Bab 17

17 0 0
                                    

Pada petang itu, mata Faqrul mula menunjukkan sedikit reaksi lalu dia membuka matanya dengan perlahan-lahan. Cahaya dalam bilik itu agak sedikit silau membuatkan mata dia dikecilkan sedikit dan lama kelamaan dia membuka dengan perlahan.

Ejen Zizi yang berada disisi katil Faqrul terus kepada dia untuk melihat keadaan dia.

"Faqrul, kamu dah sedar ke?" Soalan pertama yang terpacul keluar dari Ejen Zizi.

Rupa-rupanya Ejen Zizi sudah lama berada disitu untuk menunggu Faqrul sedar. Manakala Ejen Syakir dan yang lain sudah kembali ke akademi.

"Saya....dekat mana ni?" Soal Faqrul semula dalam keadaan lemah.

"Kamu ada di pusat rawatan khas T.A.S.A." Jawab Ejen Zizi dengan tenang.

"Macam mana saya ada di sini?" Tanya lagi Faqrul.

Serba salah Ejen Zizi nak jawab. "Kamu pengsan masa kamu bertarung dengan abang masa ujian akhir tadi dan lagi satu kamu hilang kawalan diri kamu sendiri semasa berlawan tadi. Mungkin salah abang juga sebab buat kamu jadi macam tu. Abang minta maaflah kalau tindakkan yang abang buat pada kamu tu agak keterlaluan, abang sebenarnya tak ada niat nak buat sampai begitu."

"Hmm..takpelah abang. Saya tahu apa abang buat semua ni untuk bantu saya juga, kalau tak kerana abang buat macam tu, mungkin saya takkan tahu kebolehan diri saya, mungkin juga sampai sekarang saya akan dianggap lemah." Jawab Faqrul dengan sayu sahaja.

"Faqrul, tak marah pada abang ke lepas apa yang berlaku tadi?" Tanya Ejen Zizi serba salah lagi.

Faqrul tersenyum seketika dan menggelengkan kepala dia tanda dia tidak marah. "Lagipun saya pun dah maafkan abang.

"Abang tak sangka, kamu boleh jadi sebaik ini. Kamu ni juga memang mudah juga memaafkan semua orang, walaupun abang dah buat macam macam pada kamu, tapi kamu masih lagi berbuat baik dengan abang. Abang pun tak sangka yang abang dapat kenal dengan orang sebaik kamu ni. Tak sia sia abang cari dan mengenali kamu dan apa yang pasti, kamu seorang yang kuat semangat dan tak mudah mengalah. Sejujurnya abang sangat bangga dengan kamu." Panjang berjela Ejen Zizi luahan kata dia pada Faqrul. Memang tak sia sia Faqrul dimasukkan ke dalam agensi ini.

"Terima kasih juga dekat abang Zizi, kalau tak kerana abang bawa saya ke sini mungkin saya takkan jadi apa saya jadi sekarang." Balas Faqrul dengan baik.

"Sama sama Faqrul. Okay dah lah, lupakan apa semua yang berlaku itu, abang ada berita baik untuk kamu." Ujar Ejen Zizi.

"Apa dia abang?"

"Setelah dilihat semua laporan mengenai kamu dari mula kamu masuk ke akademi sampai sekarang. Abang ucapkan tahniah pada kamu sebab kamu akan diterima masuk ke dalam agensi ini." Jelas Ejen Zizi sebentar tadi. Faqrul mendengarnya terus terkejut dan tatkala rasa gembira.

"Betul ke apa yang abang cakap ni?" Tanya Faqrul dengan riak tidak percaya.

Ejen Zizi hanya mengangguk dengan wajah yang jujur.

"Terima kasih abang, saya tak sangka yang saya akan diterima masuk ke agensi ini. Saya berterima kasih sangat dengan abang." Ucap Faqrul ikhlas.

"Kamu tak perlu terima kasih pada abang, kamu patutnya terima kasih dengan seorang yang patut kamu ucap. Sebab, abang hanya di tugaskan untuk menarik kamu dan memilih kamu untuk jadi ejen ini." Jelas Ejen Zizi.

Faqrul rasa hairan tiba-tiba. "Apa maksud abang? Saya tak faham?"

"Kamu memang tak akan faham, tapi lepas ini kamu akan tahu segala-galanya apa yang abang maksudkan." Balas Ejen Zizi. Dia seboleh-bolehnya nak bagitahu yang Ejen Zain iaitu ayah dia adalah ejen dan Ejen Zain memang sudah buat perancangan dari dulu lagi untuk masukkan anak dia ke dalam agensi ini tapi Ejen Zain sendiri kata pada Zizi yang dia akan bagitahu dan menyuruh dia merahsiakan perkara, Ejen Zizi tak boleh nak buat apa.

Faqrul terus bangkit dari katil dia tiba-tiba tapi belum sempat dia turun dari katil dia lagi.

"Faqrul kamu nak ke mana?" Tanya Ejen Zizi.

"Saya nak balik abang, mesti Mak yah tengah risaukan saya sebab tak balik." Jawab Faqrul tergesa-gesa.

"Tapi kamu masih tak boleh balik lagi, sebab kamu masih keadaan lemah dan perlukan rawatan lagi." Balas Ejen Zizi.

"Tapi saya takut ayah saya...."

"Kamu jangan risau tentang itu sekarang kamu kena berehat. Abang nak kamu bawa bertenang, InsyaAllah semua tak ada apa." Kata Ejen Zizi masih lagi tegas suruh berehat disini.

"Tapi..."

"Faqrul....abang kata bawa bertenang, semuanya tak akan ada apa apa. Percaya cakap abang." Balas lagi Ejen Zizi dengan meyakinkan Faqrul.

"Hmmmm....baiklah abang." Itu saja yang dia mampu jawab.

Pada waktu malam.....

Pukul 9.00 malam

Faqrul hanya bersendirian dalam bilik yang dia rehat itu. Rasa sunyi sahaja di dalam bilik itu. Rasa bosan pun ada lalu dia pun hanya termenung sahaja. Bila lama sahaja dia termenung dia mula memikirkan semula dan ingat balik semua peristiwa yang berlaku baik sebelum dan sekarang bila dah masuk ke akademi.

Tapi bila diingatkan semula apa yang dia bualkan dengan Ejen Zizi membuatkan benda itu bermain-maim di dalam otak dia. Yang Ejen Zizi kata 'kamu akan tahu segala-galanya.' Faqrul bertambah hairan lagi lalu dia meraup wajahnya dengan kasar.

Tuk!
.
.
.
Tuk!
.
.
.
Tuk!

Faqrul terdengar satu derapan tapak kaki diluar bilik dia. Alamak siapa pula ada kat luar tu, setahu Faqrul Ejen Zizi baru sahaja keluar dari bilik dia tadi lepas dia datang sebentar.

Faqrul rasa tak senang duduk, takut ada sesiapa yang mencurigakan masuk ke sini. Bunyi tapak kaki itu makin hampir ke pintu tersebut, dia tak tahu apa tindakkan yang harus dia buat.

Faqrul tiba-tiba ambil bantal sebagai barang untuk baling.

'kletak!' bunyi tombol pintu lalu pintu dibuka. Faqrul terus mencampakkan bantal dia ke arah orang yang masuk pintu melalui pintu itu.

"Ugh!!" Jerit seseorang.

"Kau siapa?!" Jerkah Faqrul. "Kalau tak aku belasah kau!"

"Nanti dulu." Suara garau seseorang.

"Huh? Suara itu? Aku kenal." Kata Faqrul tiba-tiba rasa pelik bila dengar suara itu. Lalu orang itu bangun menunjukkan diri dia yang sebenar.

"Ayah??!!"

"Ye Faqrul. Ini ayah." Balas Ejen Zain

Faqrul terbeliak mata dia terkejut tatkala tiba-tiba melihat orang yang masuk bilik dia itu adalah ayahnya. Betul ke apa yang aku nampak ni? Aku tak mimpi?

Tadaaa!!!! Terkejut tak??!! Faqrul tiba-tiba jumpa ayah dia ataupun dia mimpi hahahahahahahaha. Btw teruskan baca and jangan lupa vote and comment 💕

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now