49

12.6K 313 13
                                    

"terus kumpulkan budak. Aku nak bersihkan diri dulu" ujar Xavier kepada Zen sebaik saja mereka berdua menapak ke dalam ruang tamu mansion Xavier.

"ok. Take your time. Kita orang get ready dulu and tunggu kau dekat Meeting Room" Zen menepuk nepuk bahu Xavier.

Xavier tersenyum lemah dan mengangguk. Zen melangkah dulu sebelum Xavier, tergesa gesa untuk memanggil semua anak buah mereka.

Xavier pula terus menuju ke biliknya. Kakinya terus melangkah ke bilik air tanpa membuang masa dan menanggalkan semua bajunya.

"arghhhh!" Xavier memukul mukul dinding bilik air nya. Dia begitu tertekan. Farleysha diculik. Hidup atau mati? Perlukah dia mempercayai kata Anna?

Anna membelotnya. Dia sungguh menyesal menyuruh Anna menjadi sebahagian daripada mereka. Tpi itu bukan salahnya, fikirnya. Itu salah Zen. Zen yang melibatkan Anna dalam semua ini.

"Anna" xavier menyebut nama gadis itu. Nama yang mudah tapi orang nya tidak semudah itu. Perempuan itu agak licik. Dia menggunakan peluang itu untuk membalas dendam. Mungkin untuk mendapatkan dirinya semula. Tapi Gabriel? Bagaimana mereka boleh seerat itu? Bercumbu?

Xavier memaut rambutnya kebelakang. Dahinya dipicit picit. Rungsing fikirannya memikirkan semua ini. Farleysha. Dia mesti menyelamatkan gadis itu. Gadis yang dicintainya.

Dia perlu memikirkan plan untuk melenyapkan Gabriel dan Anna. Tapi fikirannya sekarang tidak begitu waras. Dia perlu berehat. Perlukah? Bagaimana Farleysha?

Xavier meraup mukanya. Tubuhnya sudah habis basah lecun akibat daripada pancuran air rainshower tersebut.

Puas lama termenung, Xavier segera membersihkan dirinya. Selesai mengelap tubuh, Xavier terus memakai bathrobe dan melangkah ke walk in closetnya.

Baju putih dipadankan dengan jeans bewarna kelabu digapainya. Rambutnya disisir rapi. Setelah selesai, jaket kulit bewarna hitam diambilnya lalu melangkah keluar. Sudah hampir sejam dia membersihkan diri, pasti anak buahnya ternanti nanti.

Anak anak buahnya berdiri sebaik saja kelibat Xavier memasuki ruang Meeting Room tersebut. Mereka akan berdiri dan tunduk untuk menunjukkan rasa hormat untuk Xavier. Zen juga berbuat demikian. Sepanjang bunyi tapak kaki Xavier memasuki bilik tersebut, tiada siapa yang berani memandangnya.

"duduk" arah Xavier.

Anak buah nya duduk. Malam ini, mereka menggunakan pakaian serba hitam. Begitu juga Zen yang disebelah Xavier.

"malam ni, kita ada plan. Plan besar. Kita akan serang Gabriel and the geng. So, dengar baik baik" Xavier berjeda.

Masing masing senyap mendengar hujah dari boss mereka. Tidak mahu ketinggalan sedikit maklumat untuk memudahkan kerja mereka dan apa tugas setiap mereka. Xavier membahagikan kepada 5 kumpulan teratas. Which mean ahli dalam 5 kumpulan ini terdiri daripada 6 orang. Mereka mereka ini mempunyai fight yang terbaik berbanding orang lain. Manakala selebihnya akan menjaga mansion Xavier.

"okay...aku harap malam ni kita semua bergerak dalam satu pasukan. We need to save her. Dan aku harap, you guys can make it...and...ughh"Xavier memegang kepalanya. Berdenyut denyut kepalanya. Sakit. Dia hampir pitam.

"Kau okay tak ni?" soal Zen prihatin memegang lengan Xavier untuk menyokong tubuh lelaki itu supaya tidak rebah.

"yeahh" Xavier masih memegang kepalanya. Anak buah mereka hanya mampu memandang kerana tidak berani bersuara.

"aku....aku..."Xavier rebah sebelum sempat menghabiskan kata katanya.

"Xavier!" Zen sedaya upaya mengangkat tubuh Xavier.

Ex-Wife Revenge [completed]Where stories live. Discover now