Bab 6

28 2 0
                                    

Setelah beberapa minit mereka menurun ke kawasan bawah tanah dengan menggunakan lif, kini mereka pula menaiki satu lagi kenderaan yang ada bawah tanah.

Kini mereka menaiki kenderaan tersebut dengan adanya laluan khas. Azizi terus menekan butang yang ada untuk membuka dan menaiki kenderaan tersebut.

"Mari,silakan Faqrul..." pelawa Azizi. Faqrul hanya mengikut sahaja lalu terus duduk ditempat yang ada disitu,begitu juga dengan Azizi,tapi dia duduk dekat bahagian lain.

"Kita akan siap sedia untuk bergerak." Kata Azizi terus lalu menolak satu picu gear ke bawah lalu terus kenderaan itu bergerak laju. 

Faqrul pula terus terkejut tatkala kenderaan itu bergerak laju sampai dia kebelakan akibat pergerakan kereta tersebut. "Aduh..." Adu Faqrul sambil menggosok belakang.

Azizi pula tergelak melihat Faqrul. "Kamu ni,kenapa tak duduk diam."

Faqrul hanya menunduk malu sahaja.

"Errr abang zizi." Panggil Faqrul

"Ye Faqrul..."

"Sebenarnya,akademi yang abang cakap tu dekat mana? Jauh ke dari tempat kita tadi?" Soal Faqrul dengan ingin tahu.

"Kalau kamu nak tahu,akademi itu tak jauh dari tempat kita tadi,akademi itu dia terletak di sebuah satu pulau yang rahsia. Dan pulau itu tak wujud juga dalam peta negara ini." Jawab Azizi dengan baik,Faqrul dengar pun dengan penuh tekun.

"Lagi satu,kamu tak perlu risau bila dekat sana,sebab dekat sana ada ramai ejen muda seperti kamu yang tengah menjalani latihan dan ada juga mentor yan akan bantu dan ajar kamu untuk jadi ejen yang sangat berkebolehan." Sambung Azizi lagi pada Faqrul.

"Owhh begitu ye. Tapi abang.."

"Tapi apa sebenarnya Faqrul?" Pintas Azizi.

"Tapi abang,sebenarnya kenapa saya nak kena jadi ejen? Saya bukan ada apa apa kebolehan yang hebat pun. Lagipun saya cuma nak abang bantu saya jadi lebih kuat dari sebelum ini je kan? Balas Faqrul dengan rendah diri.

"Faqrul, kan macam abang cakap semalam,yang abang akan bantu kamu untuk ubah diri kamu untuk jadi lebih kuat. Jadi dengan ini sahaja cara yang terbaik untuk diri kamu,dengan jadikan diri kamu sebagai ejen. Dan lagi,kamu mesti percaya dan yakin pada diri kamu sendiri yang kamu boleh buat apa yang diluar jangkaan kamu,abang cari kamu dan tarik kamu bermakna abang percaya dan yakin terhadap kamu,kalau bukan orang lain selain daripada abang siapa lagi yang kamu nak percaya dan yakin pada kamu? Hanya diri kamu sendiri sahaja dan lagi satu,untuk pengetahuan kamu,apa yang abang fikir dan jangka pada masa akan datang tak pernah salah. Dan satu lagi untuk pengetahuan kamu,ada sebab kenapa abang tarik kamu untuk jadi ejen dan sebabnya abang tak dapat bagitahu,kalau abang ada sebab sekalipun,abang tak akan bagitahu kamu apa sebabnya,kerana abang nak kamu cari dan tahu sendiri nanti apa sebabnya." Balas Azizi dengan panjang lebar. Ya,dia sebenarnya memang tahu apa sebabnya si Faqrul ditarik ke sini untuk jadi ejen muda. 

Dan apa yang tak boleh nafikan,apa sahaja yang Azizi dapat jangkakan adalah benar,dan pada sebelum ini bila dia mencari ejen muda pada sebelumnya pun begitu,orang yang dicari dan  dipilih oleh Azizi semuanya boleh menjadi ejen terbaik pada masa selepas itu, bermakna Azizi tak pernah salah memilih dan mencari budak sebagai ejen muda. Jadi dengan adanya Faqrul dia sangat yakin pada dirinya yang bahawa pilihan dia akan menjadi tepat macam sebelum ini,tapi kali ini dengan adanya keyakinan yang paling tinggi pada Faqrul.

******************

Setelah beberapa minit mereka berbual sementara menunggu perjalanan mereka sampai ke tempat. Akhirnya mereka berdua sampai ke destinasi yang patut mereka sampai, iaitu Akademi Latihan T.A.S.A.

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now