Bab 9

22 2 0
                                    

Faqrul ikut sahaja dari belakang Ejen Syakir untuk ke lokasi tersebut.

"Errrr Ejen Syakir." Panggil Faqrul dengan rasa takut.

"Ye saya, Faqrul." Sahut Ejen Syakir.

"Kenapa saya tak ikut sertai sahaja mereka tadi untuk buat latihan?" Soal Faqrul tentang perkara tadi.

"Kamu itu kan pelajar baru,mereka semua dah memang jadi ejen,kamu kena jalani beberapa latihan asas. Untuk melayakkan kamu diterima ke agensi ini. Macam yang Ejen Hafiez cakap semalam. Nak jadi ejen bukannya senang kena jalani beberapa latihan." Jawab Ejen Syakir pada Faqrul. Akhirnya mereka sampai ke sesuatu tempat.

Ejen Syakir menekan butang hijau untuk buka pintu. Mereka berdua masuk ke bilik tersebut.

"Sekarang kamu tunggu kat sini,nanti ada mentor datang akan ajar kamu." Kata Ejen Syakir lalu terus meninggalkan Faqrul berseorangan.

Faqrul terpinga-pinga lagi bila ditinggalkan disitu terus.

"Apa aku nak buat kat sini?" Kata Faqrul seorang diri dengan berada dibilik yang kosong.

"Kau mesti bingung kan,kenapa kau kat sini?" Tanya seseorang dari belakang Faqrul.

Faqrul memusingkan badannya untuk melihat siapa orang itu.

"Ejen Hafiez?!" Kata yang terkeluar dari mulut Faqrul.

"Tak payah nak terkejut sangat. Terus terang aku cakap dekat kau,untuk hari pertama latihan kau,kau akan jalani latihan dengan aku. Seperti kau tahu sekarang ni,aku dari ejen teras Kombat,jadi latihan ini tak lari daripada tempuran dan untuk pengetahuan kau,bukan teras Kombat yang kau akan buat latihan,malah tiga lagi teras yang lain iaitu Neuro, Inviso dan Tekno akan kau dilatih. Tujuan kitorang buat kau untuk latih di setiap teras ialah untuk tentukan kau untuk ditempatkan ke teras mana yang layak untuk kau." Kata Ejen Hafiez panjang lebar pada Faqrul sambil berjalan keliling dia.

Masih ingat lagi apa yang Ejen Zizi cakap semasa mereka berjumpa dulu pada mereka empat orang mentor tersebut.

"Apa yang aku nak sekarang ni,aku nak korang semua sebagai mentor latih dia dengan semua teras sehingga dia boleh jadi ejen dengan baik dan Hafiez!!" Panggil Zizi tiba-tiba.

"Ye Zizi?"

"Aku nak kau sediakan satu ujian akhir untuk dia seandainya semua latihan yang dia buat dia lepas. Untuk teras yang lain pun sama jugak cuma teras yang lain itu korang hanya bagi dia basic saja,itu saja yang aku boleh harapkan korang saja dalam perkara ni dan ini juga adalah permintaan salah seorang dari orang atasan kita jugak." Kata Zizi semasa waktu perjumpaan petang itu.

Itulah kata kata Ejen Zizi padanya masa perjumpaan tempoh hari itu.

"Dah! Aku taknak buang masa lagi. Aku nak mulakan latihan pertama kita sekarang!" Kata Ejen Hafiez dengan tegas sekali.

Sesi latihan pada hari pertama...

"Jadi Faqrul, seperti yang kau tahu tentang teras Kombat,kau mesti tahu kebolehan dia boleh bertempur saja kan?" Soal Ejen Hafiez pada Faqrul.

"Ye Ejen." Jawab Faqrul ringkas.

"Jadi untuk latihan pertama aku akan bagi kau senang jer." Kata Ejen Hafiez seraya menekan satu butang pada remote control yang ada tangan dia.

Pada masa itu keluarlah satu mesin yang boleh dikatakan seperti mesin penembak bola tennis yang selalu dia main disekolah,tapi mesin ini bukan mengeluarkan bola tapi benda dalam itu adalah plate,plate itu pun diperbuat dari bahan biasa mungkin? (Boleh imagine kan?).

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now