25

14.8K 401 2
                                    

Farleysha melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan Kristian tersebut. Puan Roselle dan Colline masih setia di perkuburan anaknya itu. Farleysha memberi ruang kepada mereka berdua untuk melepaskan rindu kepada anaknya, Johnes.

Langkahnya dibawa menyeberangi jalan tersebut untuk mendapatkan kereta Xavier yang dipakirkan disana.

Sebaik saja tubuhnya berada di tengah jalan, tiba tiba sebuah kereta dipandu laju menuju ke arahnya. Farleysha tidak sempat melarikan diri . Tidak lama kemudian, kereta tersebut merempuh dirinya. Tubuhnya terpelanting menyembah jalan raya. Kereta yang melanggarnya itu dipandu laju dari situ meninggalkan tubuh Farleysha yang kaku.

"Farleysha!!!!!!" jerit Xavier yang keluar dari perut keretanya.

Puan Roselle dan Colline terkejut mendengar suara Xavier yang nyaring itu sedang memanggil nama Farleysha.

Xavier segera mendapatkan Farleysha yang sedang kaku tidak berkutik terbaring lemah di jalan raya tersebut.

Puan Roselle dan Colline tergamam seketika apabila mendapati tubuh Farleysha berlumuran darah terbaring di atas jalan raya.

Langkah mereka di atur cepat menuju ke arah Farleysha. Xavier segera mendakap tubuh Farleysha yang sedang berlumuran darah di situ.

Puan Roselle meraung sebaik saja mendekati Xavier dan Farleysha. Colline meraup rambutnya.

"Suzanne" ujar Colline perlahan.

"cepat call ambulans!" gesa puan Roselle.

Colline segera mengeluarkan telefon nya dari poket seluarnya. Punat telefonnya segera ditekan.

Mereka bertiga menunggu ketibaan ambulans disitu. Wajah Farleysha semakin pucat kerana kehilangan darah.

Tidak lama kemudian, sebuah Ambulans datang ke arah mereka. Nurse dan paramedik segera melangkah ke arah mereka. Tubuh Farleysha diangkat ke dalam ambulans untuk dikejarkan ke hospital.

Xavier tidak lepas memegang tangan milik Farleysha sepanjang perjalanan ke hospital.

Colline dan Pua Roselle hanya memerhatikan Xavier yang tidak berhenti menangis memegang tngan Farleysha. Sesekali diciumnya tangan gadis itu.

Terbit rasa cemburu dalam diri Colline.

"i am sorry syg. Kalau aku ada dengan kau tadi, semua ni takkan berlaku. Aku..aku minta maaf. Jangan tinggalkan aku" rayu Xavier.

Air mata lelakinya kian jatuh memandang tubuh Farleysha.

















"Xavier, macam mana semua ni berlaku?" ujar Puan Karen sebaik saja melihat kelibat Xavier yang duduk di kerusi luar wad kecemasan tersebut.

"Sha..dia..dia kena langgar"

"oh my God" Puan karen menekup mulutnya.

"Roselle?" Puan Karen menyeru nama Puan Roselle sebaik saja matanya tertancap pada kelibat Puan Roselle dan Colline.

"karen?"

"kau buat apa dekat sini? Kau kenal Sha?" ujar Puan Karen.

"dia bekas menantu aku" jawab Puan Roselle dingin.

"what?"

Ex-Wife Revenge [completed]Where stories live. Discover now