Bab 5

20.1K 524 3
                                    

Kereta yang dipandu Xavier memasuki halaman rumah agam miliknya. Boleh dikatakan sebagai mansion.

Selepas memarkirkan keretanya di depan pintu utama, Xavier mengejutkan Aurora yang terlena di kerusi penumpang.

Kelihatan seorang wanita separuh abad keluar dari pintu utama. Mungkin mendengar kereta yang dipandu oleh Xavier memasuki perkarangan rumah.

Aurora mengeliat kecil apabila bahunya di goncang lembut oleh Xavier. Selepas itu, di menggosok matanya.

Apabila pandangannya sudah terang, dia memandang ke arah Xavier yang tersenyum ke arahnya.

"kita dah sampai dekat rumah aku" kata Xavier.

Aurora terus memandang sekelilingnya di simbahi cahaya lampu yang berada di luar rumah tersebut. Aurora juga ternampak wanita separuh abad sedang menunggu mereka berdua di pintu utama yang masih terbuka itu.

"jomm" kata Xavier.

Mereka berdua turun dari perut kereta. Semasa Aurora ingin berjalan, dia hampir terduduk. Tubuhnya masih lemah. Mujurlah Xavier sempat menangkap tubuh gadis itu.

"heyyy . Bawa dia sini cepat Xavier. Dia masih lemah tu" kata wanita separuh abad tersebut.

"okay maa" balas Xavier.

Aurora hanya memandang lemah ke arah wanita itu sebelum pandangannya beralih ke arah Xavier yang sedang mengangkatnya secara bridal style. Tengkuk lelaki itu dipautnya perlahan untuk memudahkan Xavier mengangkatnya.

Xavier terus membawa Aurora masuk ke dalam rumah agam tersebut. Wanita separuh abad itu pula mengikut langkah mereka untuk masuk ke sana. Kelihatan ramai lelaki bersuit hitam sambil berbaris menundukkan kepala sebaik saja Xavier melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"selamat pulang boss" kata mereka serentak.

Aurora kaku melihat perlakuan mereka itu.

Xavier hanya mengangukkan kepalanya dan membawa Aurora ke tingkat atas rumah tersebut menggunakan lift.

"they are my bodyguards" kata Xavier secara tiba tiba.

Mungkin dia dapat meneka apa yang berlegar legar di kotak fikiran gadis itu.

"ooo" balas Aurora.

Sebaik saja pintu lift terbuka, Xavier melangkah ke arah bilik yang terletak tidak jauh dari lift tersebut. Bilik tersebut memang sudah terbuka, mungkin memang menunggu kedatangan Aurora. Mungkin..

Xavier meletakkan Aurora perlahan lahan di atas katil. Wanita separuh abad itu juga sedang melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"ini bilik kau. Bilik aku sebelah je. Kalau ada apa apa kau panggil je. Aku boleh dengar sebab bilik kau ni bukan kalis bunyi." terang Xavier lalu melangkah keluar.

Wanita separuh abad itu pula duduk berhadapan dengan Aurora. Wajah gadis itu dipandangnya sayu. Selepas itu, dia tersenyum.

"kamu tak apa apa?" tanya wnita itu prihatin.

"tak apa apa makcik"

"baguslah kalau macm tu. Kamu rehat  je kat sini. Kalau kamu nak bersihkan diri, pakaian kamu dah ada dekat closet sana. Okay?" tutur kata wanita lembut.

Aurora hanya mengangguk dan tersenyum.

"Xavier dah ceritakan segalanya. Auntie tak keberatan untuk membiarkan kamu tinggal disini kalau kamu setuju. Lagipun auntie kesian dengan kamu. Lagi lagi bila auntie tahu baby kamu dah meninggal. Im so sorry about that. Kalau Xavier terlanggar kamu malam tu, tak tahulah auntie apa yang akan berlaku. Nasiblah budak tu sempat brek. Kamu pengsan sebab terkejut" kata wanita separuh abad itu.

Aurora hanya tertunduk mendengar kata wanita itu.

"apa yang terjadi kepada kamu sampaikan kamu dijumpai oleh Xavier dalam keadaan tu, auntie harap kamu boleh cerita kan kepada kami. Mana tahu kalau kami boleh tolong kamu selesaikan. Apapun, kamu mesti kuat untuk terus hidup. Esok kita lawat kubur baby kamu okay? Kamu panggil je auntie ni sebagai mak kamu okay?" kata wanita itu memegang tangan Aurora.

Akhirnya air mata Aurora tumpah. Wanita itu terus mendakap tubuh Aurora untuk menenangkan gadis itu.

Ex-Wife Revenge [completed]Where stories live. Discover now