Bab 7

22 0 0
                                    

Perjalanan mereka berdua ke Arena hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk ke sana.

Kini mereka sudah sampai ke Arena. Ejen Azizi terus menekan button yang ada disebelah pintu itu untuk membuka pintu tersebut untuk masuk.

Pintu terbuka tiba-tiba,ejen-ejen muda lain terus memandang ke pintu tersebut dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Apa khabar semua?" Sapa Ejen Zizi pada semua ejen muda disitu.

"Baik Ejen Zizi..." Jawab semua ejen muda. Semua terus memandang Faqrul yang bersama ejen Zizi itu dan mula tertanya-tanya.

Faqrul perasan yang mereka semua asyik memerhatikan dia sahaja. Dia mula rasa malu.

"Apa khabar Zizi?" Sapa seorang ejen Neuro dan juga merupakan seorang mentor ejen muda kepada zizi dan ikuti dengan ejen lain.

"Baik je, macam mana dengan latihan mereka untuk hari ini?" Tanya Zizi pada semua mentor ejen yang ada dengannya.

"So far,latihan mereka untuk hari ini baik saja,latihan yang kita sediakan banyak memberi peningkatan mereka semua." Jawab seorang ejen perempuan yang ada dengan mereka.

"Bagus,memang itu pun yang kita nak pada setiap ejen muda." Balas Azizi semula pada mereka.

"Zizi,siapa budak yang kau bawa hari ini?" Soal seorang ejen kombat pada zizi.

"Itu ke? Itu adalah pelajar baru kita,dia adalah ejen muda baru kita." Jawab Ejen Zizi pada mereka.

"Pelajar baru? Kenapa kita semua tak diberitahu ada budak baru masuk?" Soal ejen lagi sorang pada Zizi.

"Yang itu akan aku bagitahu nanti kenapa, sebab aku nak bagitahu yang kita ada tugas penting dengan budak itu. Untuk hari ini,aku nak kenalkan dia pada semua ejen muda dengan korang semua." Jelas Ejen Zizi pada mereka.

"Okay,boleh jer." Kata putus mereka berempat.

"Okay baiklah ejen ejen semua,saya pasti kamu semua tertanya-tanya siapa budak yang saya bawa ni kan?" Kata Zizi pada ejen muda semua.

Ejen muda hanya mengangguk sahaja.

"Untuk pengetahuan kamu semua,ini adalah pelajar baru kita,dia adalah ejen muda yang akan belajar dan dilatih disini." Tambah Zizi lagi. "Jadi Faqrul kenalkan diri kamu." Pinta Zizi pada Fazrul.

"Errr...saya? Kenalkan diri?" Balas Faqrul teragak agak.

"Ye,kenalkan diri kamu,kamu tak perlu takutlah." Balas Azizi semula sambil menepuk bahu Faqrul.

Faqrul mara ke hadapan sedikit dan berdiri hadap mereka. "Errr hai." Ejen lain hanya memandang sahaja. "Nama aku Faqrul,selamat berkenalan." Itu sahaja yang boleh terungkap percakapan dia.

Tiba-tiba Azizi memegang bahu Faqrul. Faqrul memandang Ejen Zizi dan Ejen Zizi tersenyum.

"Takpe,biar saya kenalkan. Untuk pengetahuan kamu semua,budak lelaki yang saya bawa ini adalah pelajar baharu kita,dia juga bakal menjadi ejen muda seperti kamu semua. Saya harap kamu semua boleh dapat membantu dia untuk jadi ejen. Boleh semua?" Kata Ejen Zizi pada ejen muda yang ada di depannya.

"Boleh!!!!" Jawab ejen muda semua.

"Faqrul,abang kenalkan kamu dengan mentor pula." Kata Ejen Zizi dan para semua mentor ejen datang pada Faqrul.

Faqrul melihat keempat empat mentor yang ada depan Faqrul dia rasa gerun,mesti bukan calang calang ejen.

"Jadi Faqrul,apa yang kamu lihat sekarang ni adalah merupakan mentor mentor yang ditugaskan untuk berikan didikan pada ejen muda,termasuklah kamu. Jadi,abang kenalkan dengan ejen ini dahulu. Silakan..." Ejen Zizi mempelawa salah seorang ejen dahulu untuk diperkenalkan.

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now