Bab 14

413 9 0
                                    

PUAN AMNI memandang Adlila yang duduk menyandar di keretanya. Sejak sampai dari tempat kerja dia hanya berdiri di situ.

"Lila, rumah kita nak runtuh ke?" tanya Puan Amni.

"Hah." Adlila terngadah dan ketawa kecil. Lalu diayunkan kakinya ke arah ibunya.

"Ada apa lagi, Lila?" tanya Puan Amni. Tak lain tak bukan Adlila sedang berfikir tentang Faliklah tu. Adlila nampak saja kuat di luar. Puan Amni tahu Adlila sedang bersedih di dalam.

"Falik, ibu."
Adlila tiba-tiba menangis.

"Lila ni separuh mati cintakan dia, tapi dia buat Lila macam ni. Apa salah Lila ibu." Adlila baru melepaskan rasa hati setelah sekian lama. Lega apabila Adlila mula menangis. Sungguh dia risau apabila Adlila hanya mengamuk saja selepas hal Falik mahu memutuskan pertunangan mereka. Dia tahu Adlila sedang meratap dalam hati.

"Ibu lega bila Lila dah menangis macam ni. Falik bukan untuk Lila sebab Lila lebih baik daripada dia." Puan Amni mengusap belakang Adlila.

"Adlila ni tak baiklah sebab tu, Falik tinggalkan Lila."

"Lila, Lila bukan isteri dia lagi. Kalau isteri tu baru Lila boleh guna ayat tu. Falik yang bodoh sebab tinggalkan Lila," pujuk Puan Amni lagi. Adlila terlalu baik.

"Lila nak duit Lila semula ibu. Sampai lubang cacing Lila akan cari dia. Dia kena bayar balik hutang Lila." Adlila menyapu air mata yang mengalir di pipi. Bila sebut pasal duit saja, Adlila bersemangat semula.

"Haisy, sampai macam tu sekali."

"Itu titik peluh Lila ibu. Lila buat part time lagi. Gila kalau Lila tak tuntut balik." Adlila mendesis kuat.

"Nak cari dia kat mana Lila?" tanya Puan Amni.

"Lila dah jumpa tempat yang mungkin Lila akan jumpa Falik. Mungkin bukan dalam masa yang terdekat."

"Di mana?" tanya Puan Amni.

"Terengganu."

Ternganga Puan Amni. Jauh betul tu.

"Lila... dah berapa bulan Lila putus tunang?"

Adlila diam sambil memikir.

"Dekat 7 bulan ibu. Kenapa?" tanya Adlila.

"Hmm, kawan ibu ni. Dia tanya ibu pasal Lila..." Teragak-agak Puan Amni bertanya. Bimbang Adlila mengamuk.

"Nak jodohkan Lila ke, ibu?" tanya Adlila laju. Matanya itu tak lepas memandang Puan Amni.

Puan Amni angguk laju. Kalau Adlila sudi terima ,bolehlah dia merapatkan lagi hubungan persahabatan dengan kawannya itu. Sudah lama Umi Yan bertanyakan Adlila. Tapi, ketika itu Adlila sudah menjadi tunangan Falik.

"Tak naklah ibu. Jantan-jantan kat luar tu bukan boleh percaya. Lila nak sendiri." Tegas Adlila menjawab. Hal dengan Falik pun tak selesai lagi. Ini nak menambah pasal pula.

"Mana boleh, Lila. Ibu nak juga cucu. Takkanlah Lila nak sendiri sampai Lila tua." Puan Amni tak suka jika itu yang berlaku. Kecewalah dia kalau itu benar-benar terjadi.

"Haisy, ibu ni kahwin tak menjamin nak dapat cucu ke tak. Entah-entah Lila ni mandul. Ha, tak ke haru." Adlila cakap perkara yang tak sepatutnya pula.

Puan Amni menampar agak kuat mulut Adlila.

"Tarik balik, Lila. Ada ke patut cakap mandul sebelum kahwin."

"Sakitlah, ibu." Adlila menjerit apabila ditampar Puan Amni. Pedih mulutnya. Dia mengusap-usap mulutnya.

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now