Jungkook yang sedang tidur di sofa empuk itu tersedar apabila terasa lain pada tubuhnya.
Matanya yang berpasir digosok perlahan kemudian dia duduk.Dia menunduk memandang tubuhnya.
Entah kenapa dia rasa lain macam.Apabila dia merenung betul-betul bajunya yang lusuh tadi perlahan-lahan berubah menjadi kemeja putih manakala seluarnya bertukar menjadi seluar jeans.
Dalam keadaan mamai Jungkook memandang baju baharunya sambil terkebil-kebil.
'Siapa pula yang bagi ni ? Haeri ke ?'getusnya dalam hati dengan dahi yang berkerut.
.Usai Jimin dan Haeri membakar baju yang hendak dihadiahkan kepada Jungkook itu,mereka berjalan bersama-sama menuju ke rumah Haeri.
"Jimin rasa kook suka ke ?" Soal Haeri memecah kesunyian diantara mereka berdua.
"Mestilah ! Mesti dia tengah seronok sekarang" tutur jimin yakin.
Haeri mengangguk perlahan,tali beg sandangnya digenggam kuat..
"Haeri..Jimin rasa Haeri pun sayang kook" ujar Jimin secara tiba-tiba.Seraya itu,Haeri mematikan langkahnya memandang Jimin.
"Kenapa pula ? Haeri tak rasa macam tu"
"Kalau Haeri tak sayang dia,masakan haeri nak tolong dia.Mesti Haeri tak kecewa bila hubungan Haeri dengan Kook renggang.Tapi tengok sekarang ni,Haeri banyak senyap je..Haeri tak sedar,tapi Jimin tahu.Jimin nampak. " Terang jimin tenang.
Nafas berat dilepas.Mungkin ya mungkin tidak.
"Entahlah jimin,Haeri tak yakin tu perasaan sayang.." Haeri tersenyum tawar dan terus berjalan meninggalkan Jimin.
Jimin menggeleng perlahan dan mula mengikuti langkah Haeri.
.Apabila Jungkook mendengar bunyi rak kasut dibuka,dia terus bergegas kerana dia pasti itu Haeri.
"Haeri-" jungkook kematian kata apabila dia melihat Haeri pulang dengan Jimin.
Usai menyimpan kasutnya,Haeri memandang Jungkook yang terkedu sambil menatap mata Jimin.Kemudia beralih pada Haeri.
Senyuman manis diukir.
"Terima kasih untuk baju ni.."ujar jungkook dan berura-ura untuk pergi namun langkahnya mati sebaik sahaja Haeri memanggilnya.
"Tunggu"
Jungkook memalingkan wajahnya memandang Haeri.
"Jimin boleh nampak kau." sebaris ayat Haeri mampu membuat Jungkook terkejut.Terus kembang macam bakul lubang hidungnya (tak gue tipu aja)
"Ya..Selamat berkenalan kook" Jimin menghulurkan tangan dengan eyes smilenya.
Jungkook menyambut huluran tersebut dengan terpinga-pinga.
"Heh.." Jungkook tersengih kelat.kepala yang tak gatal digaru.Lain macam pula rasanya.
"Okaylah Jimin balik dulu Haeri,Kook.Jumpa besok" ucap Jimin dan melambai-lambai ke arah mereka berdua.
Sebaik sahaja kelibat Jimin hilang Haeri terus meninggalkan Jungkook diluar rumah.
."Haeri,aku betul-betul minta maaf..Aku tahu aku tak patut simpan perasaan pada kau..Aku janji aku akan buang perasaan tu" ujar Jungkook sambil mengangkat tangannya.
Haeri yang sedang mengeringkan rambut terus duduk di birai katil memandang Jungkook.
"Dahla kook,aku dah lupakan dah pun salah kau..Jangan sebut sebut lagi pasal tu.." ujar Haeri dengan nada malas.
"Kau maafkan aku tak ?" Soal Jungkook takut-takut.Dia mengetap giginya sambil merenung Haeri.
"Kau rasa ?" Haeri menjongketkan keningnya beberapa kali dan bangun dari birai katil.Daun pintu dikuak dan dia melangkah keluar.
Jungkook membuntuti Haeri.
"Haerii..Aku janji aku takbuat lagi" ujar Jungkook apabila Haeri melangkah pada setiap satu anak tangga namun Haeri membiarkan saja soalan itu dibawa angin.
"Haeri..a-aku betul-betul ni...Janganlah macamni"
"Yah jeon haeri dengar tak aku cakap ni"
"Aaa ppaliwa,maafkan aku"
"Haeriii kau ni pekak ke ?"Haeri sudah tergelak kecil namun dia perlahankan suaranya agar Jungkook tidak kedengaran.
"Haeriiiiiiiii"
Entah bagaimana Jungkook tersilap pijak tangga dan
Buk !
Tubuhnya menghempap belakang Haeri.
"YAHHHH ! JEON JUNGKOOOKK !!" jeritan Haeri bergema di segenap kawasan rumahnya ditemani bunyi burung gagak yang berterbangan di udara.
."Ahh..sorry sorry" tak lekang uacaoan maaf dari mulut Jungkook apabila lutut Haeri terdapat kesan luka sedikit.Tubuh dia bukannya ringan.Nama je roh berat mcm gajah.
"Diamlah..Kang aku taknak maafkan padan muka kau"Haeri menjeling Jungkook kemudian menyambung menyapu antiseptik pada luka tersebut.
"Maksudnya kau dah maafkan aku lah kan ? Uyeaaa" Jungkook tersenyum lebar sambil menari yolo yolo bersungguh-sungguh.
Haeri menggeleng perlahan melihat perangai Jungkook.Badan je nampak tua,akal macam budak kecik.
"Ha Haeri lagi satu aku nak cakap,terima kasih untuk baju ni.Aku suka heheh" Jungkook menayangkan sebaris giginya.
"hmm"balas Haeri.Peralatan med kit disusun kedalam bekasnya dan kapas yg telah diguna dikutip untuk dibuang.Haeri berjalan terhincut-hincut sedikit kerana luka di lututnya agak pedih.
"Kau ni Haeri macam tak maafkan aku lagi je..Aku je beriya" ujar Jungkook sedikit kecewa.
"Diamlah..Dalah hempap aku tadi" sengaja Haeri berlakon seolah-olah merajuk,padahal dia sudah hampir tergelak tengok perangai Jungkook yang tak matang macam budak ni.
"Aku tak sengaja lah"
"K."
Jungkook berasa tak puas hati dengan respon yang diterimanya kemudian dia bangun meluru ke arah Haeri dan menggeletek pinggang Haeri.
"Aaa apani..Gelilah kook !" Terkekeh-kekeh Haeri ketawa sampai terliuk-liuk badannya bagai padi ditiup angin.Siapa kata kalau roh geletek tak geli ? (SENAH KATA)
"Sudahla kook !!" Haeri menepis Jungkook sehingga dia berhenti.Jungkook turut sama gelak melihat reaksi Haeri yang boleh dikatakan lawak dan kelakar baginya.
"Ha..baru kau tau langit tu tinggi ke rendah"perli Jungkook
"Ee..tak aci la kau ni" Haeri mencerlung wajah Jungkook tajam.
"Aku bukan aci,kau tu aci.Inna poringge" Jungkook menggeleng kepalanya beberapa kali.
Daripada nak marah terus tergelak Haeri dibuatnya.Tubuh Jungkook dipukul perlahan.
Tbc.
hambar siot chapter ni kskakakak.
Vote and comments ❤✨
Btw yeayyy dapat #1 dalam ranking Kuali 😂💜
YOU ARE READING
✔Lost Soul - JJK
Fanfiction"Roh apa ? Shah rokh khan ke ?" - Jeon Haeri. storylinenya hanat macam ribena beautiful cover by : ttaeencem Start : 17/11/19 End : 12/12/19