24

14.5K 394 4
                                    

Puan Roselle dan Colline menangis menghadap batu nisan Johnnes, anak Colline dan Farleysha.

"kenapa tak britahu aku yang anak kita dh tak ada selama ni?" Colline mengesat air matanya sambil berdiri diikuti puan Roselle.

"aku tak beritahu kau? Sekuis me? KAU.HALAU.KAU" Farleysha hanya berpeluk tubuh memandang Colline.

Colline tidak menjawab. Hanya memandang sayu pusara anaknya dengan Farleysha.

"maafkan daddy sebab tak ada semasa hero daddy dilahirkan. Daddy tak sempat nak peluk cium hero daddy" bisik Colline cukup untuk didengarinya sahaja.

Puan Roselle dan Farleysha hanya memandang ke arah Colline. Perasaan Farleysha sedikit dijentik rasa sayu. Kalau Suzanne tidak memfitnahnya, sudah tentu Colline dengannya sudah berbahagia bersama anak mereka, Johnes.

Farleysha melangkah menghampiri Colline yang masih berdiri memandang pusara anaknya. Ditepuknya perlahan bahu lelaki itu dari tepi.

"aku maafkan kau Colline untuk apa yang kau buat dengan aku sebelum ni. Aku maafkan apa yang Suzanne lakukan terhadap aku. Aku maafkan semuanya. Aku tabah dengan semua ni. Semua ni memang dah jadi takdir kita. Takdir kau dan aku. Kalau suzanne tak pisahkan kita, aku takkan berjumpa dengan lelaki sebaik Xavier. Dia jaga aku dari aku sakit sampai aku sihat macam hari ini. Dia bantu aku bangkit. Dia bantu aku lancarkan company aku. Aku terharu. Aku terhutang budi dengan lelaki sebaik dia. Dia ada susah senang dengan aku. Aku harap kau dapat lupakan aku. Aku dah ada Xavier. Lepas ni, kau cari suzanne, kau jaga dia, kau mesti ada disisi dia di waktu susah dan senang. Jaga dia. Jangan ceraikan dia. Aku yakin dia berubah lepas ni. Jangan ulang kesilapan macam yang kau buat dengan aku" ujar Farleysha panjang lebar tanpa memandang Colline.

"maafkan mama Sha, mama tak ada untuk Sha masa Sha melahirkan. Mama tak dapat nak halang Colline halau Sha dulu. Mama minta maaf sangat sangat" kata puan Roselle separuh merayu.

"that's okay mama. I know. Sha dah maafkan semuanya. This is the time for us to create a new chapter" Farleysha mengukir senyuman memandang ke arah puan Roselle.

"dah tak ada ruang untuk aku ke Sha?" Colline bersuara setelah lama berdiam.

"tak ada. Aku dah ada Xavier" Farleysha menundukkan wajahnya.

Colline mengangguk perlahan dan menarik nafas dalam lalu dihembusnya. Cuba menarik takdir tersebut.

Xavier hanya memerhatikan mereka bertiga dari jauh. Tidak mahu menyampuk mereka kesana.

Angin sepoi sepoi bahasa menampar pipi mereka. Mungkin roh Johnes turut menemani mereka disana.

"aku takkan biarkan kau lepas Farleysha" Suzanne mengenggam erat stereng keretanya.

Ex-Wife Revenge [completed]Where stories live. Discover now