BAB 5

35 0 1
                                    

Setelah ketiga-tiga samseng itu pergi dari situ,lelaki itu datang menghampiri Faqrul. Lelaki itu terus menuju Faqrul dan menolong ambilkan beg sekolahnya untuk Faqrul.

"Kamu tak apa apa ke?" Soal lelaki itu pada Faqrul sambil menyerahkan beg sekolahnya.

"Errr...saya takde apa-apa,terima kasih ye encik sebab tolong saya." Jawab Faqrul seraya mengambil beg dia pada lelaki itu.

"Ehh kamu jangan panggil saya encik,saya ni umur baru 18 lagi." Bidas lelaki itu. "Kamu panggil saya abang dah okay." Sambungnya lagi lelaki itu.

"Err okay abang." Balas semula Faqrul.

"Mmmm adik..." Panggil lelaki itu pada Faqrul.

"Ye bang."

"Boleh abang nak bercakap dengan kamu sekejap? Kamu jangan risau or takut dengan abang,abang bukan nak buat apa-apa pada kamu." Pinta lelaki itu pada Faqrul.

"Eeeeee okay." Jawab Faqrul terketar-ketar,hmmm yelah lelaki yang tidak kenal kot tiba-tiba nak ajak berborak dengan Faqrul.

***************************

"Boleh abang tahu,dah lama ke kamu kena buli macam ni selalu?" Tanya lelaki itu dengan lembut pada Faqrul.

"Hmmmmm ye bang,dari dulu saya asyik kena buli je. Saya tak tahu apa salah saya pada mereka yang suka buli saya tu." Jawab Faqrul panjang lebar dengan nada ada sikit sebak. "Ehh kejap,macam mana abang tahu saya ada disitu and macam mana abang tahu saya kena buli?" Soal Faqrul tiba-tiba.

Tiba-tiba lelaki itu tergamam. Tapi lebih baik ceritakan perkara sebenarlah.

"Okay baiklah,abang terus terang pada kamu jelah,sebenarnya kalau kamu nak tahu,abang intip kamu dan ekori kamu sepanjang harini,kalau kamu nak tahu macam mana abang tahu kamu disini dan tolong kamu daripada mereka bertiga yang buli kamu tu pun, abang ikut kamu dan pasal budak perempuan yang beri kamu makanan tadi, abang yang bagi sebenarnya. Abang pun intip kamu dekat sekolah juga tadi."

"Jadi,betul lah apa yang saya rasa dari pagi tadi,yang ada orang ekori saya dari tadi dan orang itu adalah abang!!" Pantas Faqrul menjawab dengan terkejut.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan. "Abang minta maaf tentang itu,abang ikut kamu pun atas sebab tertentu dan untuk pastikan keselamatan kamu pada harini." Jawab lelaki itu.

"Hmm patutlah saya rasa tak sedap hati dari tadi sampai sekarang..." Sambung Faqrul lagi.

"Dah kita sambung balik pasal tadi,jadi selama ni kamu kena buli ini,kamu tak pernah untuk melawan balik apa yang mereka dah buat pada kamu?" Soal lelaki itu pada Faqrul.

Faqrul hanya menggelengkan kepalanya bila ditanya sebegitu.

"Kenapa kamu tak pernah melawan mereka? Ada masa kamu boleh tahan dan ada masa kamu kena lawan mereka semula apa yang mereka buat pada kamu. Kamu tak boleh biarkan mereka pijak kepala kamu dan buat apa sahaja dekat kamu,nanti lama kelamaan akan ada  juga orang ambil kesempatan keatas kelemahan kamu." Balas balik lelaki itu dengan panjang lebar.

"Tapi bang,saya tak mampu untuk berlawan mereka. Saya rasa terlalu lemah untuk mereka." Balas Faqrul lemah.

"Kamu,sekarang ni tak terasa nak cuba ubahkan diri kamu ke?" Tanya lelaki itu.

"Ada,saya ada rasa nak ubah diri saya untuk jadi berani,tapi saya tak tahu nak mula dari mana." Jawab Faqrul dengan tenang.

"Jadi itu masalahnya,abang rasa tentang apa yang kamu cakap tadi tu,abang rasa mungkin abang boleh selesaikan perkara itu. Sebab abang boleh nampak kamu ni seorang yang berkebolehan,jadi abang rasa abang boleh bantu kamu untuk kamu berubah untuk jadi apa yang kamu nak. Abang akan bantu kamu untuk jadi lebih berani." Balas lelaki itu dengan baik.

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now