Tak tahulah apa yang difikirkan Darrin. Kalau dia bertanya pun Darrin menjawab, dia tak faham apa. Betullah kata Adlila aksen dia lain daripada cerita dalam televisyen.
YOU ARE READING
CINTA HARUS MEMILIKI
RomanceKisah darrin yang sopan dan adlila yang kerek. Cinta bukan sekadar cinta. Cinta adalah pilihan.