Bab 1

763 7 0
                                    

ADLILA pandang jemari manisnya yang tersarung cincin belah rotan. Tercapai juga impiannya untuk menjadi tunangan Falik setelah sekian lama bercinta. Tapi, sayangnya Falik pula yang akan menyambung pelajaran ke London. Adlila pandang Falik di sisinya.

"Tak payah sedihlah Lila. Lik pergi tak lama. 4 tahun tu pejam celik saja dah habis. Lepas tu kita kahwinlah." Falik senyum. Sungguh dia tak sanggup nak tinggalkan Adlila. Percintaan sejak sekolah sudahpun termetrai dengan pertunangan. Kalau boleh memang dia nak kahwin dan bawa Adlila ke sana. Tapi, emaknya menghalang. Emaknya mahukan Falik pergi belajar saja.

Mereka semua sedar selepas habis A levelnya itu, dia akan menyambung pelajaran ke sana. Tapi, itulah bila makin dekat dengan tarikhnya, semakin kuat pula hati tidak mahu melepaskannya.

"4 tahun tu lamalah, Lik." Adlila cemberutkan mukanya. Tak sanggup nak fikir apa yang akan jadi dalam masa 4 tahun itu.

Falik ketawa. Kalau boleh mahu saja dia peluk Adlila. Tapi, dia tahu Adlila tak suka sentuh-sentuh sebelum kahwin. Haram. Ah,dia pun tahu tentang itu, cumanya dia terlalu ingin menyentuh Adlila.

"Lila, bagi Lik sentuh Lila sikit. Nanti kempunanlah Lik kat sana." Falik pamerkan muka sedih.

"Nak pergi jauh bukan ada tiket boleh sentuh ya." Adlila tegas dengan pendiriannya. Ibu sudah berkali-kali memesan. Jangan sesekali. Di antara dua orang makhluk yang berlainan jantina ada syaitan di tengahnya. Syaitan yang sedang menanti untuk meruntuhkan akhlak umat Nabi Muhammad saw.

"Lila ni berkiralah." Falik tarik muka.

"Lik, nak sentuh Lila kahwin dulu ya. Jangan nak buat sekarang. Haram." Adlila mengingatkan Falik.

"Yalah, yalah. Lik tunggu sampai kita kahwin.Nanti lepas kahwin tahulah Lila." Falik angkat keningnya. Adlila ketawa. Lepas kahwin dia tak kisah pun.

"LIK, jangan lupakan Lila ya." Adlila memesan untuk kali yang ke berapa.

"Lik tu pergi belajar, Lila. Kena tumpu pada pelajaran. Kalau asyik ingat kamu saja nanti, bila masa dia nak belajar." Puan Hamilah menyampuk. Bibirnya mengherot.

"Lila bukan suruh dia ingat Lila sampai tak belajar mak cik, jangan lupa Lila saja. Belajar tetap belajar." Adlila menjawab. Naik geram dia dengan kata-kata bakal ibu mertuanya itu. Lepas kahwin nanti tahulah dia nak ajak Falik tinggal di tempat lain.

"Lik tak akan lupakan Lila." Falik sengih. Rasa macam nak peluk Adlila sekarang juga.

"Mak, kalau mak benarkan Lik dah kahwin dengan Lila. Lik nak bawa dia pergi sana." Falik sengih kepada emaknya.

"Jangan cari pasal. Dunia kamu tu masih luas. Bukan ada Lila saja." Puan Hamilah menjuih.

"Masalahnya saya dengan dia dah bertunang mak cik. Dunia Lik mesti ada Lila, mak cik." Adlila menjawab lagi. Tak senang hati dengan kata-kata orang tua ni. Ada saja yang tak kena.

Adlila memang sudah plan dari awal dia akan tinggal di tempat lain selepas kahwin dengan Falik. Kalau dari gaya Puan Hamilah tu, sah-sah dia akan masuk campur dalam perkahwinan mereka. Serupa artis terkenal yang baru bercerai tu. Nak bercerai tak perlu tunggu perempuan lain. Adik beradik ataupun mertua boleh menyumbang ke arah itu.

Itu kenangan sebelum Falik ke London. Sekarang setelah dekat 4 tahun Falik mula kurang menghubunginya.

ADLILA merengus geram. Semakin lama semakin menyakitkan hati. Sudah dua kali dia ke rumah Falik. Tapi, ahli keluarganya tiada di rumah. Adlila mendengus sambil menghempas pintu keretanya. Entah ke mana mereka pergi. Bila dia mahu sesuatu, mesti tertangguh.

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now