Bab 21

22 1 0
                                    

Faqrul segera keluar dari kereta kapsul bawah tanah dan berlari terus ke pintu masuk akademi. Sesudah sampai tiba di pintu utama dan pintu terbuka dan.....

"Huuhhhh!!!!"

Mata Faqrul membulat dan dia terkejut tatkala ruang utama akademi berselerak seperti diserang.

"Apa dah jadi ni?" Cetus Faqrul sendiri lalu dia masuk dengan perlahan lahan.

"Faqrul!!" Panggil seseorang dari arah lain, rupanya...

"Ehh Rafi?" Balas Faqrul pendek. Rafi segera berlari ke arah Faqrul dengan keadaan cemas.

"Weyh Rafi, kenapa ni? Apa yang berlaku kat sini? Mana yang lain?" Soal Faqrul bertubi-tubi.

"Semua Ejen muda, pergi berlindung ditempat rahsia. Sebenarnya, tempat ini diserang. Mentor dan yang lain semua tengah pergi meronda seluruh tempat untuk buru penceroboh itu." Jawab Rafi dengan cemas.

"Kalau macam marilah tolong mereka!!" Pantas Faqrul menjawab.

Rafi sempat memotong. "Tak!!! Jangan, Ejen Zizi dah arahkan kita suruh berlindung."

Faqrul mula serba salah kalau tak menolong tapi inikan arahan, kalau Faqrul masuk campur boleh mengundang bahaya.

"Kalau macam tu takpelah, kau bawak aku kat tempat mereka berkumpul sekarang." Kata Faqrul putus untuk pergi berlindung bersama mereka.

"Okay jom, ikut aku..." Balas Rafi seraya berlari ke tempat berlindung, Faqrul hanya ikut sahaja dari belakang Rafi.

Mereka berdua berlari dengan pantas tanpa memikirkan apa apa. Namun saat Rafi sudah makin jauh ke depan, Rafi tiba-tiba kaki jatuh tersadung pada tali yang tak semena mena wujud.

Tiba-tiba pula ada bunyi penggera pada dinding yang tak jauh dari Rafi dan akhirnya.....

'Boommmm!!!!!!!'

"Rafi!!!!!!" Satu letupan yang secara tiba-tiba berlaku depan Faqrul lalu Faqrul datang dekat timbunan batu yang dah meletup itu yang memisahkan antara mereka berdua.

"Rafi... Rafi...kau tak apa apa ke?? Kau dengar tak??" Jerit Faqrul memanggil Rafi disebalik timbunan dinding yang meletup itu. Tapi tiada sebarang respon.

"Aduh...apa aku nak buat ni?" Soal Faqrul sendiri sambil memikirkan sesuatu.

Saat Faqrul memikirkan cara sesuatu untuk lepasi timbunan itu, tak semena-mena sesuatu objek telah muncul datang ke arah Faqrul.

"Hiyargghhh!!!" Faqrul melompat untuk mengelak dari serangan tersebut.

"Siapa yang serang tadi tu?" Soal Faqrul sendiri dengan cemas. Lalu bunyi derapan kaki yang datang ke arah Faqrul maka muncullah seorang lelaki misteri yang bertopeng hitam serta memakai gogle biru.

"Kau ni siapa? Berani kau serang tempat ni?? Dan apa tujuan kau datang ke sini??!!" Jerit Faqrul dengan geramnya mempersiapkan diri dia untuk bertempur.

Lelaki misteri itu hanya diam membisu sahaja apabila dipersoalkan oleh Faqrul tadi.

"Asal kau tak nak jawab?!" Tengking Faqrul lagi.

Lelaki misteri itu tidak menjawab lagi, namun dia terus bertindak pantas menyerang Faqrul.

"Huhhhh!!! Dia nak serang..."

Lelaki misteri itu terus menendang Faqrul laju, namun Faqrul sempat elak lalu terus Faqrul serang balas dengan menggunakan semua teknik yang ada, walaupun dia tak ada apa apa senjata atau gajet sekali pun.

Lelaki itu hanya mengelak dan menepis semua serangan Faqrul, seperti dia tahu semua serangan Faqrul. Kini lelaki itu pula membalas dengan serangan dia sendiri.

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now