Bab 12

20 1 0
                                    

Sebulan kemudian.....

Setelah sebulan Faqrul menjalani latihan di Akademi ini. Pelbagai latihan dan cabaran yang dia dapat tempuh dan semua latihan teras yang Faqrul buat dan lalui telah ada banyak peningkatan sehingga ke tahap yang lebih memuaskan. Tetapi, hanya ada satu teras sahaja sehingga kini dia tak dapat dia tak dapat buat latihan dengan baik. Iaitu teras Kombat. Ada satu lagi fasa latihan dalam teras Kombat tersebut yang dia sukar nak lepas sebelum dia akan ke ujian yang terakhir. Iaitu fasa latihan tempur. Latihan tempur ini adalah sangat penting dalam teras Kombat kerana ia adalah satu kunci kekuatan dalam Kombat. Sekiranya tak lepas, Faqrul tak akan dapat ke peringkat ujian akhir dan tak akan dapat Faqrul untuk menjadi seorang ejen.

Kini latihan tempur masih lagi berjalan seperti biasa. Tinggal ini teras ini sahaja Faqrul kena lalui dalam latihan yang terakhir untuk dia mara ke ujian akhir. Latihan tempur ini,Faqrul kena bertarung dengan mentor dia sendiri iaitu bertarung Ejen Hafiez. Pertarungan itu juga telah disaksikan juga oleh para mentor lain termasuk juga Ejen Zizi.

"Kali ini,aku tak akan bagi peluang dekat kau!!!" Getus Ejen Hafiez sambil menyerang Faqrul. Faqrul hampir nak kena dengan tumbukkan Ejen Hafiez tadi nasib dia dapat mengelak.

Ejen Hafiez bukan sebarangan ejen dia ini. Boleh dikatakan ejen paling kuat.

Kali ini Ejen Hafiez mula nak buat serangan khas dia. Ejen Hafiez terus membuat satu serangan yang hebat pada sarung tangan lalu dia menghentakkan kedua-dua tangan dia lantai dengan kuat,maka terkeluarlah satu bentuk ombak pada lantai itu terus menyerang Faqrul.

Faqrul dapat tangkap serangan itu terus dia mengelak lagi dengan melompat ke tepi. Lepas itu, Faqrul mara ke depan ke arah Ejen Hafiez untuk serang dia. Kali ini dia tak boleh takut dia kena lebih berani. 

Ejen Hafiez masih lagi menumbuk dan menghentak lantai itu secara berterusan. Faqrul pula sambil dia berlari mara ke depan dia akan elak serangan yang dibuat oleh Ejen Hafiez.

"Kau ingat kau boleh elak ke serangan aku ni!?" Kata Ejen Hafiez lagi. 

"Selagi saya boleh elak saya akan elak!!!!! Malah saya akan mara pada Ejen Hafiez untuk saya tewaskan ejen!!!" Jerit Faqrul pada Ejen Hafiez. Lalu dia melompat ke hadapan dan berjaya datang dekat pada Ejen Hafiez.

Ejen Hafiez terkejut tatkala Faqrul ada dihadapan dia. Faqrul tanpa menunggu lagi terus membuat serangan pada Ejen Hafiez dengan beberapa serangan yang dibuat.

Faqrul menumbuk secara berterusan pada Ejen Hafiez dengan pantas. Ejen Hafiez pula jenis tak akan mengalah dia pun elak dan terus mengelak,kadang-kadang dia cuba menepis daripada serangan Faqrul. Faqrul masih lagi geram dan tak puas hati dia masih mencari point untuk serang Ejen Hafiez.

.

.

.

.

.

.

Faqrul berhenti sekejap dan mengambil beberapa nafas. Memang sungguh penat kalau bertarung.

"Kenapa berhenti?! Dah tak larat ke nak bertarung dengan aku?! Ke kau nak mengaku kalah?!"  Kata Ejen Hafiez dengan lagaknya pada Faqrul.

Ejen-ejen yang lain masih lagi tekun menyaksikan pertempuran mereka berdua yang masih lagi belum selesai. 

"Pertarungan mereka berdua sangat sengit. Jika dilihat pada mereka berdua itu betul-betul,mereka bukan jenis yang mudah mengalah." Kata Ejen Syakir setelah menganalisa segala kebolehan diri mereka berdua.

"Betul kata kau tu Syakir, aku risau tiba-tiba mereka akan hilang kawalan. Lagi-lagi si Faqrul tu,dia pun sekarang jenis takkan bagi peluang. Apatah lagi sekarang ni adalah latihan terakhir dia untuk menentukan dia ke peringkat ujian akhir untuk dia dilantik sebagai ejen muda secara rasmi." Ejen Aiman turut mencelah.

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now