✨Eleven

405 54 37
                                    

Kepala Haeri ditarik dan dimasukkan kedalam baldi tersebut.

"Nah..rasakan ni.." Ujar Dahyul sambil menolak kepala Haeri.Selang beberapa saat dia menarik semula kepala Haeri.

"Kau agak-agak lepasni nak mengadu tak ?" Soal dahyul sinis.

Haeri menggeleng lemah dan tubuhnya terjelepuk jatuh diatas lantai.Serentak itu,mereka bertiga memandang diantara satu sama lain.

Airliur yang terasa kesat ditelan perlahan.

"Weh..Da hyul, macamana kalau dia mati ?" Soal seon ji kebingungan.

Mereka bertiga ketakutan.

"Buang air tu letak balik baldi tu dekat dalam stor.Cepattt" Arah Dahyul.

Seonji dan Jung Miyeon terus mengikut perintah Dahyul.Tanpa berlengah,Dahyul terus meninggalkan sekujur tubuh Haeri yang terbaring di lantai tandas itu.

Bau,jangan cakaplah ! Kepala kena celup dengan air longkang memang busuk.

Mereka bertiga melarikan diri mengikut pagar belakang sekolah.
.

Jungkook dan Jimin yangs sedang berborak di rooftop berasa tidak sedap hati apabila batang hidung Haeri tidak muncul-muncul.

"Lamanya Haeri ni,kata nak pergi tandas.Cirit ke ?" Soal Jimin pelik.

"Jomla cari dia.." ajak Jungkook dan mereka berdua terus menuruni anak tangga dan tiba-tiba kedengaran kecoh-kecoh di kawasan tandas pelajar perempuan.

Jimin dan Jungkook terus bergegas menuju ke tempat tersebut.

"Kenapa ni ?" Soal Jimin kepada Tzuyu salah seorang pelajar yang berada disitu.

"Haeri,pengsan..Tapi ada yang kata tadi dahyul dengan geng2 dia ada masuk sini" terang tzuyu.

Jimin terus merempuh mereka semua dan mencari tubuh Haeri tetapi tiada.

"Bodoh punya nate beruk" jerit jungkook kegeraman.Tangannya menggenggam penumbuk.Dadanya berombak kuat menahan amarah.

"Kook jom pergi bilik rawatan" ujar Jimin kelam kabut,tanpa berlengah Jungkook terus berlari mengikuti Jimin.

Pelajar lain semua terkedu dengan siapa pula Jimin bercakap.Masing-masing mula berbisik sesama sendiri.
.

Sebaik sahaja mereka singgah di bilik rawatan kelihatan Haeri sedang terbaring diatas katil bilik rawatan.Bajunya telah ditukar dan rambutnya berbau shampoo carrie junior.

"Haeri...Haeriiii...bangun" pipi Haeri ditampar perlahan oleh Jimin.
Jungkook pula menggoyangkan tubuh Haeri yang masih belum sedar.

"Jimin?" Soal sasaem Park Ji hyun dan melangkah masuk ke dalam bilik rawatan bersama tuala ditangannya.Jimin memandang sasaem Park dan terus berdiri sebagai tanda hormat.

"Biarkan Haeri tidur dulu.."nasihatnya dan Jimin mengangguk perlahan

"Apa jadi saem ? Kenapa Haeri pengsan?" Soal jimin risau

"Saya sendiri pun tak pasti,saya cuma dapat aduan Haeri pengsan.Tadi bau rambut dia lain macam..Jadi saya tukarkan baju dan basuh rambut dia.." terang puan Park sambil menyilangkan tangan di dada.

Jimin sudah menggenggam penumbuk.Ini pasti kerja 3 nate beruk tu.Tak serik serik lagi !

Jungkook pula sekadar menjadi pendengar diantara Puan Park dan Jimin.Kalau ikutkan geram dah lama dia pijak 3 ekor minah tu sampai penyek mcm roti kena lenyek dengan tayar lori.
.

"Haeri kamu okay ?" Soal Puan Jeon sebaik sahaja Haeri sedar dari lenanya yang panjang.Tubuhnya didudukkan oleh Puan Jeon.

Kepalanya yang berdenyut dipicit lembut.
Otaknya seakan-akan blank.Dia langsung tak ingat apa-apa.

"Haeri,nah makan bubur ni dulu" Puan Jeon menyuakan sesudu bubur ke mulut Haeri,tanpa banyak soal Haeri menyambut sudu tersebut.

"Eomma okay ke ?" Soalnya pelik,sambil mengunyah bubur perlahan.Sudah lama dia tidak merasa air tangan eommanya,selalunya dia saja yang masak untuk diri sendiri ataupun mereka memesan makanan luar.

"Eomma okay sayang..Kamu rehat dulu ye..Maafkan eomma sebab selalu lebihkan kerja" tubuh Haeri didakap perlahan.Airmata ibunya jatuh dipipi tanpa diduga.

Hangat.Itu yang Haeri rasakan sekarang.Dia rindu keadaan begini.Perlahan-lahan Haeri membalas pelukan tersebut.

"Tak apa eomma,Haeri faham" Haeri tersenyum lemah sambil mengusap belakang Puan Jeon.

Jungkook yang memerhati dari jauh tereenyum bahagia.Gembira dia lihat apabila eomma Haeri akhirnya menyedari kesilapan beliau selama ini.
.

Sejak peristiwa Haeri dibuli ditandas,hubungan keluarga Haeri bertambah akrab.Mereka baru sedar,selama ini mereka tak pernah peduli tentang keadaan Haeri.

"Malam ni jom kita makan sama-sama..Abeoji rasa kita dah lama tak makan sama-sama macam dulu"Pelawa Encik Jeon

Haeri sudah tersenyum sampai telinga.Dia rindu keadaan begini.Rindu sangat.

Enjin kereta Hyundai dihidupkan dan selang beberapa saat,kereta tersebut meluncur laju ke sebuah restoran berdekatan.

Sampai sahaja di restoran tersebut,Haeri memegang kedua tangan ibu dan bapanya.Baginya inilah hari paling bermakna buat dia.

Dia mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapanya.Nampak remeh tetapi ia sangat besar buat Haeri.

"Eomma,abeoji..Haeri nak cakap sesuatu"

"Apa ?" Soal Encik Jeon dan Puan jeon serentak lalu mereka memandang masing-masing dan tergelak kecil.

"Terima kasih untuk malam ni..Haeri hargai sangat" ucap Haeri sambil tersenyum manis.

"Apalah sangat benda ni..Sepatutnya dari dulu lagi kita kena rapat macam ni..Tapi eomma dengan abeoji yang pentingkan kerja sangat sampai lupakan kamu" terang tuan Jeon dan mengusap kepala Haeri perlahan.

Hatinya berbunga-bunga.Dia sangat-sangat gembira.

"Yeobo,apa kata hujung minggu nivkita pergi bercuti" cadang Puan Jeon

"Boleh..Kita pergi Hong Kong nak ? On tak on ?" Soal Tuan Jeon sambil mengangkat kening beberapa kali.

"Wahhhhh !!!" Haeri menggosok kedua tapak tangannya tanda gembira.

"Opkos lah I onzz !" Balas Puan jeon dan mereka sekeluarga tertawa bahagia.

Tbc.

Ngeh chapter ni takde slot jk,jm dgn Haeri maaf  HEHEH next chap I pwomish I buat  babak suspen huuhuuuu

Vote and comments❤✨



✔Lost Soul - JJKWhere stories live. Discover now