Bab 20

18 0 0
                                    

Pada malam itu.....

Seperti yang dijanjikan petang tadi, Faqrul sudah mula on game dengan kawannya Fizu itu.

Tengah ralit bermain permainan dalam tablet dia itu, ayah Faqrul pun secara tiba-tiba masuk ke bilik dia.

"Faqrul..." Panggil ayahnya.

"Ye ayah...?" Sahut Faqrul tangannya masih ralit bermain. "Weyh Fizu aku surrender dulu dalam game ni, ayah aku ada kat bilik ni, nanti aku dah settle aku roger kau suruh invite masuk balik dalam game." Sambung Faqrul pada Fizu yang dia beritahu melalui komunikasi permainan itu lalu Faqrul menghentikan seketika permainan dia itu.

"Hah ayah, ada apa ayah jumpa Faqrul ni?" Soal Faqrul pada ayahnya.

"Hmmm saja ayah nak jumpa anak ayah sorang ni." Balas Ejen Zain sambil mengusap kepala anaknya.

"Faqrul ayah nak tanya sikit."

"Tanya apa ayah?"

"Sejak Faqrul dah masuk akademi ni, apa perasaan Faqrul and apa apa apa perubahan tak yang Faqrul dapat?" Soal Ejen Zain tiba-tiba.

"Kenapa ayah cakap tanya macam tu?" Soal Faqrul balik.

"Saja jer ayah nak tanya...takkan tak boleh?"

"Owhh yeke....heheheheh." Faqrul hanya tersengih. "Hmm okaylah Faqrul jawab soalan ayah tu, kalau ayah dah tanya." Sambung Faqrul lagi.

"Actually ayah, sejak Faqrul masuk akademi ini, Faqrul dapat banyak perubahan dekat diri Faqrul. Kalau dulu... Faqrul sebelum ni kan lemah, lembik dan tak kuat. Tapi...."

"Tapi apa Faqrul?"

"Tapi sekarang ni, Faqrul dah boleh survive diri Faqrul sendiri. Faqrul dah tak perlu takut lagi dengan mana mana pembuli yang selalu buli Faqrul dan lagi Faqrul dah boleh mempertahankan diri Faqrul sekiranya Faqrul dibuli atau diganggu oleh orang lain lagi. Dan lagi satu ayah, Faqrul bersyukur sangat bila ayah suruh abang Zizi untuk bawa Faqrul ke dunia perisikan ini. Tanpa ayah, abang Zizi dan ejen ejen yang lain yang bantu dan didik Faqrul, maybe Faqrul akan jadi sentiasa lemah dan selalu menjadi mangsa buli diluar sana." Kata Faqrul yang panjang berjela apa yang dikatakan.

Ejen Zain tersenyum seketika...

"Baguslah kalau macam tu, ayah sendiri rasa bangga dan kagum bila Faqrul jadi seperti sekarang ni." Kata Ejen Zain sambil merangkul badan anaknya dan rapat ke tubuh dia sendiri.

"Cuma ada beberapa perkara yang ayah nak minta pada Faqrul."

"Apa dia ayah?"

"Ayah nak minta Faqrul gunakan segala kebolehan dan kemahiran dengan sebaik mungkin, jangan salah gunakan kuasa dengan perkara yang tak sepatutnya, itu yang pertama. Yang kedua, bila Faqrul dah jadi ejen ni, ayah nak Faqrul tunjukkan komitmen yang terbaik dalam agensi dan jangan abaikan pelajaran setelah Faqrul dah jadi ejen ni, kena bijak bahagikan masa antara pelajaran dan tugas seorang ejen." Faqrul hanya mendengar sahaja dengan teliti apa yang ayah dia ingin sampaikan.

"Dan yang terakhir sekali, yang paling penting. Faqrul jangan pernah sesekali dedah identiti Faqrul yang sekarang ni ejen. Sebab itu adalah rahsia paling besar untuk Faqrul sendiri. Yang hanya tahu, biar Faqrul sahaja tahu tentang agensi ini. Faqrul kena ingat sampai bila-bila." Pesan Ejen Zain yang terakhir.

"Hmmm baiklah ayah, Faqrul janji takkan bagitahu sesiapa pun tentang perkara ni." Balas Faqrul dengan lembut sekali.

"Hmm bagus, macam tu lah anak ayah. Sekarang ni ayah nak Faqrul masuk tidur, dah pukul berapa ni, esok nak sekolah." Arah Ejen Zain tiba-tiba.

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now