✨H.E : EPILOG

440 44 29
                                    

Hampir sebulan Jungkook tidak melihat dunia luar oleh kerana dia terpaksa menjalani ujian otot.

Akibat terlalu lama terbaring di katil,ototnya mula mengendur dan menyebabkan dia perlu menjalani rawatan.

Jungkook juga mengalami amnesia dimana hampir 80% memorinya telah hilang.Tetapi doktor berkata,pesakit amnesia kebiasaannya akan pulih seperti sediakala jika mendapat sokongan padu dari ahli keluarga.

"Jimin..kenapa kau dengan kawan kau haritu macam tak pernah muncul dalam fikiran aku eh ?" Soal Jungkook sambil menyedut air susu pisang kegenarannya menggunakan straw.

"Sebab kitorang tak wujud dalam dunia realiti kau..." tutur Jimin perlahan.

Sejak Jungkook pulih dan boleh berjalan sendiri,dia sering keluar bersama Jimin.Puan Jeon kata mungkin Jimin holeh bantu Jungkook ingat semula memori lama.

"Mende ko merepek doh ?! Kau nak kena campak dalam lubang neraka ke ?" Ujar Jungkook dan menghempuk bahu Jimin menggunakan topinya.

"Eh apahal kau pukul aku ?! Aku cakap benda betullah !"

"Dahtu apa benda realiti haram jadah tu,aku bukannya new born baby"

"Kau ni keras kepala pulak lah sejak jadi manusia ! Kau asyik cantas je bila aku nak cakap macam mana aku nak terangkan !" Bebel jimin bengang dengan perangai jungkook yang menjengkelkan itu.

"Mende ko merepek doh !"

"E aku terajang jugak mamat ni kang !" Jimin sudah bangun berura-ura hendak menendang Jungkook.

"Eheh chill lah bro..Okokay apa citenya ?"

Jimin menjeling Jungkook dan duduk semula dibangku tersebut.

Nafas yang dalam ditarik dan Jimin menceritakan dari A-Z apa yang berlaku diantara dia,Jungkook dan Haeri.

"Yang lebih-lebih kau kena mintak Haeri cerita.Yang aku tahu dia memang betul-betul sayang kau."

"Odd flex but..okay..."itu saja respon Jungkook.Kan dah kata,sejak dia jadi manusia,perangai Annoying dia semakin menjadi-jadi.Kenapalah tak mampus je terus.

"Kau bayangkan kau tak dapat masuk syurga sebab sakitkan haeri" jimin memandang Jungkook dengan pandangan sinis.

"Diamlah.Bayangkan single sampai tua sebab mulut mcm itik lepastu membebel 24jam" Jungkook memulangkan paku buah keras buat Jimin selamba sambil menyedut lagi minumannya.

Jimin yang baik dan innocent itu rasa ingin menampar muka jungkook sehingga pipinya bengkak.

.

"Eomma,dah boleh jalan ?" Soal Haeri.Kebiasaannya cuti akhir semester pelajar lain akan mengambil peluang untuk bekerja agar dapat menjana pendapatan.

Tetapi tidak bagi Haeri,dia perlu menjaga Puan Jeon yang sakit.Dia mengalami lumpuh yang ringan.Namun peluang untuk dia pulih sangat tinggi kerana saraf tunjangnya masih belum terputus,hanya luka sedikit sahaja.

"Susah lah Haeri..Eomma tak rasa kaki eomma.." tubuh puan Jeon dipapah dan dia cuba membantu Puan Jeon berjalan perlahan.

Langkah diatur penuh berhati-hati agar tidak tersadung.

"Okay,Haeri pegang tangan eomma pula,eomma cuba berjalan" Haeri memgang tangan eommanya.Kata-kata semangat tidak putus dari bibirnya.

"Aigoo..Eomma tak rasa kaki..rasa mcm terapung lah Haeri.."

"Dahla..Eomma duduk.kita sambung besok..okay ?" Ucap Haeri dan mendudukkan Puan Jeon di sofa ruang tamu.

Selang beberapa saat,telefon Haeri berbunyi.

"Heloo ?" Sapa haeri sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Huh..macam tak boleh lah.." wajah puan jeon dipandang.

"Wae ?" Soal puan Jeon.

Haeri menjauhkan telefon dari mulutnya.

"Jimin ajak teman dia pergi cafe"

"Takpelah..Haeri pergi lah..Eomma okay je ni.." kata Puan Jeon sambil tersenyum.

Dengan rasa janggal Haeri menyambung semula panggilan tersebut.

"Okay..Kejap lagi aku datang.."
.

Haeri berjalan dengan coat tebal kerana sekarang sudah musim salji.Suhu banda seoul mencecah 8°c.

Sedang dia berjalan tiba-tiba tali kasutnya terbuka.Dia mencangkung dan membetulkan tali kasutnya.

Usai membetulkan tali kasutnya dia baru sahaja hendak bangun tiba-tiba seseorang menghulurkan tangannya.

Wajah diangkat memandang gerangan tersebut.

"Kook." Itu sahaja ayat yang terluncur dari mulut Haeri.

"Will you ?" Tangannya masih lagi setia dihulur buat Haeri yang tercengangnAkhirnya Haeri menyambut tangan tersebut.

"Jeon Haeri.Sudi tak dating dengan Jeon Jungkook ? Dah lama kita tak dating..." ujar jungkook bersama senyuman arnabnya sehingga membuatkan Haeri tertawa bahagia.

"Of course !" Balas Haeri dengan senyuman yang melebar.

Jimin tersenyum dari jauh melihat kemesraan diantara pasangan merpati dua sejoli.Ya,memang dia yang rancang semuanya.Dia bahagia melihat Haeri bahagia.Dia pun mengundurkan diri pulang kerumah,tidak mahu mdnjadi spoiler diantara pasangan tersebut.

Jungkook dan Haeri berpimpinan tangan berjalan menuju ke cafe.Sambil berjalan,pelbagai topik dibualkan untuk mengelakkan rasa janggal.

Walaupun pertemuan mereka pada awalnya dari dunia yang berbeza,Namun takdir telah berjaya menyatukan mereka semula.

Haruman nowa naega hamkke halsu itdamyeon~
Haruman nowa naega sumja bulsu itdamyeon~

-just one day by BTS
[Aku hentam jeni lirik]

tamat.

sekian terima kasih,
staereo

✔Lost Soul - JJKWhere stories live. Discover now