45

10K 274 18
                                    

"kita nak pergi mana ni?" tanya Farleysha memandang Xavier yang sedang fokus kepada pemanduannya.

"rumah mama" jawabnya ringkas.

Farleysha hanya diam selepas itu. Farleysha membuang pandangannya keluar kereta. Semakin lama tempat yang dilalui oleh mereka berdua semakin sunyi. Pokok pokok mula menjadi perhiasaan di tepi jalan.

Farleysha hairan mengapa Xavier membawanya kekawasan hutan begini.

Tiba tiba, mata Farleysha beralih ke arah cermin sisi kereta tersebut. Ada lebih kurang 3 buah kereta yang sedang berada di belakang kereta mereka berdua. Cuba memintas, tpi dihalang oleh Xavier.

"wait, kereta tu kejar kita ke?" Farleysha memandang wajah Xavier. Ketat. Tiada lagi ceria seperti tadi.

Xavier hanya menganggukkan kepalanya.

"Sha, kau buka laci tu. Ada pistol. Kau tahu kan apa kau perlu buat?" tanya Xavier tiba tiba.

"okay." Farleysha terus membuka laci di hadapannya seperti yang dimaksudkan oleh Xavier. Ada sepucuk revolver bewarna keemasan berada di sana bersama 3 butir peluru.

"ok niceeee" ujarnya sendiri.

Farleysha membukaa tingkap kereta tersebut. Badannya dikeluarkan sedikit lalu dipalingkan ke arah kereta di belakang. Revolver tersebut terus diacukan ke arah pemandu kereta tersebut. Pang!!

Sasaran terkena. Satu tumpas. Kereta tersebut terbabas ke bahu jalan. Masih ada dua kereta lagi mengekori mereka.

Kali ini mereka membalas tembakan Farleysha. Farleysha terus masuk semula ke dalam kereta. Maklumlah kereta Xavier kalis peluru, mereka tidak bimbang.

"apa kita nak buat?" tanya Farleysha. Mahu membalas tembakan tersebut, peluru hanya ada dua lagi tinggal.

"takpa. Tunggu mereka cuai" kata Xavier.

Kelajuan lebih 120km/j tiada lagi dirasai.

Lebih kurang 5 minit, tembakan dari pihak musuh tidak kedengaran lagi. Mereka hanya mengekori.

"now, sha!" arah Xavier.

Farleysha terus mengeluarkan badannya semula dan menembak cun cun di kepala pemandu kedua. Pang!! Terbabas lagi. Tinggal satu kereta lagi. Farleysha terus masuk semula ke dalam kereta. Farleysha memandang cermin sisi. Kelihatan kereta satu itu tidak mengejar lagi.

"Xavier, tengok!" Xavier memandang cermin sisinya. Kelihatan kereta tersebut cuba melarikan diri.

"kejar" xavier terus membuat uturn disana untuk mengejar kereta tersebut.

"kita kena tahu siapa buat kerja ni" ujarnya.

Farleysha hanya berdiam diri saja. Xavier terus mengejar kereta yang hampir melarikan diri tersebut. Tiba di satu simpang, kereta tersebut terus membelok ke sana. Xavier hanya mengikut kereta tersebut membuta babi.

Sebaik saja tiba di hujung jalan simpang tersebut, kelihatan beberapa buah kereta dan berduyun duyun lelaki berpakaian suit hitam lagak seperti bodyguards menerpa mata Xavier.

"oh shit Xavier. Kita kena perangkap! Undur undur!" arah Farleysha.

Xavier cuba melarikan keretanya, tetapi ada kereta yang sudah berada di belakang keretanya, menghalang mereka berdua daripada terus melarikan diri.

"shit!!" carut Xavier. Butang merah pada keretanya terus ditekan untuk menghantar signal pada Zen di makmal. Signal kecemasan atau red code.

Tiba tiba, di celah celah susuk berpuluh lelaki bodyguards tersebut, muncul satu figura yang cukup dikenali Farleysha.

Ex-Wife Revenge [completed]Where stories live. Discover now