Bab 18

17 1 0
                                    

"Ayah! Apa yang ayah buat kat sini? Macam mana ayah boleh ada dekat sini? Ayah tak boleh ada kat sini kalau ayah nak tahu! Ayah kena keluar dari sini sebelum ada yang nampak ayah kat sini, kalau tak habislah nanti!!" Kata Faqrul dekat ayah dia dengan nada cemas dan takut seraya itu dia menarik ayah dia untuk keluar dari situ. Gelabah betul Faqrul masa itu.

"Faqrul!! Faqrul!!" Panggil Ejen Zain sambil memegang bahu lalu mengcangkung dan menenangkan anak dia. "Faqrul dengar sini, cuba Faqrul bawak bertenang, ayah memang boleh masuk sini. Kenapa kamu nak risau?" Sambung Ejen Zain lagi.

"Ayah, ini tempat rahsia ayah tahu tak? Orang luar tak boleh sebarangan masuk sini. Ayah kena keluar dari sini kalau tak ayah kena tangkap dengan pengawal yang ada kat dalam ni." Jawab Faqrul dengan nada risau lagi.

"Faqrul....dengar sini, memang orang luar tak boleh sebarangan masuk sini, lagipun ayah nak datang tengok anak ayah ni, kenapa ayah perlu risau kalau ayah bukan orang luar biasa. Ayah ada kuasa dan hak nak datang siapa nak halau ayah." Balas Ejen Zain dengan wajah tenang sekali.

"Kuasa? Hak? Apa maksud ayah, Faqrul tak faham?" Faqrul rasa pelik dan blurr tiba-tiba.

Ejen Zain tersenyum dan menggosok bahu anak dia. "Faqrul....kamu masih tak perasan lagi ke?" Tanya Ejen Zain lembut.

"Tak perasan apa? Faqrul tak faham maksud ayah?"

"Kalau Faqrul tak perasan juga. Kejap ayah tunjukkan sesuatu." Balas Ejen Zain seraya mengeluarkan sesuatu pada pocket baju dia. Terdapat satu bentuk kad yang dihulurkan pada anak dia.

Faqrul menyambut huluran ayah dia dengan baik lalu melihat apa yang ada pada kad tersebut dia nampak ada gambar ayah dia dan baca apa yang tertera pada kad tersebut.

Agent Identity Card

Name : Capt. Zain Bin Hanafi
Cluster : Neuro
ID Number : 06NE3570T

Selepas sahaja Faqrul baca nama ayah dia yang tertera itu, dia terus pusingkan kad milik ayah dia secara tak langsungnya Faqrul terkejut sebab apa yang dia lihat belakang kad itu ada logo 'T'. Betul ke apa yang aku nampak ni? Aku tak mimpi kan? Tapi aku yakin aku tak mimpi!

"Ayah....apa yang Faqrul tengok ni betul ke? Ayah tak main-main kan?" Soal Faqrul teragak-agak.

"Ye Faqrul.....memang itu ayah. Ayah adalah Ejen dalam T.A.S.A ni." Jawab Ejen Zain.

"Tapi ayah....kenapa? Kenapa ayah tak bagitahu yang selama ni ayah adalah ejen?" Soal Faqrul lagi. "Setahu Faqrul, ayah hanya seorang pegawai peneraju di bandar ini? Tapi sebenarnya, ayah adalah ejen!" Sambung Faqrul lagi.

"Ye Faqrul, ayah memang seorang ejen kalau Faqrul nak tahu sebelum ini. Ayah terpaksa rahsia tentang pekerjaan ayah selama ini kepada Faqrul untuk kebaikan Faqrul sendiri dan memang patutnya ayah dah lama kena bagitahu pada Faqrul semua ini sebab ayah yakin yang suatu hari Faqrul akan tahu juga semua ini dan Faqrul juga berhak tahu siapa ayah selama ini..." Balas Ejen Zain dengan wajah dia yang sedikit lemah. Memang patut Faqrul tahu siapa sebenarnya ayah dia.

"Jadi...apa yang abang Zizi cakap dan bagitahu semua ni pada Faqrul selama ni, yang Faqrul akan tahu semuanya tak lama lagi adalah ini ke? Ini ke jawapan semua persoalan yang abang Zizi bagitahu untuk semua ini?" Ujar Faqrul panjang pada ayah dia.

"Ye Faqrul, semua persoalan yang Faqrul tahu dari Ejen Zizi itu sudah terjawab." Kata Ejen Zain. "Dan segala perancangan untuk bawa Faqrul masuk ke sini, ke akademi ini semuanya ayah yang rancang dari dulu lagi. Ayah memang nak sangat Faqrul jadi ejen macam ayah macam semua orang yang ada di agensi ini. Sebab itu ayah minta pertolongan dari Ejen Zizi, supaya dia dapat tolong kamu untuk jadi ejen. Sejak dari hari Faqrul sering dibuli dulu, ayah terus dengan perancangan ayah yang dulu untuk jadi Faqrul seorang ejen. Walaupun Faqrul pada masa tu seorang lemah tapi ayah percaya dan dah berjaya untuk jadikan Faqrul jadi lebih kuat dan yang paling ayah tak sangka Faqrul berjaya mengharungi semua latihan dan cabaran sepanjang Faqrul jalani latihan di akademi. Faqrul patutnya rasa bangga dengan diri Faqrul sendiri, sebab Faqrul berjaya laluinya semua ni dengan sendiri dan ayah juga bangga dengan anak ayah ini sebab dapat buktikan diri anak ayah ni seorang yang hebat. Memang tak sia-sia ayah ambil sendiri dan yakinkan pada ketua teras sebelum ini untuk ambil Faqrul untuk sertai dan menjadi ejen muda ini." Sambung Ejen Zain dengan wajah yang penuh ikhlas.

"Ayah...." Panggil Faqrul meleret lalu tidak semena-mena Faqrul terus memeluk tubuh Ejen Zain.

Ejen Zain membalas pelukkan pada anak dia lagi penuh erat. "Maafkan ayah sebab ayah rahsiakan semua perkara ni dari dulu lagi, tapi dari jauh sudut hati ayah memang tak ada niat nak membelakang kan Faqrul, apatah lagi hendak menipu Faqrul." Sambung Ejen Zain lagi erat dipeluk anak dia.

Ejen Zizi yang dari luar telah menyaksikan adegan sedih antara Ejen Zain dengan anak dia. Syukur dia ucapkan kerana lepas ini tiada lagi rahsia yang perlu disimpankan lagi terhadap Faqrul. Terus sahaja lupakan niat dia untuk jenguk Faqrul seketika di bilik dia setelah dia melihat Ejen Zain ada di situ membuat babak sedih yang singkat.

"Ayah.."

"Ye Faqrul?"

"Terima kasih.....terima kasih sangat sangat untuk semua ni. Terima kasih juga sebab ayah bantu Faqrul untuk jadi sebegini, ayah betul-betul sanggup buat semua ni untuk Faqrul. Kalau tak kerana ayah mungkin sampai bila-bila pun Faqrul akan terus jadi budak lemah. Terima kasih sangat sangat dan lagi satu, Faqrul sangat sayangkan ayah. Terlalu sangat..." Ucap panjang Faqrul sambil menitiskan air mata dia.

"Ye...ye Faqrul...sama sama. Balas Ejen Zain sambil mengusap usap belakang Faqrul. "Ayah pun sayangkan juga anak ayah. Faqrul sahaja anak ayah yang ayah sayang dan bukan ayah seorang sahaja yang sayang Faqrul, ramai yang sayangkan Faqrul dalam akademi termasuk semua ejen-ejen yang kenal Faqrul."

"Ejen Syakir dengan mentor lain juga sayang Faqrul?" Soal Faqrul pelik.

"Ia Faqrul, semua sekali. Sebab Faqrul budak baik dan paling berani. Lebih-lebih lagi, Ejen Zizi iaitu abang Zizi kamu sendiri." Jawab Ejen Zain sambil tersenyum.

Setelah beberapa minit Ejen Zizi ada diluar bilik itu dan puas melihat babak sedih tersebut terus dia melangkahkan kaki dia untuk beredar dari situ.

Akhirnya segala rahsia yang disimpan lamanya sudah di dedah sendiri oleh Ejen Zain dekat anak dia. Selepas ini Ejen Zain dah tak perlu merahsiakan identiti dia sebenar pada anaknya.

Segala persoalan yang Faqrul yang selalu bermain di fikiran Faqrul sudah terjawab dengan sepenuhnya dan apa yang lagi baik Faqrul juga telah berjaya membuktikan pada diri dia yang dia berjaya berubah untuk jadi lebih kuat setelah dia memasuki akademi dan jadi sebahagian ejen muda dalam agensi ini.



Teruskan stay untuk baca......and jangan lupa vote & comment 💕

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now