Hubungan Haeri dan Jungkook semakin pulih.
Jimin ?
Heh Jimin dan Jungkook dah jadi kawan baik sejak Jungkook tahu Jimin pun terlibat sama dalam memberikan dia Baju baru.Cemburu ? Ada sikit tapi disorok oleh Jungkook.Takut perkara lama berulang lagi.Mereka bertiga berjalan di funfair bersama-sama.Bunyi rentak lagu dan lampu neon menerangi suasana funfair.
Walaupun jam sudah menginjak pukul 11,masih ramai lagi pengunjung ke taman tema tersebut.
"Jikook jom naik roller coaster !!!" Ujar Haeri teruja,matanya bersinar-sinar melihat roller coaster yang berpusing laju.Tangan Jimin dan jungkook terus ditarik mengikut langkahnya menuju ke kaunter roller coaster.
"Saya nak untuk 3 orang" ujar haeri begitu teruja.
Penjaga kaunter tersebut menandang Haeri dan Jimin bersilih ganti sambil terkebil-kebil.
Datang si Jungkook,dia menghempuk kepala Haeri.
"Kau ni aku cakap bangang karang marah.Dia mana nampak aku" kata Jungkook selamba.
Haeri menjeling Jungkook lalu mengusap kepalanya yang dihempuk tadi.
Penjaga kaunter itu terus menelan airliur yang terasa perit.
Pelik betul dgn budak ni.
"Eh 2 orang la cik.Maaf" ujar Haeri sambil tersengih seperti kerang busuk bacin bau hapak bau stokin bau segala bau ada.
2 tiket dihulurkan kemudian mereka masuk ke dalam tempat tersebut.Nasiblah ini bukan rollercoaster yang satu tempat satu orang,kalau tak melepaslah jungkook.
Sebaik sahaja roller coaster mula berpusing,Jungkook ketakutkan,dia memegang tempat duduk kuat sambil menjerit.
"Waaaa...aaa apa nii" terbuntang luas matanya seolah-olah biji matanya hampir terkeluar.Jantungnya berdegup hebat.
Haeri dan Jimin sudah gelak sakan tengok reaksi Jungkook yang tak rupa seperti abe sejat.Dasar penakut.
"Apalah kau ni kook HAHAHAHHA"ejek Haeri sambil memegang perutnya yang senak akibat gelak.
"Buruk la muka kau !! HAHAHAHAHA"Jimin juga turut ketawa macam pontianak,dia sengaja menggegarkan badan Jungkook lagi supaya Jungkook ketakutan.
"Yah ! Sudah aaaaaaaaaaaa bentilah bodoh kau ni bodoh ke apa pusing laju-laju nak bunuh aku ke apa ?! WAAAAAAAA" Pelbagai sumpah seranah terkeluar dari mulut Jungkook kerana ketakutan.Ingatkan roller coaster rilek rupanya macam hanat dia punya pusingan.Dia memejam mata tak sanggup hendak melihat keadaan dibawah kerana dia seorang yang gayat.
[Nak bunuh apanya,kau dah memang dah mati pun kook.]
.Turun sahaja dari roller coaster Jungkook jalan terhuyung hayang seperti orang mabuk sampai terjatuh-jatuh dia dibuatnya.
"Kook..kau okay tak ?"soal Haeri risau sambil mencangkung menghadap Jungkook.Belakangnya ditepuk perlahan
"Aaa...aa...aku...benci benda tu..." Mata Jungkook sudah menjadi kuyu.
Pengunjung yang berdekatan semua memandang Haeri pelik.Apabila Jimin tersedar akan perkara tersebut cepat-cepat dia buat-buat jatuh supaya dapat mengaburi mata orang awam yang lalu lalang.
Haeri memandang Jimin pelik.
Jimin membuat isyarat "orang tengok"
Haeri mengangguk dan cepat-cepat membersihkan tapak tangannya.
Dia berbisik kepada Jimin
"Apa kita nak buat pada Kook ni ? Takkan nak papah dia ? nanti orang fikir lain."ujar Haeri sambil menggaru tengkuknya.Jimin berfikir buat seketika untuk mendapatkan idea.
Jimin membeli air mineral kemudian disimbah ke muka Jungkook.
"Hei air ni ada semut pulak" tipu Jimin sambil mengherot-herotkan mukanya.
Haeri sudah kemam mulut hampir terhambur tawanya manakala Jungkook seperti baru sedar dari dirasuk terus terkebil-kebil matanya sambil mengesat air ysng terkena wajahnya.
"Huh..."tercungap-cungap nafas Jungkook.
"Yah kook kau okay tak ? Jomlah kita balik" ujar Haeri.Jelas terpancar riak kerisauan diwajahnya.
Jimin yang memerhati sudah tersenyum kecil.Nampak sangat Haeri sayang Jungkook.
Sebaik sahaja Haeri masuk ke dalam rumah,dia ternampak Puan Jeon sedang memakan ramen sambil membuat kerjanya di ruang tamu.
"Haeri balik dengan siapa ?"soalnya
"Dengan Jimin"
"Ohh..Duit bulan ni ada lagi tak ? Nak eomma topupkan ?"
"Ada lagi la eomma..Abeoji baru bagi minggu lepas, nanti dah tinggal sikit Haeri beritahu..Haeri naik dulu" pamit (?) Haeri dan terus memanjat anak tangga
."Jeon.Hae.Ri" Haeri yang sedang membetulkan rambut dicermin sekolah terus melihat gerangan yang menyebut namanya dari pantulan cermin.
3 ekor babun.
Haeri terkedu."Seronok sekolah ?" Soal Seonji sambil memintal hujung rambut Haeri.
"Syok kan buat kitorang digantung sekolah ?" Jung Miyeon mengangkat keningnya memandang Haeri dengan tatapan sinis.
"Miyeon,Seonji,Dahyul." Haeri mengemam bibirnya ketakutan.Sudahla hanya mereka berempat saja yang berada dalam tandas.
"Rindu kami tak ?" Soal Dahyul lebih kepada nada memerli.wajah Haeri yang ketakutan ditatap lama dengan riak kebencian.
"Ah..saya pergi dulu"Haeri baru sahaja hendak keluar dari tandas Dahyul lebih cepat bertindak mengunci pergelangan tangannya dengan kuat.
"Kau nak pergi mana ? Kau lupa apa kau buat pada kitorang ?"Dahyul memperkuatkan lagi genggaman pada tangan Haeri.
"Sss..sakit" Haeri mengerang kesakitan,terasa bagai nak pecah urat tangannya apabila digenggam begitu kuat.Dia cuba menolak tangan Dahyul namun makin ditolak makin kuat genggamannya.
"Ingat kau boleh lari lepas apa yang kau buat pada kitorg ?"
Air mata mula bergenang ditubir mata Haeri.Pergelangan tangannya langsung tidak dilepaskan.
"Seonji ambik barang tadi."arah Dahyul sinis sambil memandang tepat mata bundar milik Haeri.
Seonji dan Miyeon menarik sebuah baldi berisi air longkang.Haeri menggeleng laju,dia seperti boleh jangkakan apa yang bakal mereka lakukan.
1..2..3
Tbc.
Agak2 diorang nak buat apa kat Haeri ? HOHOHOHO.Nak celup muka ke nak simbah ke,nak bagi minum ke HAHAHAHAH JAHATNYA IMAGINASI AKU 😂
vote and comments❤✨
YOU ARE READING
✔Lost Soul - JJK
Fanfiction"Roh apa ? Shah rokh khan ke ?" - Jeon Haeri. storylinenya hanat macam ribena beautiful cover by : ttaeencem Start : 17/11/19 End : 12/12/19