Bab 15

22 1 0
                                    

"Apa yang berlaku tu Syakir?!" Tanya Ejen Aeda dengan sedikit kuat.

"Aku tak tahu, tapi apa yang aku nampak sekarang Faqrul, dia tiba-tiba dapat buat sesuatu." Jawab Ejen Syakir dengan terkejut melihat sesuatu adegan tersebut.

**********************

Faqrul tiba-tiba dengan tangkasnya dia menangkap dan menahan pedang Ejen Zizi itu dengan hanya menggunakan tangan kiri dia. Ejen Zizi pula terkejut dengan apa yang dia nampak.

"Ejen Zizi kata saya apa tadi? Saya ni tak layak jadi ejen ye?" Kata Faqrul dengan rasa sedikit geram dan tak puas hati sambil itu dia bangun dan bangkitkan diri dia dengan perlahan. "Kalau macam tu, biar saya buktikan pada Ejen Zizi yang saya ini layak untuk jadi ejen!!!!" Jerit Faqrul dengan kuat dan pedang Ejen Zizi yang dia genggam itu dia genggam sehingga ia pecah sampaikan sarung tangan kiri Faqrul sudah rosak dan hancur dek kerana dia menangkap pedang tersebut sehinggalah luka akibat genggaman kuat tangan pada pedang tersebut.

Setelah Faqrul jerit tadi, glove pada tangan dia terus aktif lalu dia terus menumbuk badan Ejen Zizi sepenuh kekuatan.

"Huarrgghhhh!!!!" Ejen Zizi tercampak kebelakang terus dengan tumbukkan Faqrul itu. "Erghh, macam mana dia boleh jadi kuat macam tu? Bukan ke tembakkan dari pedang yang aku buat dah cukup memberikan kesan yang impak?" Pelbagai lagi persoalan yang terbuku dalam diri Ejen Zizi itu. 'Tapi apakan daya, ini lah yang Ejen Zizi nak tengok,semangat dan kekuatan pada diri Faqrul dalam pertempuran dengan aku kali ini. Aku pasti dia akan tunjukkan kekuatan dan kebolehan sebenar dia lepas ini.' Ujar Ejen Zizi dalam hati.

Faqrul akhir terus bangun dan mara ke Ejen Zizi sambil memperbetulkan segala gajet dan suit yang dipakainya untuk dia beraksi kali ini.
"Ejen Zizi, saya akan buktikan yang saya ni bukan lagi lemah, saya akan buktikan yang saya mampu mengubah diri saya untuk jadi lebih kuat, saya akan bukti dengan apa yang saya katakan dahulu sebelum masuk ke sini akan terjadi untuk diri saya dan........saya akan buktikan bahawa apa Ejen Zizi pilih selama ini tidak salah memilih saya kali ini untuk jadi ejen untuk menjadi ejen yang terbaik seperti apa yang ejen katakan dulu!!!!!" Kata Faqrul dengan panjang berjela dan serta-merta semangat dia sudah kembali.

"Mari sini kalau kau boleh buktikan dengan apa yang kau cakap tadi itu!!" Balas Ejen Zizi seraya mencabar Faqrul.

"Jangan cabar aku!!!!" Balas balik Faqrul lalu terus sambung semula dengan pertempuran itu.

Faqrul terus bergerak pantas dengan pantas sekali gus dengan menggunakan prisma boot dia serta merta sudah berada di depan Ejen Zizi.

Ejen Zizi pula terkejut Faqrul ada depan dia.

Saat Faqrul sudah berada berdekatan dengan Ejen Zizi dia terus bertempur dengan satu tumbukkan lagi pada Ejen Zizi, lepas itu diteruskan dengan segala kebolehan diri dia untuk berlawan.

Ejen Zizi pula turut berlawan dengan Faqrul dengan pelbagai cara dan teknik yang diperolehi dia.

Mereka berlawan dengan bersungguh tanpa fikir apa-apa pun.

Saat mereka berdua berlawan, 4 orang ejen lain yang di luar itu masih lagi menyaksikan pertempuran mereka berdua.

"Weyh Syakir, kau takde apa-apa cara ke untuk kita hentikan diorang tu, kalau dibiarkan mereka berdua akan hilang kawalan antara sesama sendiri. Kali ini aku tengok masing- masing tak nak mengalah." Soal Ejen Aiman mengharapkan Ejen Syakir dapat lakukan sesuatu.

"Aku tak tahu nak buat apa sekarang aku buntu betul ni!" Jawab Ejen Syakir dengan risau. "Kalau boleh pecahkan kepungan ni, aku rasa kita dah boleh hentikan diorang." Sambung Ejen Syakir lagi.

"Nak pecahkan macam mana? Aku sendiri belum tentu dapat pecahkan kepungan ini." Masuk Ejen Hafiez tiba-tiba. "Sebab dinding kepungan ini terlalu kuat." Sambung lagi Ejen Hafiez walaupun dia Ejen Kombat dia sendiri pasti yang dia belum tentu pecahkan kepungan ini.

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now