Bab 10

23 0 0
                                    

"Faqrul!" Jerit Ejen Syakir setelah dia masuk ke dalam medan latihan itu. Ejen Syakir pergi mendapatkan Faqrul dan membantu Faqrul.

Ejen Syakir terus memapah Faqrul keluar dan duduk ke tempat istirehat diluar bilik itu.

"Kamu okay tak?" Tanya Ejen Syakir seraya mendudukkan Faqrul sebentar tadi.

"Urghh! Saya tak ada apa-apa Ejen,cuma sedikit terkejut sebab terkena serangan tadi. Saya pun tak perasan ada drone dibelakang saya." Jawab Faqrul dengan keadaan sedikit lemah.

"Macam mana kamu boleh tak perasan? Kamu tak ingat ke apa yang saya pesan sebelum kamu start latihan tadi." Kata Ejen Syakir dengan sedikit tegas tapi masih lagi tenang.

Faqrul mengangguk perlahan tanda dia ingat. "Tapi..."

"Tapi apa Faqrul?! Kamu tak dapat fokus,macam tu?" Sambung Ejen Syakir lagi.

Faqrul terdiam seketika tatkala Ejen Syakir sebegitu,tapi sekurang-kurangnya Ejen Syakir masih lagi cuba bagi peluang kalau nak dibandingkan dengan Ejen Hafiez yang tegas lain macam.

"Hmm takpelah saya faham,kamu masih baru lagi. Untuk latihan yang akan datang saya harap kamu boleh buat lagi baik. Jadi,cukup jelah untuk hari ini,kita jumpa hari lain untuk latihan akan datang." Kata Ejen Syakir sekali lagi seraya dia terus beredar.

Faqrul yang terduduk selepas Ejen Syakir meninggalkan dia tadi,dia pula bangkit dari duduk dia lalu terus beredar dan pulang ke rumah.

Cukuplah 2 teras sahaja hari ini dia jalani latihan. Lagipun esok dia akan jalani latihan lagi disini dan rumahnya tiada orang takut Mak Yah tertunggu dia dirumah walaupun ayah dia tiada.

*******************

Mak Yah memandang luar rumah saja dan tercari-cari kelibat Faqrul yang tak sampai ke rumah lagi.

"Manalah si budak Faqrul ni,dah nak asar tak sampai rumah lagi." Kata Mak Yah lalu dia pergi masuk semula dan tatkala itu.

"Assalamualaikum!" Faqrul beri salam tiba-tiba. Mak Yah dari dalam terus menjawab salam tersebut.

"Faqrul. Kamu ni pergi mana? Lambat sangat balik. Risau Mak Yah dibuatnya." Kata Mak Yah pada Faqrul risau.

"Sorrylah buat Mak Yah risau,lagipun Faqrul bukannya ke mana pun, Faqrul kat sekolah jer buat ulangkaji dengan kawan." Balas Faqrul bohong pada Mak Yah.

"Yelah,mana Mak Yah tak risau,lagipun ayah kamu takde minggu ni, Mak Yah takut terjadi apa apa pada kamu,nanti apa yang Mak Yah nak jawab dekat ayah kamu nanti." Kata Mak Yah berleter panjang dengan risau.

"Okay Mak Yah, lepas ni kita takkan buat Mak Yah risau lagi." Ujar Faqrul seraya mengangkat tangan sebagai tanda janji.

"Hmmm yelah,dah jom masuk dalam. Mak Yah dah siapkan makan malam dan kemas apa yang patut. Lepastu Mak Yah nak balik. Kamu betul betul ke boleh duduk sorang malam ni? Kalau kamu takut,kamu duduk jelah rumah Mak Yah." Sambung Mak Yah lagi seraya mengajak Faqrul untuk tinggal dirumah dia. Yalah,risau akan berlaku yang tak sepatutnya dekat Faqrul dirumah nanti.

"Errr rasa tak perlulah Mak Yah, Faqrul boleh jaga diri, Faqrul kan dah besar." Balas Faqrul dengan yakin.

"Kalau kamu dah kata macam tu, Mak Yah tak perlu buat apa lah. Tapi,kalau rasa ada apa-apa tak kena dekat rumah nanti, cepat-cepat telefom Mak Yah atau pun terus pergi rumah Mak Yah je." Kata Mak Yah panjang pada Faqrul.

"Okay Mak Yah!" Balas Faqrul pendek sahaja pada Mak Yah.

***********************

Pada malam ini, Faqrul hanya tinggal dirumah seorang diri sahaja. Sunyi,bosan dan tak tahu nak buat apa. Faqrul terbaring dan termenung sahaja dan memikirkan tentang diri dia. Adakah betul apa dia pilih ini? Layakkah aku menjadi Ejen seperti yang diharapkan oleh abang Zizi?

super agent (Book 1) :dari seorang biasa kepada luar biasaWhere stories live. Discover now