Bab 6

19K 478 6
                                    

"arghhh!!" Colline menumbuk numbuk dinding hospital itu selepas mendengar penjelesan doktor bahawa bayi dalam kandungan Aurora juga tidak dapat diselamatkan kerana sudah terlewat.

"Aurora! Im so sorry" kata Colline menyandar pada dinding itu.

Zack dan Puan Roselle pula memandang sayu ke arah Colline yang seakan sudah gila itu.

"bro, ingat Tuhan bro. Aurora tak tenang kalau tengok kau macam ni" pujuk Zack menepuk nepuk bahu Colline. Puan Roselle pula mengusap ngusap bahu anaknya itu.

Dia juga berasa hiba akan kematian Aurora itu. Cucunya juga turut terkorban. Kalau Colline mendengar penjelasan Aurora, sudah tentu  Aurora masih hidup sekarang ini.

"aku kejam bro. Sebab aku, Aurora meninggal. Anak aku pun ikut dia bro. Apa aku dah buat bro?" Colline meluahkan isi hatinya.

"sabar bro. Itu semua pencaturan-Nya. Kita semua tak boleh nak halang" kata Zack.

Puan Roselle masih tidak mampu berkata apa apa. Separuh hatinya kasihan akan Colline, tapi separuh lagi menyalahkan anak nya itu akan kematian Aurora dan cucunya.

Mereka bertiga sama sama berdiam diri. Menunggu proses untuk membawa mayat Aurora pulang.



















Aurora terbangun dari lenanya. Pancaran matahari sedikit memenuhi ruang biliknya itu kerana masih terlindung oleh tirai. Aurora cuba untuk bangun dari katil tersebut untuk membukaa tirai itu.

Tiba tiba pintunya dibuka dari luar. Wajah Xavier terpacul disana.

"kau dah bangun?" tanya Xavier yang melihat Aurora yang ingin bangun dari katilnya itu.

"haah. Ni nak buka langsir tu. Gelaplah"

"okay, tunggu situ. Aku buka kan kau"

Xavier melangkah ke arah tirai itu. Tirai itu terus diselaknya ke tepi. Terpampanglah pemandang di sebalik sliding door yang sudah diselak tirai itu.

Bilik Aurora itu mempunyai balkoni yang bersambung dengan balkoni Xavier di sebelah. Kedua dua bilik mereka menghadap ke arah kolam renang rumah Xavier. Sungguh mempesonakan.

Aurora menyandarkan tubuhnya dikepala katil beralaskan bantal. Selepas menyelakkan langsir itu, Xavier menerpa ke arah Aurora yang bersandar di kepala katil itu.

"kau lapar tak? " tanya Xavier prihatin.

Aurora menganggukkan kepalanya. Xavier terus menekan butang merah yang terdapat di dinding bersebelahan katil Aurora. Aurora hanya memandang perlakuan Xavier.

"ani, bawa breakfast for two ke bilik Aurora. Aku breakfast dekat sini" kata Xavier sambil menekan butang merah tersebut.

Selepas itu, butang itu dilepaskan. Xavier memandang Aurora yang ralit memerhatikan Xavier.

Xavier ketawa kecil memandang wajah blur Aurora.

"butang ni untuk kau panggil maids yang ada dekat dapur" kata Xavier.

"ooo"

Xavier terus mengangkatkan tubuh Aurora. Mereka berdua pergi ke arah balkoni bilik tersebut.

Terdapat sebuah meja yang boleh memuatkan tiga orang di sana. Aurora terpukau memandang pemandangan di hadapan nya. Ada kolam renang. Biliknya juga menghadap jalan raya.

Mereka duduk berhadapan satu sama lain. Jarak mereka hanya dipisahkan oleh meja bewarna putih itu. Masing masing kaku tidak bersuara.

Selepas itu, kelihatan seorang maids datang ke arah mereka smbil membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan minuman. Makanan dan minuman itu di letakkan di atas meja tersebut. Selepas itu, maid itu melangkah keluar dari situ. Mereka berdua mula menjamah makanan dengan sepi kerana masing masing lapar.

"lepas ni. Kita pergi kubur lawat baby kau kalau kau mahu" kata Xavier.

Aurora tidak menjawab namun hanya meneruskan suapannya.

Ex-Wife Revenge [completed]Where stories live. Discover now