Bab 16

758 15 10
                                    

"IBU kau buat kerja gilalah." Lorena menjerit. Reaksi Lorena itu melebih-lebih pula.

"Kau fikirlah sendiri. Aku ni putus tunang dengan Falik pun belum pasti, dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Kalau kau di tempat aku, apa yang kau fikirkan?" tanya Adlila. Mana tahu dia dapat pendapat bernas daripada Lorena pula. Tak adalah dia pening nak fikir lagi.

"Kau masih mengharapkan Falik ke, Lila?" tanya Lorena. Hilang terus nak cakap apa pasal penjodohan ibu Adlila.

Adlila diam.

"Selepas lama aku berfikir, rupanya aku masih tak boleh move on lagi. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Nak kata aku teriak macam orang gila, tak pula. Aku boleh lagi maki hamun Falik. Tapi..." Adlila tunduk. Sebab itulah orang cakap hati manusia ni kompleks. Macam-macam yang boleh jadi dengan hati yang sekecil itu.

"Cinta Lila. Cinta ini gila yang buat hati kita tak berada di tempatnya." Lorena menyambung.

"Aku benci dengan perasaan begini kau tahu. Aku nak move on. Tapi,tetap ada di situ hati aku. Lama kut aku dengan Falik. Selama itu tiada lelaki yang masuk ke dalam jiwa aku. Tapi, Falik sanggup tinggalkan aku!"

"Sebab tulah aku tak nak dekat dengan lelaki." Lorena luahkan rasa hatinya. Adlila gelengkan kepalanya. Kompleks sungguh konflik hati mereka berdua.

"Maknanya, masa aku bawa kau ke Pulau Perhentian tu, kau pura-pura ajelah?" Lorena meneka.

Adlila jongketkan bahunya. Mungkin pada awalnya dia seperti terpaksa. Tapi, apabila sampai di sana , dia makin jatuh cinta dengan keindahan Pulau Perhentian.

"Lila, kau tak ingat kat mat saleh yang namanya Darrin tu?" tanya Lorena.

"Kau berminat dengan dia ke?" Adlila jongketkan keningnya sambil menyengih.

"Taklah. Tiba-tiba saja teringatkan dia. Handsome dan tegap badannya." Lorena juga angkat keningnya sambil sengih.

"Hmm, tak payahlah cerita pasal mat saleh tu. Kau ingat sikit, mereka tu acah-acah paling hebat kat dunia ni. Semuanya mereka yang elok. Orang lain tak elok." Adlila menjuih.

Mendidih darahnya bila bersembang pasal mat saleh. Nak pula kalau teringatkan Darrin, sah-sahlah Lucia dan Falik juga dia ingat. Bukan boleh buang macam tu saja. Kalau boleh muka Darrin pun dia tak mahu ingat. Tapi itulah dah kenal, mestilah ingat muka Darrin macam mana.

ADLILA pandang kalendar di dalam telefonnya. Sudah seminggu dia jadi penyiasat tak bertauliah. Hari ni nak pergi atau tidak. Hatinya berbolak-balik. Dia sebenarnya yakin Falik dan Lucia ada di rumah emaknya. Tapi, itulah tak pernah nampak mereka berdua pula. Ataupun itu hanya mainan perasaannya saja. Mereka berdua memang tiada di situ. Tapi, Puan Hamilah yang terhendap-hendap itu menambah kecurigaannya.

Hari ini biarlah Adlila off sebentar. Kalau dah payah sangat nanti dia paksa saja Puan Hamilah cakap. Guna pendekatan samseng. Dia memandu pulang ke rumahnya. Dulu letih, bila buat part time. Tapi, bila fikir akan kejayaan Falik, hilang letihnya. Sekarang pun dia buat part time. Part time jadi penyiasat persendirian. Bila difikirkan semula, dia memang bodoh kerana terlalu mempercayai Falik dengan sepenuhnya. Sanggup bekerja keras untuk Falik belajar. Rupanya kejayaan Falik bukan untuknya. Setan kau Falik!

Mata Adlila membulat ketika memasuki kawasan rumahnya. Ada sebuah kereta Ford Ranger biru berada di depan rumahnya. Dia meletakkan keretanya di bawah tempat letak kereta kecil yang dibina di tepi rumah mereka. Adlila memang tak suka jika ada kereta orang asing ada di rumahnya. Nak kata kawan ibunya daripada Terengganu, mereka bawa kereta Mercedes Benz. Ini Ford Ranger Wildtruck yang baru . Gaya orang muda.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now