Bab 2

36 0 0
                                    

Pada malam selepas perbualan antara Tuan Zain dan Mak Reiah.....

Tuan Zain menaiki keatas seraya pergi menuju ke bilik anaknya dahulu. Mak Reiah pula sudah balik ke rumahnya.

Tuan Zain pergi merapati pintu bilik anaknya,lalu mengetuk pintu tersebut.

'tuk tuk tuk' ketukan agak perlahan tapi boleh didengari.

"Faqrul,ayah ni. Ayah nak masuk boleh?" Panggil Tuan Zain diluar bilik anaknya,tetapi tiada sebarang sahutan dari anaknya.

"Senyap jer,takkan dah tidur?" Fikir Tuan Zain,dia cuba membuka pintu bilik anaknya lalu memasukinya.

Sejurus sahaja selepas masuk,alangkah terkejut apabila anaknya tertidur diatas meja belajar dia. Tuan Zain hanya menggeleng tanda rasa kesian. Penat agaknya belajar sampai malam,lagipun jam pun dah pukul 10.45 malam masatu.

Tuan Zain terus menghampiri anaknya dimeja belajarnya lalu mengangkat anaknya dan diletakkan ke atas katil dan terus diselimutkan anaknya. "Kesian anak ayah yer,penat belajar lepastu dengan ada masalahnya lagi. Tapi ayah kagum dengan Faqrul,yang kamu kuat orangnya." Kata Tuan Zain perlahan.

Tuan Zain baru sahaja nak bangkit dari katil anaknya,dia ternampak satu buku yang boleh dikatakan buku diari anaknya. Tuan Zain terus ambil dan membacanya. Agak rasa bersalah bila dia baca mula mula,tapi terlanjur dah nampak dia teruskan baca. Sekurang kurangnya mungkin dari situ dia boleh tahu masalah anaknya.

Tuan Zain baca sedikit,setiap baris,malah setiap inci patah perkataan apa yang ditulis oleh anaknya. Pada suatu masa dia terbaca satu ayat yang ditulis.

'aku harap suatu hari aku dapat ubah diri aku jadi lebih kuat,tapi bagaimana? Namun aku percaya suatu hari nanti Tuhan akan bantu aku.'

Itulah kata kata yang Tuan Zain dapat tangkap setelah membaca isi diari tersebut. Dan akhirnya,lalu dia terus bangun dan meletakkan buku tersebut diatas meja semula,sempat lagi dia mengusap kepala anaknya dan memberi sedikit ciuman dan terus dia keluar dari bilik anaknya.

Tuan Zain terus memasuki biliknya,duduk diatas katil sambil memikir bagaimana untuk menolong anaknya.

"Macam mana aku tolong Faqrul ni?" Fikir Tuan Zain sambil mengetuk meja perlahan. Tiba-tiba dia mula teringat sesuatu perkara.

"Aku rasa mungkin dah sampai masanya aku buat perkara ni. Lagipun ini untuk kebaikkan Faqrul juga. Tapi macam mana yerr?" Kata Tuan Zain lagi sambil memikir lagi apa perancangan dia.

"Mungkin dia boleh bantu and aku pasti dia boleh tolong Faqrul." Ujar Tuan Zain setelah mendapat sesuatu yang bernas. Lalu dia mencapai telefon pintarnya dan terus mendail nombor untuk menelefon seseorang.

'tuttt....tutttt'

Dalam beberapa saat akhirnya panggilan itu dapat diangkat oleh seseorang.

"Hello...."

"Hello Tuan Zain. Ada apa Tuan telefon saya ni?" Kata seorang lelaki yang bercakap dengan Tuan Zain.

"Saya rasa dah sampai masanya untuk buat benda ni,tapi saya perlukan bantuan kamu juga untuk perkara ni." Jawab Tuan Zain dengan nada sedikit serious.

"Okay,saya faham apa yang Tuan nak sampaikan."

"Bagus,esok awak jumpa yer. Tapi sebelum awak kena datang jumpa saya,saya nak awak buat satu perkara pada pagi esok." Kata Tuan Zain.

"Err perkara apa tu Tuan?"

"Nanti saya akan hantar info pada awak lepas saya call ni." Balas Tuan Zain.

"Baik Tuan,esok saya akan jumpa Tuan,lepas saya buat perkara benda yang Tuan suruh itu."

Lalu perbualan mereka terus berakhir.

"Ayah harap,benda ni boleh bantu kamu Faqrul,lagipun dah sampai masanya kamu kena tahu perkara sebenar." Ujar Tuan Zain sambil tersenyum lega.

Esoknya

Tuan Zain menunggu kehadiran anaknya dari atas untuk bersarapan bersama sebelum dia pergi kerja.

"Assalamualaikum and selamat pagi ayah." Ucap Faqrul dengan ceria.

"Waalaikumsalam Faqrul,mari kita breakfast sekali." Jawab Tuan Zain sambil mengajak anaknya sarapan bersama.

Faqrul terus mengambil tempat bersebelahan dengan ayahnya dan terus menjamu selera bersama ayahnya.

Suasana dimeja makan agak senyap,tak tahu apa nak dibualkan.

"Faqrul." Panggil Tuan Zain pada anaknya.

"Ye ayah."

"Faqrul ada apa apa nak cerita sesuatu dekat ayah ke? Atau Faqrul ada masalah dekat luar sana?" Soal Tuan Zain terus pada Faqrul.

Faqrul terdiam seketika,seolah olah ayah dia macam tahu apa yang dia hadapi sekarang.

Tuan Zain memandang Faqrul semacam.

"Faqrul." Panggil ayahnya sekali lagi dengan kuat sedikit.

Faqrul terkejut bila dipanggil tiba tiba.

"Hah! Ye ayah. Ayah cakap apa tadi?" Balas Faqrul laju.

"Ayah tanya,Fazrul ada masalah ke? Sebab ayah tengok anak ayah ni macam ada yang tak kena je." Kata Tuan Zain lagi sekali.

"Errr tak ada,tak ada apa apa ayah, Faqrul okay je. Tak ada apa-apa masalah ayah." Jawab Faqrul dengan tersenyum.

"Betul ke Faqrul tak ada apa apa masalah?" Tanya Tuan Zain lagi sekali.

"Betul ayah, Faqrul tak ada masalah." Dalih Faqrul. "Err ayah, Faqrul pergi sekolah dulu yer. Assalamualaikum." Kata Faqrul dengan segera mengambil beg sekolahnya lalu menyalam tangan ayah dia dan berlalu keluar dan memakai kasut dengan segera lalu terus keluar dari kawasan perumahannya dan terus ke sekolah.

Faqrul buat begitu,kerana takut disoal lagi macam macam oleh ayahnya,dia kalau boleh nak rahsia tentang masalahnya yang sering kena buli. Tapi naluri Faqrul seolah olah macam ayah dia tahu,daripada dia lama disitu,lebih baik dia cepat beredar dari ayahnya.

Semasa Faqrul telah keluar dari kawasan perumahan dia. Faqrul tidak perasan ada seseorang telah memerhatikan dia sebenarnya.





So,macam mana? Okay tak setakat ini? Apa sahaja nak kata boleh komen and vote yerr..💕💞

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now