Bab 10

908 15 2
                                    


"KAU ke mana?" tanya Lorena. Ketika naik tadi, Adlila tiada. Puas juga dia bertanya kepada orang. Mana tahu nampak Adlila. Adlila mudah dikenali kerana dia memakai tudung warna mustard. Dan dia satu-satunya orang Melayu yang ada ketika itu.

"Aku meronda. Kau meronda dalam laut, aku meronda atas darat." Adlila sengih. Setelah meletakkan peralatan snorkeling di kedai terbabit, Lorena menghampiri Adlila.

"Hari ni kita nak pergi mana pula?" tanya Lorena. Banyak tempat menarik kat sini. Sampaikan dia tak tahu memilih.

"Aku mana tahu. Kau yang bawa aku kat sini. Jadinya, kau mesti tahu nak pergi mana kan." Adlila jongketkan bahunya.

"Kita lihat Kampung Pasir Hantu nak tak?" Lorena bertanya. Tadi dia ada terdengar mat saleh itu nak melawat di situ. Katanya itu perkampungan nelayan.

"Kampung apa nama macam tu. Hantu banyak ke dulu. Atau hantu tu berpasir?" tanya Adlila.

"Haisy, kau ni ke situ pula. Nama aje pun. Tak bersangkut dengan hantu pun. Kat situ ada komuniti kecil penduduk. Perkampungan nelayan. Nak pergi tak?" Lorena sudah bersinar-sinar matanya menanti jawapan Adlila.

"Jomlah."

Walaupun kena berjalan , tapi itu tidak memenatkan mereka. Mereka dapat melihat pemandangan yang indah. Dari jauh mereka sudah nampak sekolah, balai polis serta kawasan perumahan. Tak sangka ada perkampungan nelayan di atas sebuah pulau. Memang nampak menarik. Ada bot-bot nelayan berderet menghiasi pesisir pantai.

Ketika itu juga ada sebuah bot nelayan yang mungkin baru tiba dari laut. Ada seorang mat saleh sedang menanti di pesisir pantai. Makin dekat, makin jelas pandangan Adlila. Ah, mat saleh ni lagi. Kenapalah asyik terserempak saja. Sakitnya hati aku.

"Ena, tak payahlah kita tengok ikan apa kat situ." Adlila berhenti melangkah.

"Alah kau ni, mana tahu ikan tu tengah melompat-lompat lagi. Aku tak pernah tengok ikan laut hidup yang dibawa balik nelayan tau. Aku nak pergi juga." Lorena tak peduli, dia menarik tangan Adlila.

Hati dia melompat-lompat ingin melihat ikan yang melompat. Adlila mendengus. Mereka berhenti di depan tong besar itu. Lorena senyum sekilas kepada mat saleh kacak yang berdiri di depan tong itu.

Bila lelaki mat saleh itu bercakap dalam loghat Terengganu, Lorena ternganga. Sebijik macam Mat Dan. Versi tegap, tinggi lampai dan rasanya dia lebih kacak sedikit daripada Mat Dan. Lorena senyum.

"Mat saleh tu cakap Terengganulah , Lila. Kau tak rasa hebat ke?" bisik Lorena. Dia memicit jari Adlila. Adlila mendengus.

"Jauh you jalan sini, honey?" tanya lelaki mat saleh kacak itu.

Lorena pandang wajahnya. Menunjuk dirinya.

"Yes, you berdualah."

"Saja nak tengok kampung ni." Lorena sengih.

"Seronok kat sini?" tanyanya lagi.

Hek eleh, buat macam Terengganu ni negeri dia pula. Mat saleh perasan! Adlila mecebik.

"Seronoklah. Kawan saya ni nak ubat hati yang lara." Lorena ketawa kecil sambil memandang Adlila.

"Kau ni gilalah!" Adlila menjerit.

"Memang kat sini boleh rawat hati yang lara. Tenang kan." Dia senyum. Lorena balas senyumannya.

"I Darrin, you berdua?" tanyanya. Sejak tadi dia memandang saja kepada Adlila yang mencerut. Entah apa yang ada dalam hatinya. Masam sentiasa wajahnya itu.

"I Lorena, ni kawan I Adlila." Lorena senggol bahu Adlila.

"Kau dengan dia nak buat sesi pengenalan kan. Aku nak pergi dulu." Adlila malas di situ lagi. Biarlah kalau mereka mahu berbual pun.

"Are you jealous, honey?" tanya Darrin.

"Mat saleh gila." Adlila menjuih. Ada ke patut tanya aku cemburu. Nak cemburu apanya.

Darrin ketawa.

"You tetap macam dulu. Suka marah-marah." Darrin ketawa. Suara gelak pun dah sedap didengar. Matanya lunak memandang Adlila.

"Suka panggil I bodoh dan gila." Darrin menyambung lagi.

Adlila merenung Darrin tidak berkelip. Lorena lagilah. Tak perlu nak fikir panjang. Ayat Darrin itu nampaknya dia memang mengenali Adlila.

"Kau kenal dia ke, Lila?" tanya Lorena pelik.

Adlila jongketkan bahunya. Mat saleh ini memang sah gila. Dia ingat aku suka sangat nak kenal dengan bangsa mereka. Mereka dengan mudahnya rasis terhadap orang Muslim. Sekarang dia rasis dengan bangsa mereka pula. Tak salah rasanya.

"Cepatnya you lupakan I, honey." Muka Darrin berubah. Mudahnya dia melupakan muka yang jadi rebutan di London ini. Perempuan ini memang misteri.

"Lila, siapa ni?" Lorena tak sabar nak tahu.

"Mana aku tahu." Bersungguh-sungguh Adlila menafi. Dia memang tak kenal. Tapi daripada ayat lelaki itu, memang sah dia kenal dengan Adlila. Lelaki itu menyuruh perkerja yang ada dengannya tadi, membawa balik tong ikan tersebut.

"I'm D. D untuk Darrin, honey." Darrin senyum kepada Adlila.

Terkebil-kebil Adlila memandang Darrin. Dia tidak percaya itu Darrin. Kenapa muka Darrin berubah. Kenapa Darrin ada kat sini. Kenapa Darrin boleh cakap Terengganu. Kenapa dan kenapa.

Adlila tidak tunggu lama, dia terus menapak perlahan dan semakin laju. Dia terus berlari. Lorena memanggilnya pun dia tidak peduli. Apa yang dia mahu dia tidak mahu berada dekat dengan Darrin. Tapi, kenapa bau Darrin tak unik lagi. Kenapa bau itu berubah. Itu bukan Darrin?

Eh, aku lari buat apa. Aku kecewa dengan siapa? Adlila berhenti. Pasti dia sudah jauh dari situ. Dia berpaling. Darrin masih berdiri di situ.

Termengah-mengah Lorena menghampiri Adlila.

"Kau gila ke. Lari buta macam tu aje." Tercungap-cungap Lorena bertanya.

"Cepatlah. Aku nak balik chalet sekarang juga."

"Lila siapa dia tu?" tanya Lorena. Adlila tidak menjawab.

LORENA ternganga dengan cerita Adlila. Tak sangka pula Adlila simpan rahsia daripadanya.

"Kau tak percayakan aku ke?" tanya Lorena.

"Taklah, aku tak mahu kusutkan fikiran kau."

"Habis tu tadi dia cakap Melayu, apa kes?" tanya Lorena pelik, kerana kata Adlila Darrin tidak tahu berbahasa melayu.

"Aku tak tahulah. Takkanlah dalam masa 6 bulan saja dia fasih cakap Melayu kan. Aku tak mahu fikir." Adlila gelengkan kepalanya.

"Tapi, Lila handsome gila Darrin tu. Kau tak terpikat ke? Buat peneman." Lorena sengih. Adlila mendengus.

"Itu, abang ipar Falik." Adlila beritahu juga hal sebenar.

"Hah!" Mulut Lorena terlopong. Adlila tolak dagu Lorena ke atas.

"Kalau macam tu kau dah boleh jumpa Faliklah. Senang cerita. Untung pula aku ajak kau ke sini." Lorena sengih.

"Hmm, Falik pun lari daripada dia. Darrin pun tak nak Falik kahwin dengan adik dia."

Adlila termenung jauh. Berfikir.

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now