"kau dah boleh discharge dah hari ni" kata Xavier sebaik saja figura lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Aurora.
Aurora tersentak dan memalingkan wajahnya ke arah Xavier yang menerpa ke arahnya. Lelaki itu duduk berhadapannya di atas katil.
"saya tak ada tempat nak dituju lagi" kata Aurora dengan sebak.
Air matanya jatuh mengalir di pipi.
Xavier menarik nafas berat.
"itu kau jangan risau. Aku dah beritahu mama aku tentang kau. Dia kata kau boleh tinggal dengan kami. Macam mana? Kau setuju tak?" tanya Xavier prihatin.
Sungguh bersimpati dia merenung ke arah gadis itu.
Aurora segera memalingkan wajahnya memandang wajah Xavier.
"saya tak menyusahkan ke?" Aurora kelihatan agak malu.
"takk, kalau kau menyusahkan aku. Dah lama dah aku tinggalkan kau" ujar Xavier mengusap pipi Aurora.
Pipi Aurora merona merah.
Xavier tersenyum memandang wajah malu Aurora.
"okaylah. Kau kemaskan diri kau. Ini baju kau. Aku tak tahu saiz kau berapa jadi, aku rembat je lah saiz bikini kau" Xavier menyerahkan plastik pakaian bertulis Padini.
"uhh okay" Aurora menggaru garu kepalanya sebelum mengambil plastik tersebut.
"aku tunggu sini. Kau bersihka diri kau. Lepastu kita discharge okay?" arah Xavier.
Aurora sekadar menganggukkan kepalanya. Kakinya dibawa untuk melangkah ke arah bilik air dengan bantuan Xavier. Sebaik saja pintu bilik air ditutup, Aurora memandang wajahnya di cermin. Air matanya mengalir perlahan.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 p.m. Colline masih lagi memandu mencari Aurora menggunakan keretanya. Gambar Aurora di bawa bersama untuk ditunjukkan kepada orang. Namun hampa, mereka tidak pernah melihat Aurora.
Colline mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dulu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Colline mendapati orang ramai berkerumun di sebuah parit besar. Kelihatan sebuah Ambulans dan sebuah kereta polis turut berada disana.
Jantungnya laju berdetak. Dia memarkirkan keretanya di bahu jalan berhampiran tempat tersebut. Colline keluar dari keretanya dan melangkah perlahan ke arah tempat tersebut.
"pak cik, ada apa ni?" sapa Colline ke arah seorang pak cik yang berdiri tidak jauh dari situ juga turut memerhatikan kejadian itu.
"ooo. Ni ada mayat perempuan dalam parit. Katanya, kena langgar malam tadi. Muka dah tak nampak dah, macam dah kena serang serangga. Itu yang menyukarkan polis nak cam muka dia. Butirandiri pun tak ada. Tubuh kosong je. Pak cik kesian betullah nak, dahlah perempuan tu mengandung. Kata nurse tadi, sembilan bulan dah kandungan tu. Tungguh hari nak bersalin je. Tapi apakan daya, Tuhan merancang segalanya." balas pak cik itu.
Colline merasakan lututnya lemah. Perempuan? Mengandung? 9 bulan? Sama seperti Aurora. Adakah itu Aurora?
Colline terus menerpa ke arah mayat yang sudah dibungkus tersebut.
"encik, maafkan kami encik. Kalau encik tidak mengenali mayat ni. Encik sila keluar dari sini" kata seorang pegawa polis.
"takk..saya nak tengok mayat ni" kata Colline.
"ok" balas pegawai polis tersebut.
Dia terus membuka plastik hitam yang digunakan untuk menudung mayat tersebut.
Colline terus menangis meraung apabila melihat tubuh mayat tersebut. Baju yang sama digunakan oleh Aurora sebelum dihalaunya. Gaun kuning sama seperti yang dipakai oleh Aurora. Rambut separas bahu seperti Aurora. Cuma mukanya yang tidak dapat dikenalpasti kerana sudah rosak terus akibat diserang serangga. Lengannya sudah lebam lebam.
"takkkk. Ini semua mimpi!!" Colline meraup mukanya dan menangis di sebelah mayat tersebut.
Pegawai polis tadi hnya memegang bahu Colline untuk menyalurkan sedikit semangat kepadanya.
Zack menerpa ke arah kawannya itu sebaik saja ternampak Colline yang sedang menangis di sebelah mayat tersebut.
"bro" sapa Zack.
Colline memandang Zack. Tangannya menunjuk ke arah mayat di sebelahnya. Zack sekadar menanggukkan kepalanya. Sayu hatinya melihat sahabatnya itu menangis. Tapi hatinya juga sakit apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh puan Roselle sebentar tadi. Colline menghalau Aurora sebelum Aurora mampu membela dirinya sendiri.
"Encik, encik kenal mayat ni? Kalau encik kenal, sila ikut kami ke hospital untuk tujuan pengesahan" kata polis tersebut.
Colline hanya mengangguk lemah.
Zack dan Colline memandu kereta masing masing mengikut ambulans yang membawa mayat Aurora. Puan Roselle juga sudah dihubungi oleh Zack untuk memberitahu perkara tersebut.
YOU ARE READING
Ex-Wife Revenge [completed]
Teen FictionDihalau oleh suami sendiri bukan perkara yang mudah untuk Aurora. Lebih lebih dalam keadaan yang sarat mengandung. Puncanya? Puncanya disebabkan tuduhan yang tak berasas di lemparkan oleh kawan baik Aurora sendiri. Lebih malang lagi, anak yang dika...