Bab 22

24 3 0
                                    

Di sekolah.....

Alhamdulillah, Faqrul dah menjalani kehidupan sebagai murid dan budak biasa dengan baik sekali, kini tiada lagi kena buli, kena kacau dan sebagainya. Ini semua berkat dia masuk latihan dan sertai agensi T.A.S.A. itu.

Cuma kali ini, Faqrul kena sentiasa bersedia walau dimana jua sekali, sekiranya dia ada panggilan untuk misi, sekarang ini Faqrul dah menggalas tanggungjawab besar walaupun masih lagi bersekolah.

'kriinnggg!!!'

Semua murid keluar kelas masing-masing menandakan waktu rehat sudah bermula.

Faqrul macam biasalah keluar rehat bersama kawan karibnya Fizu.

"Weyh....tak lama lagi dah nak percubaan UPSR, aku ingat nak buat study grouplah, apa macam kau okay tak?" Soal Fizu dengan mengajak Faqrul untuk buat study group.

"Hmm elok juga tu, so sabtu ni kita start boleh? Kita buat kat rumah aku." Balas Faqrul semula.

"Aku okay jerr. Nanti aku ajak budak kelas yang lain." Jawab Fizu pendek.

"Okay cun...nanti aku set time nak datang pukul baper." Kata Faqrul.

"Alright babe....." Balas Fizu sambil membuat thumbs up.

Sampai sahaja di kantin mereka berdua terus mengambil tempat duduk yang kosong untuk mereka duduk dan berehat. Fizu pula terus pergi membeli makanan di kantin.

Sedang asyik duduk dan menunggu rakan dia....

'tettt, tettt...tenettt tett teett!!' (pandai pandai you all imagine bunyi dia macam mana)

Sekali bunyi panggilan dari telefon Faqrul dan dia pun melihat paparan skrin itu dan melihat panggilan dari T.A.S.A.

"Alamak... Panggilan T.A.S.A! Aku kena pergi." Baru sahaja nak bangun dari tempat duduknya, waktu itu juga Fizu dah sampai.

"Weyh Faqrul, kau nak gi mana?" Soal Fizu tiba-tiba.

"Aku kena pergi atas kejap ada hal." Jawab Faqrul seraya terus lari meninggalkan Fizu.

Fizu pandang pun hairan.

Faqrul lari terus ke tempat biasa untuk pergi ke akademi.

***************************

Di Akademik..

Setelah sahaja tiba di akademi, Faqrul terus pergi ke bilik gerakkan di situlah tempat berkumpul untuk sekiranya ada misi yang perlu dilaksanakan. Mujurlah Faqrul sudah tahu bilik itu di mana semasa dia berlatih di akademi ini.

"Sampai juga kamu Faqrul, kamu tiba tepat pada masanya." Ujar Ejen Zizi sambil tersenyum.

"Mestilah abang, ini misi pertama Faqrul. Jadi Faqrul tak boleh lewat." Balas Faqrul dengan senyuman.

"Bagus...macam ni lah abang suka, mari kejap lagi ada sedikit briefing sebelum jalankan misi." Ajak Ejen Zizi untuk berkumpul di luar meja bulatan.

Rafi dan Adria pun sudah sampai, cuma Bai sahaja takde, mungkin antara mereka bertiga sahaja termasuk Faqrul yang dipanggil untuk misi ini.

Faqrul ada sedikit gementar untuk lakukan misi pertama ini, walau misi belum mula lagi.

Pada masa itu tiba-tiba hologram sudah mula dipancarkan dan muncul seseorang dari hologram tersebut iaitu...

"Apa khabar ejen ejen semua?" Ucap Ejen Zain.

'Ayah rupanya." Bisik hati Faqrul, tapi Faqrul tahu dalam tugas, tak boleh Ejen Zain dengan gelaran ayah walau macam mana sekali pun, sebab ini waktu bertugas.

"Khabar baik Tuan!!" Jawab semua ejen yang ada disitu, termasuk juga Faqrul.

Tanpa berlengah lagi masa itu, Ejen Zain terus memberitahu serta menjelaskan tentang misi yang akan diberikan.

"Jadi semua ejen yang ada di sini, kamu semua faham apa tugas misi untuk kali ini?" Soal Ejen Zain.

"Kami faham tuan!" Jawab semua ejen yang ada disitu.

"Faqrul..." Panggil Ejen Zain.

"Ye tuan?"

"Ini merupakan misi pertama kamu, adakah kamu dah bersedia?" Soal Ejen Zain dengan sedikit tegas.

"Saya bersedia Tuan!" Jawab Faqrul dengan penuh yakin dan pastinya.

"Baiklah bagus. Semua!!! Bergerak sekarang!!!" Arah Ejen Zain dengan pantas.

"Baik Tuan!!!" Balas kesemua ejen lalu terus bergerak pantas untuk lakukan misi.

Akhirnya bermula hari pertama Faqrul dalam menjalankan misi dan juga bermulalah hidup Faqrul sebagai seorang ejen muda dalam agensi T.A.S.A ini. Semoga perjalanan hidup Faqrul sebagai seorang ejen dapat menjalani dengan baik.

The End!!!

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now