Bab 9

643 11 0
                                    

MENGGALAS beg di belakang membuatkan Adlila rasa mahu tidur sekarang juga. Lorenalah, pandai sangat mengatakan kat sini mudah nak dapat tempat untuk menginap. Sudahnya, mereka terpaksa berjalan jauh dari pantai untuk ke tempat itu. Sekitar pantai itu, tempat penginapan sudah penuh. Hairan pula kenapalah orang putih ramai sangat kat sini. Tapi, bila difikirkan logiknya, Terengganu memang menjadi tumpuan pelancong asing.

Melangkah masuk ke dalam bilik itu, Adlila lemparkan begnya dan dia terus berlari ke katil. Menghempaskan tubuh langsing ke katil.

"Lega," dia mengeluh perlahan.

"Sorrylah, tak sangka pelancong ramai gila. Macam ada pesta pula." Lorena memohon maaf.

"Diterima. Sebab aku dah boleh baring. Kalau kau minta maaf masa tadi, memang maaf kau tak diterima." Adlila menudingkan jari kepada Lorena.

"Pulau Perhentian kecil memang meriah dengan pelancong. Terutama sekali bahagian pantai yang dipanggil Long Beach tu. Tak kira siang atau malam ada saja aktiviti berjalan kat sini. Sebab tulah aku bawa kau datang sini. Nak gembirakan diri." Lorena sengih sambil berjalan ke tingkap yang menghadap pantai. Walaupun agak jauh sedikit, tapi dia puas hati dapat melihat pantai. Dia memilih Pulau Perhentian Kecil kerana terdapat banyak tempat penginapan.

Long Beach ataupun Pantai Panjang adalah lokasi yang menjadi perhatian ramai backspakers dan mat saleh. Sebab itulah di sini, jarang ada keluarga yang mempunyai anak-anak yang datang ke sini. Ia lebih kepada pantai orang dewasa. Tidak sesuai untuk kanak-kanak. Lihat saja, pelancong perempuan yang berbikini di depan pantai. Tak peduli dengan orang, apabila mereka berjemur. Kalau nak cuci mata disinilah tempatnya.

"Lila , malam ni kita tengok pertunjukan api ya. Kat sini dia orang selalu buat pertunjukan api. Ala, macam kat A Famosa Resort tu."

Adlila hanya menggumam. Lorena berpaling. Adlila sudah lena rupanya. Akhirnya, Lorena juga mengheret kakinya ke katil. Dia juga mahu berehat. Mereka ada masa lagi untuk berjalan-jalan. Kalau letih sangat pun, nak berjalan tak seronok sangat. Lebih baik mereka berehat dahulu.

Adlila terlompat bangun. Bermimpi dia terjatuh katil, mujurlah dia masih di atas katil. Dia pandang ke katil sebelah. Lorena sedang diulit mimpi. Dia pandang jam di tangannya. Argh, dia dah lewat untuk solat. Lebih baik dia lakukan solat Jamak. Memudahkan dia sendiri. Adlila melakukan solat Jamak Taqdim dan Qasar Maghrib dan Isyak.

"Kau dah selesai solat?" tanya Lorena ketika Adlila bangun. Adlila anggukan kepalanya. Lorena menghampiri begnya dan mengeluarkan barang-barang mandiannya. Dia menghilang ke dalam bilik air.

Adlila hanya mengenakan seluar slek dan juga mengenakan baju lengan panjang. Malam-malam begini angin pantai amat sejuk. Adlila dan Lorena terus menyusuri pantai yang dipenuhi pelancong. Bercampur-aduk dengan pelancong Malaysia sendiri.

"Kenapalah kau bawa aku datang tempat mat saleh ramai macam ni." Adlila merungut. Nampak mat saleh saja dia teringatkan perempuan rambut merah yang merampas Falik. Tapi, bukan salah dia seorang. Falik yaang terlebih salah sebabnya dah tahu diri sudah berpunya kenapa gatal nakkan orang lain.

"Seronok tengok dia orang." Lorena ketawa kecil.

Dia picit lengan Adlila yang sedang dipeluk. Muncung mulutnya terarah ke arah pasangan mat saleh yang sedang berkucupan. Adlila juga memandang. Jelik.

"Hairanlah, kenapa tak masuk dalam bilik saja. Kat situ nak buat apa pun tak apa. Nak tunggang terbalik pun tak apa." Adlila menjuih.

"Haisy, kau ni,"

"Betullah. Dah nak tunjuk rasa kasih sayang sangat masuk dalam biliklah. Ini tak di situ juga nak tunjuk kasih sayang. Sex maniac." Mencebik hinggakan jika orang melihat Adlila ketika orang akan tersalah anggap Adlila cacat.

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now