Hubungan Haeri dan Jungkook semakin tegang.Malah disekolah Haeri turut melayan Jimin seperti terpaksa.Bila ditanya sepatah dijawab.
"Jimin hari ni Haeri nak rehat sorang-sorang.Jimin okay kan ?" Ujar Haeri serba salah.
"Kenapa ? Haeri okay ke ? Kalau ada apa-apa bagitahu jelah Jimin." Ujar Jimin dengan riak kerisauan.
"Entahla jimin,kalau Haeri cerita pun Jimin takkan percayakan Haeri."
"Haeri belum cerita macam mana Jimin nak tahu" tutur jimin seakan-akan meminta Haeri untuk menceritakan kepadanya.
"Nantilah masa rehat..Sekarang kita focus dulu" haeri menukar topik dan terus memandang ke hadapan begitu juga dengan jimin.
Waktu rehat sudah tiba,seperti biasa,Haeri dan Jimin akan makan di gazebo.
"Haeri,kata nak cerita dekat jimin pasal hal tadi" soal jimin sambil memandang Haeri.
"Oh ya.."senyuman kelat terpapar diwajah Haeri.Susah sebenarnya nak cakap tapi hm dia rasa Jimin boleh dipercayai.
Haeri menarik nafas dalam dan dia mula menceritakan dari A-Z tentang dia dan Jungkook.
"Haeri sebenarnya jimin tahu pasal Jungkook." ujar jimin selamba,langsung tidar terpancar riak terkejut mahupun pelik.
"Huh ? Jimin boleh nampak ?" Soal Haeri terkejut.Membulat matanya.
"Ye..jimin ada deria keenam.Bukan jungkook yang haeri cerita je jimin boleh nampak,benda lain pun Jimin nampak."terang Park Jimin sambil memandang langit.
"Mm..maksudnya selama ni Jimin tahulah yang Haeri dengan Jungkook berbual senyap-senyap"
"Haah..Tapi jimin buat endah je hehehe"
"Habistu sekarang macam mana Jimin ? Haeri sendiri pun bingung.Haeri taktahu sama ada Haeri ada hati pada dia atau tak"Haeri membuat wajah sayu.Sejak hubungan dia dengan Jungkook tegang,dia rasa hidup dia serba kekurangan walaupun dia sudah ada Jimin.
"Cuba Haeri slowtalk dengan dia.Jimin pun salah juga sebab kacau Haeri setiap masa" tutur jimin dengan rasa serba salah.
"Tak delah..Dia tu yang cemburu buta.Lagipun Haeri bukan dia punya"ujarnya kemudian menyumbat sebiji kimbap kedalam mulut.
"Biasalah tu Haeri,dia dah sayang..Tak apa Haeri slow talk dengan dia.Tak pun bagi dia hadiah" Cadang Jimin.
Baru Haeri teringat tentang baju Jungkook yang lusuh tapi bila difikirkan balik,perasaan marah terhadap jungkook masih belum pudar.
"Hm..Macam mana nak bagi dia hadiah,bukannya dia boleh pakai pun"
"Siapa kata tak boleh ? Haeri boleh bagi dia pakai tapi ada syaratnya"
"Apa dia?"
"Haeri bakar hadiah yang Haeri nak bagi pada dia lepastu anggap itu pemberian Haeri untuk Jungkook.Manusia tak nampak barang tu tapi roh tu boleh nampak" terang jimin bersungguh-sungguh.Jimin nampak arif tentang makhluk halus.
"thanks jimin sebab tolong Haeri..Haeri ingat bila Haeri cerita,Jimin tak percaya" ujar Haeri sambil tersenyum.
"No problem lah Haeri..Kita kan Best friend..Kalau Haeri ada masalah bagitahu je Jimin.." pelawa Jimin sambil mengusap kepala Haeri tak ubah seperti abang dan adik.
.Jungkook membaling batu kedalam sungai Han.Hidupnya terasa sunyi pula bila berjauhan dengan Haeri.Batu diambil lagi kemudian dicampak ke dalam sungai.
Tiba-tiba seorang kanak-kanak menyapa jungkook.
"Abang buat apa ?" Soalnya sambil terkebil-kebil memandang Jungkook.
Kening jungkook bertaut.
"Tak ada apa pun..Adik dari mana?"
"Sana tu ha..Dengan eomma" ujarnya sambil menjuihkan bibir ke arah gerai berdekatan.
"Abang putus cinta ke ?" Soalnya lagi.Banyak keletah betul budak kecil ni.
"Haah,yeochin abang tinggalkan abang.." ujar jungkook dengan nada sedih.Tangan budak tersebut diraih kemudian dia mendudukkan budak itu disebelahnya.
"Kenapa yeochin abang tinggalkan abang ?"
"Sebab abang buat salah pada dia.."
"Apalah abang ni..Cubalah abang pujuk dia..Mana tahu dia nak bersatu balik dengan abang" ucapnya sambil tersengih menayangkan giginya yang rongak.
"Haih..pandai je cakapp" Jungkook mengusap kepala budak tersebut sambil tersenyum bahagia.
"Soobin ! Soobin" tiba-tiba suara wanita kedengaran.Serentak itu mereka berdua memalingkan kepala
"Eh abang eomma dah sampai lah..Baii" ucapnya dan berlari ke arah eommanya.Jungkook tersenyum melihat gelagat anak kecil itu.
Dia seorang budak yang luar biasa kerana dapat melihat Jungkook.
"Soobin pergi mana ? Kenapa tak bagitahu eomma dulu ?" Soal wanita yang berusia 30-an tersebut.
"Tu..Soobin jumpa abang tu..hensem kan dia eomma" jari telunjuknya ditalakan ke arah Jungkook.
Eommanya tersenyum pahit.Dia sudah lali dengan anaknya yang satu itu.Sering bercakap dengan benda ghaib.
Lengan soobin ditarik dan dibawa pergi.
Sebaik sahaja kelibat mereka hilang,Jungkook memalingkan wajah memandang aliran air Sungai Han yang tenang.
Tbc.
Bosan weh chapter ni,takpe chap seterusnya aku buat jk dgn haeri berbaik huwahuwahuwa
Vote and comments❤✨
YOU ARE READING
✔Lost Soul - JJK
Fanfic"Roh apa ? Shah rokh khan ke ?" - Jeon Haeri. storylinenya hanat macam ribena beautiful cover by : ttaeencem Start : 17/11/19 End : 12/12/19