Bab 3

36 0 0
                                    

Dari rumah,Faqrul berjalan kaki ke sekolah. Selalunya,Faqrul akan singgah ke mana mana kedai atau gerai tepi jalan untuk membeli makanan sebagai bekalan untuk waktu rehat nanti.

Sepanjang perjalanan Faqrul masih tidak perasan yang ada orang sedang mengikuti dan memerhatikan dia secara senyap. Sampai satu masa tu...

"Asal aku rasa lain macam ni?"

Duga Faqrul dengan rasa tidak sedap hati. Faqrul teruskan perjalanan dia lagi seperti biasa,tapi kali ini dia kena berjaga jaga sedikit. Bukan apa,takut ada pembuli nak kejar dia.

Orang misteri itu,masih lagi mengekori Faqrul dan memerhati dia. Nampaknya seperti dia dapat tahu yang orang itu mengikuti Faqrul dari tadi. Kali ini,orang itu mesti berjaga-jaga,takut si Faqrul dapat kesan yang dia sedang memerhatikan dan mengekori dia.

Faqrul masih lagi berjalan sehinggalah kali ini dia betul betul dapat rasa yang ada orang sedang mengekori dia. "Okay kali ini,aku betul betul tak sedap hati,aku dapat rasa yang ada orang tengah follow aku ni." Kata Faqrul dengan risau. Tanpa fikir panjang,Faqrul dengan tidak semena mena memusingkan badan dia dan memandang ke belakang dengan pantas untuk melihat siapa yang sedang ikut dia dari tadi.

Tetapi....apa Faqrul pandang di belakang dia, tiada sesiapa yang ikut dia. Faqrul rasa pelik...

"Tak ada orang kat belakang. Asal aku rasa macam ada orang tadi?!" Kata Faqrul hairan.

"Ahhh!! Pedulikan lah,perasaan aku je tadi." Kata Faqrul dengan tidak rasa apa apa langsung lalu dia teruskan perjalanan dia ke sekolah.

Orang misteri telah keluar dari tempat dia sembunyi tadi,hampir saja dia nak terkantoi tadi. "Fuhh selamat aku sempat sembunyi tadi." Kata lelaki itu dengan lega. Lepas saja itu,dia terus ikut Faqrul tapi kali ini dia follow dengan jarak yang jauh sedikit sampai lah ke sekolah Faqrul.

Dalam masa 15 minit Faqrul berjalan ke sekolah,akhirnya Faqrul tiba ke kawasan sekolah dia. Tetapi,seperti biasalah, sebelum dia masuk dia singgah ke satu gerai yang ada dikawasan luar sekolah tersebut untuk beli makanan.

Ternampak seorang pakcik yang sedang sibuk membungkuskan beberapa jenis makanan untuk sarapan.

"Assalamualaikum Pak Karim!" Sergah Faqrul tiba-tiba.

"Ohh mak kau waalaikumsalam!" Latah Pak Karim dengan lucunya. Faqrul pula hanya boleh gelak saja.

"Hisshh kamu ni Faqrul,suka sangat sergah Pak Karim tau!" Tegur Pak Karim agak sedikit marah.

"Hehehehe ala Pak Karim ni,rileklah hahaha!!" Balas Faqrul dengan tersengih.

Pak Karim adalah seorang peniaga warung kecil yang berdekatan kawasan sekolah,dia hanya menjual makanan sarapan pagi sahaja dari mula dia buka perniagaan dia dan jualan dia memang laku dan diterima oleh semua pelanggan disitu termasuk murid dan guru disekolah tersebut. Faqrul juga merupakan pelanggan tetap Pak Karim setelah dia masuk darjah 4 lagi.

"Pak Karim saya nak...."

"Aipp tak payah sebut, Pak Karim tahu yang kamu ni nak apa." Potong Pak Karim tiba-tiba.

"Pak Karim macam tahu tahu je apa yang saya nak." Balas Faqrul.

"Mestilah Pak Karim tahu,kamu dah jadi pelanggan Pak Karim bukannya sekali dua. Jadi Pak Karim dah tahu dah apa yang kamu selalu beli dari Pak Karim." Kata Pak Karim panjang sambil tangan dia lincah membungkuskan makanan Faqrul. "Haa,nah makanan kamu Faqrul,lontong kering sambal udang telur rebus dengan kuih pulut panggang untuk kamu." Ujar Pak Karim sambil menghulurkan bungkusan makanan serta disebutkan makanan Faqrul yang selalu beli dengan tepat.

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now