Bab 11

512 10 0
                                    

PUAS berfikir akhirnya Adlila berada di resort persendirian ini sekali lagi. Tak tahu nama resort ini apa kerana dia datang dari belakang. Kali ini dia masuk ke lobi. Memang nampak mewah apabila melangkah masuk ke dalam lobi resort. Untung dia dapat bertemu lagi dengan Darrin. Dia melangkah kaki ke sofa yang diduduki oleh beberapa orang.

Tiba-tiba matanya tertancap kepada seorang lelaki yang bersut. Bergaya? Tak payah cakaplah. Memang bergaya. Dan lelaki itu adalah Darrin. Di sisinya ada seorang lelaki yang bergaya juga. Lelaki Melayu. Adlila tunduk. Tak pasti pula mahu bertemu atau tidak. Memang berbeza sungguh dengan Darrin yang tinggal dengannya selama seminggu itu. Dulu nampak kurus kering, sekarang berbeza.

Darrin dulu macam gelandangan. Darrin di depan matanya sekarang terlalu sofistikated. Dan tak dinafikan Darrin ini memang stok-stok lelaki yang selalu dihendap oleh orang perempuan dalam laman Instagram.

Adlila bingkas. Dia ubah fikiran tak mahu bertemu dengan Darrin. Sudah pasti dia pun tak tahu di mana Falik. Kan mereka suami dan isteri larikan diri daripada Darrin.

"Honey, you nak pergi mana?" tanya suara yang Adlila semakin berlegar-legar dalam kepalanya. Adlila berhenti melangkah dan dia berpaling. Terkebil-kebil Adlila ketika wajahnya itu seinci dekatnya dengan dada Darrin. Bau ini, bau Darrin. Adlila terus undurkan langkahnya ke belakang.

"Saja datang nak lihat sebelah dalam resort pula." Spontan Adlila menjawab. Gilalah dia kalau beritahu nak jumpa Darrin.

"Dah puas tengok?" tanyanya lagi.

"Dah."

Adlila tak tunggu lama dia terus melarikan diri. Tak boleh lama-lama di situ nanti keluar angin nak bertanya pasal Falik. Tak ke haru tiba-tiba dia mengamuk di situ.

"SIAPA tu?" tanya Zarel. Menanti jawapan daripada Darrin. Darrin pula masih memandang ke luar lobi.

"Siapa?" tanya Darrin semula. Dia berjalan keluar.

"Kau buat-buat tanya aku semula. Perempuan tu. Semua perempuan yang nak melekat dengan kau aku kenallah." Zarel menjeling Darrin.

"Perempuan yang saja datang ke sini." Darrin jongketkan bahunya.

"Kalau saja-saja datang sini, kau tak akan tegur dialah. Kau panggil dia honey kut. Mana ada perempuan yang kau panggil honey. Tolak Lucia saja. Itupun sebab Lucia adik kau." Zarel tak puas hati dengan penjelasan Darrin.

"Kau ni kenapa nak tahu sangat ni?" Darrin masih mengelak. Honey, itu panggilan ketika Adlila menolongnya dulu. Ketika dia memerlukan pertolongan Adlila hulurkan tangan meskipun tidak ikhlas. Jadinya walaupun Adlila itu samseng, panggilan honey itu tetap ada.

Tiada siapa tahu apa yang terjadi kepadanya 6 bulan lepas. Tak pernah dia ceritakan kepada sesiapa pun. Hatta Zarel kawan baiknya ini. Malas dia berkongsi cerita peribadinya. Nanti, tak pasal-pasal sampai ke telinga neneknya. Tak mahu ada tekanan daripada neneknya.

"Aku peliklah. Tiba-tiba kau tegur perempuan tu." Zarel pasti ada sesuatu. Tapi, mahu dikata Darrin ada hubungan dengan perempuan itu, tidak juga. Sebab perempuan itu nampak tak manis mukanya ketika memandang Darrin. Dan itu satu-satunya perempuan yang nampak tak hairan dengan Darrin.

"Misteri." Zarel mengomel sendiri.

"Kau pun rasa dia misteri?"

"Hah, kan aku dah cakap kau ada sesuatu dengan perempuan tu." Zarel dapat kenakan Darrin. Darrin nak mengaku, aci potong jari Darrin akan buat tak tahu saja.

"Rel, aku nak betulkan ayat kau tadi. Aku gelar semua perempuan dengan panggilan sweet ya. Kau aje yang khususkan untuk seorang perempuan. Bagi aku semua perempuan manis." Darrin betulkan ayat Zarel tadi.

"Huh, yalah tu. Kalau aku kata macam tu tak betul jugak. Sebab panggilan kau untuk semua perempuan manislah, ada yang salah anggap. Manis-manis pun ada juga yang tinggalkan kau." Zarel jongketkan keningnya. Darrin diam. Dia tidak menafikan ada benarnya kata-kata Zarel. Nak marah Zarel, macam curah air ke daun keladi. Zarel tetap tak hairan.

"KAU ni terkejutkan akulah. Kau boleh hilang macam tu saja. Aku bangun tidur kau dah tak ada." Lorena merungut.

"Kau tidur sampai tak sedar apa. Sebab tu aku jalan-jalan dulu." Adlila sengih. Sangkanya dia pulang sebelum Lorena terjaga.

"Kau pergi mana?" tanya Lorena.

"Aku jalan-jalan kat pantailah." Adlila sengih.

Lorena turun dari katil dan dia mencapai tualanya. Melangkah masuk ke dalam bilik air.

Adlila rasa dia perlu jumpa Darrin sebelum dia balik ke Kedah. Kalau tak jumpa dia tak akan tahuu tentang Falik. Sekurang-kurangnya dia tahu Falik masih hidup dan dia boleh tuntut hutangnya. Ya , dia mahu jumpa Falik untuk tuntut hutang saja. Bukan sebab cinta lagi. Bila Falik ambil keputusan mahu mencintai perempuan lain, Adlila tahu dia sudah tiada dalam hati Falik. Jadinya buat apa dia mahu mencari Falik kerana cinta.

"Lila kau jangan rahsia pasal Darrin lagi. Aku juga nak tahu." Lorena bersuara selepas dia keluar dari bilik air.

"Kau suka dia eh?" tanya Adlila sambil berkalih menghadap Lorena. Lorena sengih.

"Taklah. Aku rasa macam ada sesuatu yang bakal berlaku."

"Apa dia?"

"Entahlah. Aku pun tak tahu." Lorena menggelengkan kepalanya.

"Aku nak cari dia dan tanya pasal Falik. Mana tahu dia dah jumpa mereka kan."

"Kau nak rampas Falik daripada adik dia?"

Adlila menjegil.

"Eii, tak ingin aku. Aku nak kutip hutang aku semula." Adlila menggeliang-geliut bagaikan Falik itu terlalu kotor.

"Okey apa."

"Tak naklah aku. Falik dah jadi bekas orang. Tak sukalah aku ambil bekas orang."

Lorena ketawa. Ada-ada saja Adlila. Ya, dia akui Adlila terlalu cekal dengan semua yang berlaku kepada dirinya. Mungkin bagi Adlila putus cinta tak serupa kehilangan orang yang meninggal. 

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now