"Suzanne!!" tengking Colline yang melihat adegan Suzanne menampar pipi Farleysha.
"kenapa u tengking I? Perempuan tak guna ni siapa nak jumpa jumpa U bagai!!!" Suzanne menengking Colline semula.
Matanya dijeliing ke arah Farleyshaa yang terduduk memegang pipinya akibat ditampar oleh Suzanne.
Puan Roselle mengangkat tubuh Farleysha dan dipegangnya bahu gadis itu duduk di atas kerusi di taman tersebut.
"hormat tetamu kita Suzanne!!" suara Colline naik seoktaf.
"siapa dia Colline?!"
"dia client aku. Jangan biadap dengan dia boleh tak!!"
"kalau dia client U, kenapa perlu dia datang sini ajak U berjumpa. Siap lagi U cerita pasal keluarga U dekat dia. Apa masalah u ni!!" Suzanne berusaha mengawal air matanya.
Colline meramas rambutnya kasar. Ingin saja dia menampar isterinya itu semula, tapi dia tidak mahu mencederakan isterinya yang sedang mengandung itu.
"U masuk dalam bilik. SEKARANG!!!" Colline menengking Suzanne dengan suara yang begitu lantang.
Puan Roselle dan Farleysha hanya memandang pergaduhan antara suami isteri itu.
Farleysha hanya tersenyum sinis. Senyuman nya itu disembunyikan dari penglihatan mereka.
"sampai hati U babe!" Suzanne meninggalkan mereka bertiga dan berlalu masuk ke dalam rumah.
Puan Roselle bangun mengikut menantunya masuk ke dalam rumah. Risau menantunya melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Colline terus mendapatkan Farleysha yang masih duduk di kerusi itu. Wajah gadis itu ditiliknya. Kelihatan kesan darah pada bibir gadis itu.
"are you okay?" tanya Colline prihatin.
"hmmm... Im okay. I just terkejut dia tampar I"
"im so sorry" Colline memegang kedua dua tangan Farleysha.
"hmmmm dia siapa? Dia wife U ke?" Farleysha memandang wajah Colline.
Mukanya dibuat buat sedih.
Colline perlahan lahan menganggukkan kepalanya.
"im sorry. U tak pernah bagitahu pun U dah ada wife. I takkan ganggu U lagi. I balik dulu" Farleysha bangun dari duduknya dan ingin melangkah pergi.
Colline merentap lembut tangan Farleysha.
"no please. Biarkan I jernihkan keadaan kita" ujar Colline penuh berharap.
Farleysha tidak menjawab. Tangannya ditarik daripada pegangan Colline. Dia melangkah dari situ.
Colline menghantar kepergian Farleysha dengan pandangan matanya saja. Tangannya meraup mukanya kasar.
"Farleysha" Xavier menyeru nama Farleysha dan melangkah ke arah bilik gadis itu.
Farleysha berpaling ke arahnya. Xavier terkejut apabila melihat ada kesan darah pada bibir Farleysha.
"who did this to you?"
Xavier memegang kedua dua pipi Farleysha. Dibelek belek nya wajah gadis itu.
"Suzanne. Dia lempang aku. Aku pergi rumah dia cakap aku bercinta dengan laki dia"
"haihhh lain kali hati hati okay?"
"ok boss"
Xavier mengucup dahi gadis itu. Farleysha tersentak.
Mereka berdua berpandangan. Lama.
"emmm sorry" Xavier mengusap tengkuknya.
Dia melangkah keluar dari situ meninggalkan Farleysha. Farleysha tersenyum memandang langkah Xavier meninggalkan dia disitu.
"Xavier" nama lelaki itu meniti di bibirnya.
YOU ARE READING
Ex-Wife Revenge [completed]
Teen FictionDihalau oleh suami sendiri bukan perkara yang mudah untuk Aurora. Lebih lebih dalam keadaan yang sarat mengandung. Puncanya? Puncanya disebabkan tuduhan yang tak berasas di lemparkan oleh kawan baik Aurora sendiri. Lebih malang lagi, anak yang dika...